Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 24, 2014

My Love Story

Assalamualaikum wbt to all!

Harini dah genap masuk sebulan aku bergelar isteri orang. Rasa macam dah tua je bila kat sekolah dah kena tukar title Puan Amalina Sulaiman. Huahuahua! Sedih pon ade jugak .. Tapi apelah nak dikatakan...dah kahwin, macam nilah dia ceritanya. Takkan nak mengada suruh orang panggil Cik Puan pulak kannn...hoho

Ramai cikgu-cikgu kat sekolah ni terkejut bila aku tukar title. Yelah..kahwin pon senyap-senyap. Tapi nak buat macamana...kita nikah je dulu...majlisnya kemudian..bulan 5 ni baru majlis. So, untuk nikah ni, takdelah nak buat grand sangat. Just jemput ahli keluarga, sanak saudara and sahabat2 yang rapat aje. Itupun dah ramai dah bagi majlis yang kecil. Fuuhh..at least settle dah satu event. Tinggal event aku bulan Mei ni dengan event encik hubby dekat Sungai Petani Kedah.

Kadang-kadang penah rasa macam nak tampar-tampar pipi jek sebab macam tak percaya diriku ini sudah pon berkahwin. Dulu gatal sangat nak kahwin tapi bila dah kahwin susah pulak nak percayanya. Huahuahua! Tapi maklomler kan, kahwin ni bukan senang sebenarnya. Banyak pengorbanan yang kita kene buat. So, nak taknak, kenalah kita harung bersama suami tercinta...

Taknak cakap banyak lagi. Haritu ada ramai kawan yang terperanjat dengar berita aku kahwin ni. Iyelah aku ni bukan jenis yang suka menayang-nayang kat social networks about my status so, nobody even bother about it kan. Macam ada orang tu cakap, sape ajelah yang bother pasal aku ni kann. Tak sangka ada jugak nanti yang stalk blog ni. But who cares duhh~ This is my space. If you don't like me, stop stalking and get lost from my blog. Muahahaha! Entah paper jek.

Sabo jelah Leen dengan perangai orang ni. Haiizzz =="

Okay dah-dah! Hehe. Ada kawan from my secondary school ask me to write about how my husband and I got married. And since we've already married now, there's no harm in sharing about it right? Bukan tujuan nak menayang ye wahai kawan-kawan sekalian..tapi sebagai sebuah bingkisan untuk dijadikan rujukan bila korang pulak nak kahwin nanti. :) That's all.

Okay husband I sebenarnya classmate I masa kat UPM dulu. Yes. I can tell that my love story is just mostly similar with others but that's how Allah has plan for us. Aku tak pernah sangka aku akan bercinta and kahwin dengan classmate sendiri. Konon-kononnya dulu nak habiskan belajar dulu barulah fikir pasal rumahtangga kan. Tapi kita ni hanya manusia sebab Allah lah sebaik-baik perancang. Dia dah atur elok dah perjalanan hidup kita cuma tinggal kita yang kena harungi semua yang Dia bagi dengan redha dan sabar.

Semuanya bermula masa semester ke 5 aku sebagai pelajar. Buat yang tak tau, aku dan suami pelajar berkembar IPGM- UPM. So for our 2nd and 3rd year, kitorang habiskan di UPM and Final Year, kitorang balik semula ke IPG masing-masing. Suami IPG di JB and aku pulak IPG di KL. Allah temukan kami semasa kami berada dua tahun di UPM. Berkenalan sebagai kawan sekelas dan tak pernah merancang untuk bercinta apatah lagi berkahwin. Tapi...haaa...ada tapi.

Tapi masuk Third Year degree, semester ke-5 pengajian, mulalah bibit-bibit percintaan antara kitorang. It started when he repaired my broken car. Aku tak pernah tau yang dia pandai betulkan kereta. He's a teacher cum mechanic and he's good at both. That's what I really like about him at first. Dan kat situlah aku rasa yang dia ni sesuai buat kawan baik. Dia baiki kereta aku and dia tak minta upah sesen pon dari aku. Memang baik gila lah waktu tu aku cakap kat diri sendiri. Satu dah save budget dari pergi repair kat workshop yang mahal tu. Satu lagi tambah dah sorang kawan baik dalam hidupku ini.

Pastu kan, kalau ada papehal berlaku kat kereta aku, dia antara orang pertama yang aku cari. Sebab aku tau yang aku boleh harap kat dia. Then, lepastu kitorang pon mulalah start spending time together. Dia cerita masalah dia (masalah cinta :p) and aku pon cerita masalah aku kat dia. Aku mula anggap dia sebagai teman rapat waktu tu but no strings attached. But then everything started when...

He asked me to go out and have lunch at this one beriyani shop in Bangi. Waktu tu, aku just simply agak dia kawan baik aje so aku pon ajaklah sorang lagi kawan aku teman kitorang makan. Aku saja je usik dia belanja aku makan sekali die betul-betul belanja aku makan nasik beriyani. Seronok betul waktu tu sebab kawan belanja kann. Hehe. Pastu, mulalah kan orang gossip pasal kitorang. Aku pon mula-mla buat tak layan bila orang cakap yang dia ni suka kat aku tapi bila aku sendiri nampak effort dia approach aku, aku pon jadi serba confuse.

For your information, aku tak pernah bercinta sebelum ni. Aku plan nak bercinta selepas nikah je nanti.

Tapi jodoh dah datang. Siapalah aku nak menolak kehadiran lelaki yang baik dalam hidup aku. Dia bukan tak solat, bukan jenis yang huru-hara takde masa depan. Dia kawan baik aku sendiri. And I feel lucky and blessed because I get to marry my own best friend.


Huhu. Outdoor dekat hutan terbakar. Pon bolehhh.. :D

Kite sayaaaangg suami kite...


Hurmm...tu ajelah kot yang aku boleh cerita. persediaan lain-lain nanti aku cerita kat entri lain pasal entri ni pon macam dah panjang gile jek. 

Doakan perkahwinan kami berkekalan till jannah, ok?
I love you Mr Hubby, Eirfaan 'Afif...forever and ever and ever! 
xoxoxo!





Sunday, February 16, 2014

Dunia Baru

Assalamualaikum wbt untuk pembaca-pembaca sekalian!

Dah lama sunguh aku tak update blog ni. Bukan setakat sawang yang menghuni dah ni, tapi penuh seisi blog dengan kombo tikus, cencorot, daun -daun kering. Lengkap macam rumah hantu. Haha.

Sekarang ni aku dah masuk semester 7 pengajian TESL kat IPBA ni. Eh bukan UPM ke? Nope. Dah balik IPBA sudah..hihi. Semester paling mencabar setakat ni tetapi paling bermakna dalam diari kehidupan aku....

Sebab apa paling bermakna? Sebabbb...
*Tarik nafas and hembus perlahan-lahan*




Sebab...


Aku akan berkahwin dalam semester ni..
Yes...aku akan menjadi isteri orang akhirnya.
Terima kasih ya Allah...

Satu kejutan dan juga merupakan satu nikmat..
satu langkah untuk aku memasuki dunia baru...
Dunia di mana tanggungjawab makin bertambah...
Dunia di mana syurgaku beralih ke telapak kaki seorang suami....
Dunia yang makin mencabar,

Ya Allah...permudahkanlah urusan kami...terima kasih ya Alah di atas kemudahan ini...aku betul-betul tak sangka jodoh aku dan dia dipermudahkan sebegini...
Terima kasih ya Rabb atas nikmat ini..
ALHAMDULILLAH....
:)

33 days to go...




Sunday, September 1, 2013

Tips Belajar Violin di Malaysia

Assalamualaikum wbt blogger-blogger tegar sekalian!


How's your day today?

Well, as for the topic above, I was spending my leisure watching Lindsey Stirling's vids (a famous American violinist) and was wondering how come there're only few Malaysians especially Malay who are interested in violin. Guitars are way too mainstream- tengoklah, there are way too many guitarists among the Malay (Najwa, Ainan Tasneem and Sham Kamikaze) but named Malay famous violinist. Blergh~

So when I was stuggling to pick up my ambition in learning violin, it was a tough job to search for any information about violin in the Net (from Malaysian perspective). Ramai yang provide info mostly Mat Salleh and Indonesians. So aku harap info yang aku bagi ni dapat menolong sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan langkah mempelajari violin di Malaysia negaraku sayang.

1. Survey violin pertama korang.
Pada kebiasaannya, harga standard violin untuk students dalam range RM 300- RM 550++ - so pilihlah yang terbaik mengikut kepada tahap kemampuan korang. Jenama biasa bagi students ialah Hofner, Valencia or Ashton (korang boleh cari online or survey kat kedai terus). Jangan membazir since you are just a beginner. Harga sebuah violin tu takkan menjanjikan korang skill that you need to develop through TIME! Analoginya macam kita nak belajar berjalan, kite kenalah belajar merangkak dulu kan? Tak kiralah waktu tu mak kita pakaikan kasut mahal ke or bagi kita minum susu mahal ke, if we do not struggle from within, kita takkan pandai berjalan jugak. Like learning violin, even korang pakai violin mahal sekalipun tapi skill korang hampeh, your violin still gonna sound horrible.

2. Beli violin yang berkenan di hati korang.
Aku personally prefer Hofner violin sebab violin teacher aku kata jenama ni bagus. :) Tapi beware of the price. I got my violin in last January and at that time, it costed me only RM 300++. But now when I go check again on the website, that same violin price increases to RM 550. What the hell happened and how? I have no idea.

3. Mulakan survey tempat belajar violin korang.
Aku tak berapa nak sokong kalau korang nak belajar violin sendiri since biasanya kalau belajar sendiri korang akan terbiasa dengan bad habits yang takde orang nak tolong tegurkan. Macam aku masa awal-awal dapat violin, aku ingatkan aku boleh belajar sendiri through youtube and ebooks and I never know I was soooo wrong at that time. Sebab ape aku cakap macamtu? Sebabbb...violin ni agak susah bagi beginner lagi-lagi adult beginner. Teknik dia bukan sesuatu yang korang boleh belajar dalam masa sehari aje. Teknik pegang bow je dah mengambil masa dalam dua tiga minggu untuk get used to. Apatah lagi skill-skill basic yang lain. So spend your money for some classes until you get used to the essentials and lepas korang dah okay barulah korang decide nak berhenti kelas atau tak.

4. Practice, practice, practice!
Pasal practice ni, everybody would say the same. Practice makes perfect. Kalau malas nak practice, makin lambat la korang nak dapatkan skill main violin ni. Bagi beginner, try to make your time at least half an hour daily to practice untuk membiasakan diri kita dengan skill-skill violin ni.

5. Bersabar.
Violin memang bunyinya buruk ye pada permulaan. Tak macam piano. Tapi kite kenalah bersabar (sebab aku pun still stuck kat phase ni). Never ever give up or stop trying sebab kemampuan seseorang tu berbeza. Ada yang senang nak pick up and macam aku ni dikategorikan average (according to my teacher la since I do not have any music background) tapi, dalam nak dapatkan sesuatu tu kita mestilah kena rajin berusaha, righttt? Aku ade terbaca dekat satu forum Omputih ni, diorang discuss pasal kemampuan adults untuk pick up violin and ramai cakap bagi yang baru bermula, kene banyaaakkk sabarr sebab sound violin yang kita produce tu huduh yang amat. Like broken see-saw. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah kuasa techniques bowing and fingering, insyaAllah..we can play few interesting songs that are soooo beautiful even just for a beginner.

6. Dapatkan Mute Violin
Ni just cadangan la memandangkan sound violin yang beginner produce agak horrible, korang cubalah dapatkan mute untuk violin ni sebab mute dapat membantu dalam mengurangkan pitching dan volume violin korang. Kalau tak nak mengganggu jiran-jiran korang (lagi-lagi yang ada anak kecil) dengan bunyi violin korang, aku nasihatkan korang cuba dapatkan mute untuk violin. Murah je harganya..tak sampai berbelas ringgit pun. Try search for it di kedai alatan muzik atau suruh cikgu violin korang je belikan...dapat harga yang lagi murah.. Hehe..



7. Aksesori tambahan
- Extra strings: biasanya the A and E strings yang akan cepat putus, so lagi bagus korang cari strings yang berjenama sikit..janji tahan lama and sound pun lagi sedap. Beli awal-awal sebab bila korang tune kan violin korang, berkemungkinan tali yang murah akan lagi cepat putus berbanding dengan tali yang lebih tahan lasak. Kalau ade cikgu violin, elok serah kat dia je semua pasal strings bagai ni. :)

- Shoulder rest: bagi aku yang cepat lenguh-lenguh macam orang tua ni, shoulder rest sangaaat membantu hokayyy! Dia macam ala-ala tilam la dekat bahu korang sebab tanpa shoulder rest ni, kayu violin yang keras tu akan directly bersentuhan dengan collar bone korang, so biasanya orang akan cepat lenguh tanpa memakai shoulder rest. Bagi aku, shoulder rest ni agak penting laa untuk keselesaan bermain violin. Lagi satu, bagi yang berhijab, shoulder rest boleh mengelakkan violin korang slip ketika bermain since your hijab usually made form silky materials yang slippery kannn...so do get this shoulder rest because it's like a violinist's best friend which is really really helpful.



Okay! So far, those are the only tips that I could provide since I am myself a total beginner.
Aku harap sesiapa yang berminat, tips-tips ni dapat membantu korang menerap langkah pertama dalam alam instrumental ni.

Tapi janganlah leka bermain alat muzik ni sampai kita lupa nak mengerjakan perintah-perintahNya ok?
That's all! Toodles !