Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 3, 2011

Helpless Love




Helpless Love (English) Lyrics -Yoon Sang Hyun
[English Translation]

I'm smiling without me knowing
My heart keeps on wanting you
Should I smile and hold you in my heart
Or hide you inside pretending not to care

I want to be a good guy for you
So that you can lean on me
I know well that it might not be comfortable
But that is a job for my heart

Thump. Thump. My thumping heart
I turn around to hide it
Love is helpless
The heart doesn't move the way you want it to

No matter how hard I try to suppress it
I am missing again
I think I'm going to love her

From time to time I become afraid
Because it feels like it isn't mine
Love is helpless
The heart doesn't move the way you want it to

No matter how hard I try to suppress it
I am missing again
I think I'm going to love her

I love...I love you
Maybe this tearful happiness is love
No matter how hard I try to stop
It doesn't happen
I love you
I will only love you





Haha~ I don't know why I just love this song
The melody and the meaning are just so sweet...ツ ❤ ツ 
Bye2! Nak buat assignment...lalala

Saturday, April 2, 2011

Mana Pergi Akal Anda?

Maksudnya : "Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam melaknat sesiapa melakukan perkara ini."



Maksudnya : "Seorang wanita diseksa pada Hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing  sehingga kucing itu mati, kerana itu Allah memasukkan ke neraka, ini disebabkan kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap serangga-serangga yang terdapat di bumi."


Actually....aku baru aje tengok satu video yang amat-amatlah zalim- video orang bakar kucing hidup-hidup..isk...


aku tak tahu macam mana lagi nak gambarkan kegeraman dan kemarahan aku untuk Video Menzalimi Binatang yang makin banyak melacak-lacak kat Internet ni


Macam nak promote pulak kita zalimi binatang..


Manusia yang tak berakal aje akan buat video bodoh macamtu


Apalah guna ALLAH bagi akal kat ko tapi ko tak reti nak guna. Baik ko pergi buang je kat dalam loji taik akal ko tu takpun bagi aja kat binatang yang mungkin boleh gunakan akal tu lebih baik daripada ko.


Apa lah salah binatang tu kat ko sampai ko nak pukul, sepak terajang, bakar hidup-hidup, pijak-pijak macam bukan mende hidup?


Kucing tu ada kacau hidup kau ke? Ade ke dia kacau duit ko? Curik harta ko? Ade??? Ade ke?? 


Kalau ko tak suka, tak yah la layan...tak yah nak seksa dia macam dia tu takda nyawa....kalau setakat dia gigit tangan ko, takpun curik ikan dalam sinki ko, takkan balasannya setimpal sampai ko nak seksa dan kerjakan dia hidup-hidup macamtu???


Eee...Memang bodoh la orang yang buat binatang macamni...!!!!


Memang sumpah la masuk neraka jahanam....kenalah ko mati esok nanti  ALLAH bayar cash kat kau...kenalah ko dibalas berganda-ganda daripada apa yang ko da buat kat binatang yang ko aniaya tu.


Memang hidup macam haram la manusia bodoh macamni....




Sayangilah haiwan. Kerana ALLAH Taala sudah tentu akan mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang saling mengasihani makhluk ALLAH yang lain. Takde sia-sianya ko berbuat baik kat binatang. At least binatang tu mungkin boleh doakan kebahagiaan hidup ko and mungkin juga pahala ko berbuat baik kat binatang ni dapat selamatkan ko daripada api neraka. Seperti yang Abu Hurairah r.a dah riwayatkan dalam satu hadis ni;


Maksudnya : "Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebatang jalan, lalu dia merasa sangat kehausan, kebetulan dia menemukan sebuah telaga, maka dia turun ke telaga itu untuk minum. Setelah keluar dari telaga, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya : "Alangkah hausnya anjing ini, seperti yang baru aku alami", lalu dia turun kembali ke talaga, diceduknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterimaNya amalnya) dan diampuniNya dosanya. Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah ! dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini ?" Jawab (Rasulullah Sallallahi `alaihi wasallam) : "Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala."
(Hadis Riwayat Muslim)

Renungkanlah...



Friday, April 1, 2011

Ummi, Malina Susah Hati...

Assalamualaikum wbt to all my beloved readers...

Aku tak tau lah apa sebenarnya yang aku rasa sekarang....
Sedih, terkilan, tak menentu...rasa bersalah....
Resah....
Sebenarnya, memang baaaanyak sangat faktor yang mendorong aku rasa sebegini...
Orang nampak aku happy tapi sebenarnya hati ni tak keruan
Tak tau apa sebenarnya motif aku duduk kat depan laptop tanpa menulis akan apa sebenarnya yang aku pendamkan....
Ya ALLAH, Ya Rabbi....adakah ini disebabkan bebanan dosa-dosaku yang tidak terhitung banyaknya?....
Ampunkanlah aku ya Rabbi....

Nukilan ini sebenarnya khas untuk ibuku tersayang, Puan Rusitah @ Ummi....

Ummi...
Sejak dua-menjak ni, hati Malina tak menentu....
Malina risau sangat-sangat....
Rasa tak sedap hati....
Rasa risau tak memasal...
Mimpi pelik-pelik....
Malina takut....

Ummi....
Bila baca entri baru ummi, Malina rasa terkejut sangat...
Rasa terkilan sangat...
Rasa gerun 
bila tayar kereta ummi meletup....
Patutlah hati Malina tak tenteram sehari dua ni...
Ummi yang Malina sayang sedang mengalami dugaan....

Ummi....
Malina faham bebanan tugas ummi yang banyak...
Ummi lah ibu, Ummilah isteri...ummi lah pekerja..ummilah kawan...ummilah penghibur..
Ummilah SEGALANYA....
Malina cuba nak hargai dan menilai semua jasa dan pengorbanan ummi yang tak akan dapat Malina balas hingga ke akhir hayat...
Malina sayangkan Ummi sangat-sangat...
Ummilah cahaya dikala Malina berada dalam kegelapan...

Ummi...
Maafkan Malina kalau Malina ada buat ummi susah hati...
Malina cuba nak jadi anak perempuan yang terbaik khas buat Ummi dan Abi....
Malina tak tenteram sangat sekarang ni....
Nampak gembira di mata kasar rakan-rakan...tapi jiwa Malina kelam
Sepi....
Rasa nak menangis selalu....
Rindu...tapi tak tahu apa yang Malina rindukan...Bercampur-baur....
Terutama sekali rasa rindu nak berdamping dengan ummi macam biasa di rumah....
Malina tahu yang ummi pun mesti rindukan malina jugak kan...

Ummi....
maafkan malina sekali lagi jika nukilan ini terlalu mengusik emosi....
tapi inilah yang malina rasa dari dalam...
yang tak pernah malina cuba luahkan dalam bentuk ayat dan perkataan...
Memang Malina ni anak yang degil....tak reti bahasa....ummi tak bagi buat, itulah yang Malina buat...
Malina tau Malina selalu buat ummi susah hati....
Maafkan Malina, mi....

Ummi...
Adakah anakmu ini terlalu manja?
Adakah Malina tidak reti berdikari lagi?
Malina tak tahu sampai bila jiwa ni akan kosong macam ni....
Malina tak tahu apa sebenarnya hala tuju Malina kelak...
Memang lah akan menjadi cikgu...
Tapi bagaimanakah perangai Malina...sikap Malina....
Adakah anakmu ini terlalu susah untuk dikawal?

Ummi....malina susah hati sangat....
Hanya doa yang mampu Malina titipkan 
Semoga ALLAH kurniakan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup Malina...
dalam hidup ummi dan abi...
Dalam hidup abang long and adik...
Malina risau akan masa depan Malina sebenarnya....

Malina cuma mengharapkan ganjaran besar daripada ALLAH Taala
Khas untuk Ummi dan Abi yang Malina sayang....
Semoga nikmat syurga firdausi yang abadi dikurniakan buat kalian...
Cukuplah dapat melihat ummi dan abi gembira...
Hati Malina pun mungkin akan tenang...

Mungkin ummi fikir, apa sebanarnya yang anak aku melalut ni?
Tapi inilah yang Malina nak cakap kat ummi....
Malina risau...tak tenteram....
Malina tak ada kawan baik dan rapat seperti Ummi....
Ummilah teman terbaik yang ALLAH telah kurniakan buat Malina....
dan Malina akan sedaya upaya terus menghargai kurniaan ini..

Ummi....Malina sayaanng sangat kat ummi....
Jangan sesekali terlintas dalam fikiran yang anak ummi tak hirau dan tak risau pasal ummi dan abi...
Sebab setiap langkah perbuatan Malina di sini...
Sentiasa dituruti dengan nama ALLAH...dan juga
ingatan terhadap nasihat Ummi dan Abi....

I love you both more than anything that I have in this world...
Without you, I am A NOBODY.....

Ikhlas dari anakmu...Amalina Binti Sulaiman....