Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 5, 2010

ALLAH MAHA ADIL

Assalamualaikum wbt..
Hmm dah malam dah nie..
Tapi tadi aku ade baca sikit2 apelah yang dah aku coretkan kat dalam blog nie..
Haha
Ntah ape-apelah yang aku duk mengarut kat sini
Memang datang telus dari hati nuraniku..
Aku dah 18 tahun..
Tapi kalau kira ikut tahun,,dah pon 19..
Dah tua..
Alhamdulillah..
Allah swt masih lagi mahu meminjamkan aku kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang [alhamdulillah & insyallah] untuk terus hidup di Bumi ciptaanNya..
Subhanallah..
Bila aku fikir2 balik..
Setiap yang berlaku di dalam hidup kita ni memang ada hikmah

Ade hikmah..

Ade..

Cume kenkadang kita aje yang tak nampak..
Ataupun sengaja buat-buat tak nampak..
hehe
Maklomlah,,asyik fikir diri dan pemikiran kita aje yang betul
Sampai sanggup menolak takdir dan fitrah yang ALLAH dah ciptakan untuk manusia..

Aku selalu jugak berimaginasi sebelum tidur,,kenkadang kat dalam kelas bila lecturer takde..
Aku terfikir,,terlintas kat benak aku..
Dalam dunia ni tersimpan 1001 rahsia yang masih belum terungkap..
Diri kita misalnye..
banyak yang kita perlu pelajari tentang diri kita..
Teori sains bukan lah 100% membantu bagi kita mengenal diri kita dengan lebih mendalam..
Kita sendiri yang kena cari..
Cari dan terus cari..
Rahsia fikiran dan lintasan hati..
Hmmm..
dah macam Misteri Nusantara lah pulak aku nie..
KAH3
alalala

Hmmm...Allah memang Maha Adil
Walaupun dia jadikan manusia dengan pelbagai rupa, fizikal, ragam, gaya hidup, falsafah pemikiran..

Ade jenis manusia yang kita benci sangat2..

Ada pulak jenis yang kita suka sangat2..

Tapi kita tak sedarke?

Sebenarnya, dua kategori manusia yang kita suka dan tak suka nie..
Saling melengkapi dalam hidup kita..
Takkan lah hidup kita ni macam 'a bed of roses'
Mudah..kacang..super simple...super easy..
takde masalah langsung..
Semua orang suka and sayangkan kita..
wah! tak challenging lah kalau macamtu..
Tak seronok..
Tak ada feel.

Sebab ape ek aku cakap macamtu..
sebaabbb..
manusia ni perlukan cabaran untuk meneruskan hidup..
manusia tak akan mampu hidup kalau tak ade cabaran dalam hdup dia..
pelik kan ayat nie?
Kalau tak ade cabaran, tokleh hidup..
haha
aku tulis nie sebab definasi manusia dalam keplaotak aku ialah: makhluk ciptaan ALLAH yang memerlukan ujian dan dugaan bagi mencapai sesuatu tahap ataupun level yang lebih baik dalam hidup mereka,,supaya hidup mereka boleh diperbaiki lagi..dan orang2 yang banyak membuat kesilapan TAPI mereka BELAJAR melalui kesilapan yang telah mereka lakukan..

mereka berusaha agar kesilapan yang sama tak akan berulang lagi..

Berusaha dan terus berusaha..

Menentang cabaran dan halangan sebelum mereka mencapai satu ke satu destinasi..

Lalu menjengah ke destinasi UTAMA yang belum terjangkau oleh akal fikiran..

IAITU SYURGA YANG KEKAL ABADI..

Dan MANUSIA itu memang dah betul2 berjaya dalam kehidupan dia..

Macam dah lulus test JPJ..kah3

Itulah baru dikatakan MANUSIA!!!

hehe
ntahlah..
samada korang paham ataupon tak ape yang aku tulis nie..
ni memang datang dari fikiran ak sendiri
straight aku hamburkan kat blog nie..
hurrmmm
manusia perlukan cabaran..
kalau hidup takde cabaran,,bukan hidup namanye..
ye tak?

hehe

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm................

blog..

aku tetibe rindu kat ustazah2 aku kat SHARODZ..
tak tau lah kenapa..
tadi aku belajau agama..
today was the first class..
ustazah tu suruh aku perkenalkan diri time taaruf
cakap bahasa ARAB since budak2 class aku dah suruh
pergghh!
agak berpeluh jugak lah nak ingat balik..
ahaha
ismi amalina
ana askunu..fi melaka
fil madrasah assanawiyah alwathoniyah syarifah rodziah..[tertinggal addiniyah]
hahaha
ngaroottsss jer..
adoiii da banyak terms bahasa arab yang aku dah lupa..
itulah belajar arab sebab nak lulus pekse jer..
ape yang aku dapat??
Dahla dapat B3..bahasa arab byk lak yang dah lupa..
hehehe
takpelah..boleh ulang balik belajau..
huhu
ALLAH MAHA ADIL ye x?

bak kata pepatah arab:


''man jadda wa jadda..
man ghasala fashala..''
''siapa yang rajin dia berjaya..
siapa yang malas dia gagal..'

huhuhu
ingat lagi lah!!
hehe
ok lah..
nak pergi tidorr..

p/s: aku dah pindah bili buat kali ke 3!!! Skarang ni aku, rina and farah dah move ke blok 6..dekat sikit dengan budak2 B.Ed TESL yang lain..huhuhuhu [wink2]
happynyee....


SAYA SAYANG ALLAH! SAYA SAYANG ISLAM!

Tuesday, December 22, 2009

Nilai kasih sayang

Assalamualaikum wbt

Hmm..tajuk aku kat atas tu memang berkisar tentang kehidupan kita sekarang
Kehidupan kita yang sedang menempa suka duka zaman remaja
Zaman di mana setiap manusia masih tercari2 identiti diri masing2
Ramai manusia yang terlingkup di zaman ini
Khayal..lalai dan leka dgn usia muda .. dgn kesihatan tubuh badan mereka.. ..mereka alpa dengan keadaan dunia sekeliling mereka..dengan keadaan orang2 sekeliling mereka
Asyik mahsyuk dgn dunia mereka sendiri
Yep ....aku sebagai salah seorang penghuni zaman ini mmg tidak butuh untuk menidakkan kenyataan di atas..
Tapi perkara yang amat2 lah aku kesaalll sekali..

Kenapalah sampai ada yang sanggup mengabaikan orang2 yg banyak berjasa pada diri kita??

Orang2 yang telah membesarkan diri kita..

Orang2 yg dah banyak berkorbanan demi kelangsungan hidup kita..

Orang2 yg sanggup berabes duit untuk pendidikan dan kemajuan diri kita..

Ayah dan ibu...susah sgt ke nak jaga??

Seorang mak boleh jaga sepuluh orang anak..tapi sepuloh org ank tu belom tentu lagi boleh jaga seoorraaanng sahaja mak ..ataupun ayah..

Ya ALLAH..

Diorang nie tak sedau ke yang mak bapak kitalah yg da byk berjasa dgn kita..even mereka takde setiap masa dgn kita.. tak byk spend time dgn kite
even kita byk terasa ati dgn kata2 mereka .. leteran mereka...
sedarlah..kita semua hanya ada satu sahaja ayah dan satu sahaja ibu kat dalam DUNIA ni..
Dunia ni sementara aje
Akhirat yang akan kekal abadi
Tak rugi pun kalau kita wat jasa dgn mak ayah kita..
Tak rugi pun..
Langsung tak..
Malah dapat pahala lagi tu..
berganda2 lagi kalau mak ayah kita senang hati dgn layanan kita..





Actually ade sebab aku tulis pasal topic ni
Tadi ak n cik dodi pergi ke HBM uk temankan nenek buat follow-up matanya..
Sementara menunggu cik dodi parking ketenye..ak pon g la amekkan wheel chair untuk nenek..nnk tak larat kalau jalan jauh2..
dia senang semput..
And then habis jer follow up, kitorang dikehendaki pergi ke farmasi untuk mengambil ubat..
Aku tengok nenek da monyok semacam..penat agaknye..or maybe bengkek sebab ubatnye semakin bertambah..
Hmm..kami pon duduklah tunggu giliran mengambil ubat..
Tiba2 ade seorang pakcik bertongkat datang menghampiri tempat duduk kami ..
Pakcik tu siap mintak kebenaran utk duduk di sebelahku..Kelihatan pakcik tu hampir2 seusia dengan nenekku..
Melihat keadaan pakcik tu yang keseorangan membuatkan aku tertanya2..kemana perginya anak2 atau saudara mara pakcik ni..??
Kakinye sedikit menggeletar..maklumlah..warga tua..
aku tercium bau minyak atar yang dipakainya..hmm..wangi.. :))
Terdetik rasa kesian melihat keadaan pakcik tu..
Lagipon wajah pakcik tu kelihatan agak familiar..

Lantas aku bertanya, 'pakcik sorang je ke?'

"Ya nak, sorang jer..."

senyap

"pakcik, datang sorang je..naik motor..anak2 pakcik tak boleh hantar pakcik..masing2 sibuk dengan kerja..anak yang bongsu masih bujang tapi..haiihh..orang bujang lah katakan...darah panas..manalah nak ambil tahu hal2 org tua dia.."

aku, nenek dan cik dodi terkebil2 mendengar penjelasan pakcik itu..

"pakcik tinggal dekat mana?" tanya cik dodi

"dekat telok mas nak"

lantas aku terus memotong "pakcik , saya dulu sekolah dekat telok mas..sekolah sharifah rodziah..pakcik tau?"

pakcik menjawab "emm..takkan tak tau..pakcik dulu pernah jadi jaga kat situ..dalam tahun 2006-2008 gitu..kendian pakcik berenti. dah tak larat nak..kaki ni da sakit sangat.."

aku memndang riak di wajah tua itu..sayu...

"oh patotlah saya macam pernah nampak aje pakcik ni" kataku
pacik itu menggangguk ramah

"pakcik ni tak tau lah nak.. aritu pakcik ada baca surat khabar metro..cerita pasal ada seorang ibu ni meninggal..pakcik rasa sayu bila baca semasa kat tanah perkuburan ibu tu pun anak2 dia sempat bergaduh pasal harta mak mereka..ya ALLAH..ntah2 anak2 pakcik tu pun camtu jugak nanti..kesian nak..tanah kubur mak masih merah lagi..kat atas kubur jugak anak2 boley bertekak rebutkan harta..apelaah nak jadi..dah la masa tua orang tua tu hidup,dibiarkannye..haaii'

aku tidak rasa terkejut mendengar beritu seumpama itu..bukannya fenomena baru..dah macam trend zaman sekarang org2 tua diketepikan begitu..

tapi

bila seorang tua yg bercerita perihal tu betol2 membuatkan aku rasa sayu..sayu yg teramat

aku rasa sebak..
n sedar betapa besarnya pengorbanan ibu bapa tapi langsung tak dihargai oleh anak2
kasih sayang mereka yg tidak ternilai..
boleh dicampak2 macam kain buruk..
aku terdengar sendu dari cik dodi..
cik dodi tentu rasa teramat sayu..
dia tidak punya suami..tidak punya anak..

"pakcik ni tadi pun pergi sini naik moto nak..kaki menggigil2 pon pakcik bawak jugak moto buruk tu...bawak jugak perlahan lahan..terberhenti2..anak2 langsung tak pedulik''

aku hanya mangangguk tanda faham luahan hati pakcik tu..dalam hati aku da berbakul2 seranah dah aku hadiahkan untuk anak2 dia tu..grrr..bengkek giler..

tiba2 nenek bersuara.. "itulah org muda..langsung tak ambil kisah hal2 org tua dia..kita dah takde sesiapa lagi..nak pergi curahkan perasaan kat siapa lagi? anak2 dah tak sudi dengar..malas nak dengau cakap kite lagi.."

aku perasan wajah pakcik itu semakin kelat bila mengiyakan kata2 nenekku.."pakcik tak tau la...anak2 mane la nak dengau cakap pakcik lagi..dengau cakap bini diorang..laki diorang..anak empat tapi sorang pon tak ambil peduli pasal pakcik.."

giliran kami tiba untuk mengambil ubat..cik dodi pergi ke kaunter..
pakcik itu terus mencurahkan perasaannye kepada aku dan nenek..selepas mengambil ubat..kami menunggu pula giliran pakcik itu mengambil ubatnye..sekurang2 nye pakcik tu tak rasa keseorangan...

tak rasa kesepian..

tak rasa kesunyian..

ak rasa sangat insaf..

hai anak...

lepas mengambil ubat, kami mengucapkan selamat tinggal..
tak abis lagi..
part time nak kuar hospital..
kami terperasan pakcik tu menunggang motosikal..
kakinya tertahan2 pada jalan tar semasa menuruni bukit...
n pakcik tu berhenti di bahu jalan..
dia menggosok2 dan merenggangkan sikit lututnya..
orang tua..
apelah daya mereka..
ya ALLAH..
kami tak daya lagi nak tengok pakcik tu..
apekan daya kami..

hanya doa dan simpati sahaja yg mampu kami hadiahkan
aku takkan buat ibu bapa ku begitu..
ini janjiku..
kita hanya ada satu sahaja bapa dan satu sahaja ibu..
yg telah banyak menabur budi pada diri kita..
masakan aku akan mengabaikan mereka..
tidak sesekali..
tidak akan sekali kali
smpai aku mati pon..insyallah selagi aku terdaya
aku akan jaga kebajikan org tua ku..
hmmm..
renungkanlah wahai insan yg benama anak..
n insaflah..
susah sgt ke nak jaga mak ayah sementara mereka masih hidup?
hargailah mereka...

Monday, December 21, 2009

Nenek, nenek..la tahzan..


Assalmualaikum wbt
Hai aku datang lagi~

Hari ni aku duduk kat rumah nenek lagi! Aku rasa cuti sem ni aku banyak habiskan masa kat rumah nenek. Kesian nenek. Dia tak berapa sihat..haritu nenek operation mata kat HBM. Operation for her right eye. Nak buang cataract n olso glaukoma. Aku temankan sehari..malam selepas dia operate. Aku kesiankan nenek. Dia tu jenis yang mudah terluka. Her heart is sooo fragile. Yelah lagi2 dengan keadaan dia yang tak berapa nak sihat..

Aku sayangkan nenek....

********************************

Sejak dari aku sekolah rendah lagi, aku suke datang menyibuk kat rumah nenek. :p.. Aku suka lepaking kat rumah nenek. Enjoy! Aku tak rasa boring sangat duduk kat sini sebab nenek rajin layan aku borak and nenek jugak selalu ajau aku buat macam2 kerja. Daripada seorang 'anak pompuan manja + ngengada + agak spoil' aku berubah la sikit jadi "anak pompuan yg tau la jugak buat kerja'..tupun selepas brape ratus kali ntah kene brainwash dgn nenek..tapi aku tak pernah amek ati pon..hehe..yelah..even sumtymes..mmg agak hurting la..lagi2 bila dia mencerlang2kan mata tajam dia uh..perghh! bisa..n campur lagi dgn kelaseran ayat2 nenek..haha! aku rase kalo Hitler dengau pon boley menangis kot..kah3! seronoknye aku ngumpat nenek..nenek tengah baring kat sebelah aku jer ni..gelak sensorang tengok 'Madu Tiga'...
tak perasan pon..haha~

Aku ingat lagi time nenek sihat dulu, dia selalu lepak kat luau rumah..kat tepi2 pokok2 bunga yang dia tanam uh..and bace buku motivasi Dr Tuah..lepas tu aku akan datang menyibuk kacau2 nenek bace buku..hehe..kengkadang suka terkejut2kan dia sbb nenek aku nie kaki melatah sey..haha~then..of course la kene marah..padan muka aku.. :))))
Aku ingat lagi ar satu petang tu dia bace this one particular topic dr buku dr Tuah uh yg cakap, "org yg kuat melatah nie, nyanyuk"..lepas tu dia cakap kat ak yg dia nak berenti la melatah latah nie..pastu cik dodi datang sergah dia..bagi salam kuat2..n then..poof! hilang terus azam dia..ntah berapa bakul punya latah ntah dia hambur..haha..ape yg dia latahkan?hahahahaha..sori la..18sx..dangerous kalo aku tulis kat sini..~

Hmmm..nenek, nenek..

Tebiat nenek yang dia tak hilang2 sampai la sekarang, dia suka ajau aku masak..Dulu mmg aku belajau teori jer..demo nye nenek yang buatkan..tapi sekarang ni..disebabkan faktor kesihatan..demodan teori masak uh..dua2 lah aku yang kena buat..sedap ke tak belakang citer..haha..tapi alhamdulillah lah nenek still berselera nak makan. Dia selalu cakap kat aku..
'walau sedap macamana pon org masak..tapi nenek kena makan sorang2, nenek tak lalu..ntah la kenapa.."
Hmm..biasa lah tu kan? siapalah yg suka makan sensorang..mmg la tak lalu..
Nenek selalu pesan kat aku belajau rajin2..jangan putus asa..mesti berjaya..sejak daripada kecik lagi nenek memang jenis yang suka bagi reward kat cucu2 dia kalau kitorang ade peroleh ape2 kejayaan..tak kira lah..dapat nombor satu dalam kelas ke..dapat nombor tiga ke..menang pertandingan ke..dapat sijil ke..tak kisah la..any perkara yang membanggakan..nenek akan bagi adiah..suke100x! XD
kecik2 dulu..hadiah2 yang aku selalu dapat; sapu tangan, lopak pensel..pensel warna..or takpun duit..hehe. walaupun barang2 tu taklah mahal sangat tapi dia kaya dengan sentimental value..ececehh..bila aku dapat hadiah dr nenek..aku rasa lebih bersemangat..rasa lebih bermotivasi..n aku rasa diriku amat berharga :)))

Tapi sekarang ni, cucu2 nenek ramai yang dah besau2..da masuk U..paling kecik pon dak fitri lah..ank pok su..nenek pon da makin tua..and aku perasan kalau dulu nenek seorang yang rajin turun berkebun..rajin wat kerja..menjahit lah..memasak lah............
sekarang ni aktiviti nenek..baring ..tengok tv..tidor..sembahyang..hmm..indoor activities..
nenek tak larat keluar
da takde lagi la nak lepak2 kat luar..
g jenjalan..
makan2 angin..
nenek pon da tak masak lagi
tak larat lagi daah..
and the worst is
nenek sekarang suka memendam perasaan
layan perasaan
dia terasa anak2 dan cucu2 nak avoid dia

'yelaahh..aku dah tua..dah sakit..time sihat dulu, ramai la yang suka..tapi sekarang aku da tau la..org ade time sihat jer.."

dia senang nak menangis..
aku sedih tengok nenek sekarang nie..
dia asyik cakap perkara2 yang buat dia sendiri kecik hati..
on and on..
hmmm..
takmo tulis ape kes nya..
private..
nenek sekarang ni..
keadaan dia amat2 lah menyedihkan
da takde semangat .....

:'((((

kelmarin nenek semput..sesak nafas..tak dapat bernafas..suffocate..
cik dodi da nangis da..
ak lagi la..
ala xnak la citer..wat aku rasa nak nangis jer..
ni nenek da ok cikit..
hmm..nenek just sunyi..dia nakkan kawan..
yg boleh ajak berborak..ajak ketawa..
and specifically like what ummi had told me
nenek nak aku duduk dengan dia..
temankan dia..
kesian nenek..
tapi nanti aku dah naik sem
lagi 2 minggu lagi..
nenek, nenek jangan lah sedih2
'La Tahzan'..Karya Aidh Abdullah Al-Qarni
nenek kan suka baca buku tu kan?
nenek jangan sedih lagi ok..
Malina saaaaaaayyyyaaaaaaaannnnng sangat kat nenek..

I laap u soo much nenek~....

Nenek after operation


Nenek da ngantuk tapi sempat posing :p


Ni gambar before nenek sakit. Nenek (tudung biru) masa Majlis Pertunangan Kak Ila.


Malam aku teman nenek kat HBM :)