Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 16, 2012

Cinta dan Penolakan


Assalamualaikum wbt to all my beloved readers...

Badan masih berpeluh. Masamnya… sebab baru balik berjimba dengan keluarga Kak Diah di Mines. Tapi niat yang dah lama saya pendam untuk membuat nukilan sebegini memang akhirnya Alhamdulillah…terlerai jua. Saya akan cuba menulis dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin dan sebaku mungkin kerana saya mengerti rata-rata pembaca blog ini dari kalangan orang Melayu. Dan saya akan berhenti menggunakan kata-kata kiasan bagi memastikan tidak ada salah faham dan sebagainya kerana nukilan ini bukanlah bermaksud untuk meluahkan perasaan tetapi hanya sekadar renungan seorang hambaNya yang kerdil lagi hina ini.

Manusia…memang semuanya dikurniakan dengan perasaan. Tipulah jika saya katakan yang saya tidak pernah menyimpan perasaan terhadap siapa-siapa. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang umurnya rata-rata dalam lingkungan sebaya…dimana tika umur sebeginilah kita sibuk tercari-cari identiti kita…berperang dengan gejolak hormon dan nafsu…tertanya-tanya…siapakah yang akan akhirnya menakluki hati ini.

Saya sudah faham benar yang manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Peramah, baik hati, menjengkelkan…ragam-ragam sebegitu rasanya semua orang sudah pun mengerti kerana ia sudah tercampur dengan asam garam kehidupan harian kita. Ada manusia yang perangainya, oh! Sangat menjengkelkan..tetapi sewaktu masa kita susah…rupa-rupanya orang menjengkelkan itu jualah yang sudi menghulurkan tangan membantu… kalau hendak dibandingkan dengan manusia-manusia lain yang hanya manis mulut berbicara sahaja. Namun begitu, masih ada juga manusia yang luar dan dalam indah sekali akhlaknya. Semoga orang-orang sebegitu sentiasa berada di dalam naungan rahmat Allah swt.

Oklah, panjang lebar sudah saya huraikan yang manusia ini ragamnya pelbagai…namun masing-masing punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Bohonglah jika ada manusia yang megatakan yang dia boleh hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Orang-orang sebegitu mungkin tidak mengerti bahawasanya kasih sayang itu anugerah daripada Allah...yang diibaratkan sebagai baja yang menyuburkan rasa semangat kita dalam meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini. Kasih sayang bukanlah datang daripada sayang berlawan jantina sahaja…kasih sayang Allah, rasul, emak, ayah, nenek, datuk, adik beradik dll.

Namun, focus yang mahu saya berikan dalam nukilan ini ialah kasih sayang terhadap berlainan jenis. Ya, saya amat mengerti…tidak ada cara yang lebih baik bagi menjalinkan hubungan berlawanan jenis ini melainkan nikah. Itu memang saya 100% setuju. Yang membuatkan saya kurang arif ialah cara-cara manusia yang rata-ratanya saya jumpa amat kurang sopan dalam mengolah penolakan cinta terhadap orang-orang yang menunjukkan rasa sayang terhadapnya.

Tolaklah dengan hikmah. Kita selalu mendengar bait-bait ayat ini, bukan? Tidak kiralah si pengekspresi cinta itu lelaki atau wanita, kita tidak wajar menolak cinta mereka dengan kejam. Siapakah kita untuk berlaku kejam terhadap mereka ?  Sedangkan ALLAH sendiri sayang terhadap makhluknya. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri begitu cinta akan umatnya. Tetapi kita sewenang-wenangnya berlagak angkuh seolah-olah cinta seseorang terhadap kita itu tiada nilainya.

Saya sebagai seorang wanita begitu terkilan sekali apabila terdengar gosip-gosip tentang kaum Adam yang berlagak kurang sopan dan merendah-rendahkan wanita-wanita yang bertepuk sebelah tangan terhadapnya. Jika wanita menunjukkan rasa sayang terhadapmu hai lelaki, wajarkah kau menolak cinta mereka dengan zalim dan angkuh ? Wajarkah kau hanya berdiam diri dan membiarkan wanita itu tertanya-tanya sama ada cinta mereka berbalas ataupun tidak ? Sesungguhnya amat zalim bagi saya jika seorang lelaki itu bertindak mendiamkan diri dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap wanita yang pernah meluahkan perasaan terhadapnya…Kerana saya juga mengerti..jikalau saya sendiri menghadapi situasi di mana saya tidak mahu bercinta dengan lelaki yang mengaku dia menyintai saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk menolak cinta itu dengan lembut dan hikmah. Saya akan cuba berbuat sedemikian..kerana saya tahu..orang tersebut juga mempunya perasaan malu dan takut dihina. Kerana dia juga insan biasa seperti kita semua…memiliki hati dan perasaan dan takut menghadapi kenyataan.

Kenyataan itu memanglah pahit. Tetapi pahit itu masih boleh ditelan bukan ? Saya tahu rata-rata manusia begitu takut dengan perkataan ‘rejection’. Bagi saya, ‘rejection’ itu tidak mengapa kerana bunga bukan sekuntum dan kumbang bukanlah seekor. Cinta dan perasaan, sebaik-baiknya usahlah dipermain-mainkan. Kerana kelak, kita juga yang binasa. Tetapi, sekurang-kurangnya speak…bersuaralah…suarakanlah jawapan pada orang yang mendambakan cinta kita…Beritahu mereka dengan terus-terang dan hikmah bahawasanya “Awak hanya sekadar kawan buat saya” atau “Maaf, hati saya sudahpun dimiliki oleh orang lain”…Katakanlah ayat-ayat sebegitu dengan baik dan tertib kerana manusia yang beriman tahu untuk menerima kenyataan.

Oleh itu, pesanan terakhir buat orang-orang yang sedang dalam dilemma untuk menerima cinta dan mengutarakan cinta, berterus-teranglah dengan penuh hikmah. Gunakanlah cara yang bersesuaian dengan syariat Islam..yang melambangkan Islam itu adalah agama yang adil dan lembut. Berlaku adillah terhadap insan yang mencintai kita kerana takut-takut suatu hari nanti..perbuatan zalim kita terhadap orang akan dihisab di akhirat kelak…dan ketahuilah…dengan berdiam diri sahaja tidak akan mampu memberikan jawapan..kerana bukan semua orang tahu makna diam diri anda itu..
Hidup ini seperti roda..hai pembaca budiman…Jika hari ini kita menghina dan memperlekeh-lekehkan cinta dan sayang orang terhadap kita…tidak mustahil suatu hari nanti cinta kita juga akan diperlakukan sebegitu jua oleh orang yang kita sayangi…

Sekian…Wassalam… :)

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum wbt !

Dah makan dah uolls?
Harini seperti yang mak angan-angankan...mak masak makanan jowo jugak...
Nasi Hayam Penyet.
hik3
Mak suke betul kat nasi ni sebab die ade TEMPE!
Mak tak malu okay nak ngaku yang tempe adalah antara favourite food mak!
So jom tengok gambar-gambarnye..!




tang bubur tu bukan aku yang masak...bubur tu abang aku yang g rembat ambil kat mesejid..hoho




Sooo..actually, I kinda took the original recipe from myresipi.com..
But I had made some changes....ikut selera tekak mak la nokkk!
So here's the altered recipe made by your's truly..meh.. :P

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
7 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula/ gula merah..Kite gune gula biase jekkk

Untuk Sup (aku buat sup Cina)
air rebusan ayam (yang lebih tadi tu)
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar rempah sup Adabi
2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang lumat)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato dipotong wedges
Garam secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
5 1/2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe.)- aku goreng tempe guna kunyit+garam jekkk...
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.- aku guna all-purpose flour + tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- aku tambah bwg putih, halia, oyster sauce, kicap masin and tomato.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.- takde daun sup..lupa plak nak beli.so tak buat..
Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
VOILA! nyum3... :P

Senang khennn..?? Silalah cuba..
Apa-apa pun, aku ada pesanan khidmat masyarakat sikit ni.., jomlah berjimat di bulan Romadhon uolls,..Aku tengok, masa pergi beli barang dekat Family Store, Duyong semalam, berposak-posak umat manusia kat dalam tu beli barang jugak...Tanda-tanda positif yang menunjukkan orang-orang kite dah makin rajin nak memasak and nak berhenti membazir kat bazar..Alhamdulillah..
So jomlah kite memasak di bulan mulia ni.
Sebab aku dengar kat IKIM.FM tadi, ade sorang ustaz tu cakap, orang yang memasak/menjamu orang-orang lain yang berpuasa, pahalanya same dengan pahal orang-orang berpuasa ittew. So kalau kite masakkan untuk 6 orang ahli keluarga kite? Wallahu'alam...and insyaAllah.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Iftar ke-11: Quail Chop

Assalamualaikum wbt to all mah beloved readers!


How y'all doin'?
Aku baru aje siap serving juadah berbuka hari ini..
Fuuuuhhhh...penatnyee...
tarik nafas kejap..
seharian gak la aku dok tungtang kat dapur siapkan makanan berbuka puasa ..ngeee~
Harini selera kami semua dah westernized sikit..
Aku sebenarnye agak minat jugak la kat makanan2 western ni, walaupun aku jawa sejati khennnn...
tapi tak boleh selalu lah, sebab nasik tetap di hati...ngeh3..


So, arini aku masak quail chop...puyuh chop! 
Ni la gambarnye... :)









aku masak banyak-banyak terus sebab nak sekalikan untuk sahur..jimat masa..kalau tak, penat ohhhh nak masak sampai dua kali...
resepi main ikut suke hati aku kecuali resepi mashed potato yang aku amik dari myresepi (click here)
boleh tahan la sedapnye...
tapi macam biaselah kannn aku, masa mula-mula makan tu semangat abes, tapi bile perut dah terisi sikit, mulalah terkenang-kenang kat nasik dengan tempe....dasar jawe betul....hahahaha
So tu ajelah aku nak hapdate harini..
Korang buka lauk ape tadi?
Share lah dengan aku... :P
Sekian, wassalam.. :)