Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 6, 2011

Halawatul Iman- Mampukah?

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!
How are you! 
Lame tak mencecey kan? huhu
Ada tak yang dah missing-missing kat aku ni? 
Hehehe


Hurm...topik kali ni, keagamaan sikit eh. Yelah, asyik enjoy gossip, enjoy gossip. Bila pulak nak ingat ALLAH kankankannn...zasss terbakau! muahahaha!


Tiba-tiba topik halawatul iman ni terlintas kat dalam kepalaotak aku. Terlintas masa aku tengah sembahyang pulak tu kan. (Nampak sangat sembahyang tak khusyuk) Ey! Oklah. At least aku pikir pasal kemanisan iman daripada aku pikir mende lain macam "lagi bape rakaat nak abis ni? Kucing aku tak makan lagi ni." or "tadi baju kecik aku dah rendam ke belom ek" or "besok nak merayau kat mana pulak ek" or 'apalah yang ehem-ehem aku tengah buat sekarang ni ek???" EKKKK? ni bukan aku ye...tuhaa..orang kat Afrika sane tu je yang pikir macamni...


Oklah. Bagi sesiape yang first time dengar pasal HALAWATUL IMAN ni, biar aku bagi pengenalan sikit kat korang. Halawatul iman bermaksud kemanisan iman


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 


“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih) 

Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. :)


Bagi aku lah kan. Susah kita sebagai manusia biase-biase ni nak capai tahap kemanisan iman. Ni apa yang aku pikir lah, tak tahu lah ada yang dah yakin bebenau dia dah capai tahap halawatul iman ni. 
Aku selalu rasa aku banyak dosa. Tak tahulah, memang lah manusia tak boleh lari dari dosa kan. Tapi kan, tak taulah aku sorang aje ke rasa macamni tapi aku selalu lupa kebaikan yang pernah aku buat and selalu rasa bersalah tentang kesalahan-kesalahan lepas yang I've committed. 


Orang cakap, "If you feel guilty, then you are unquestionably had committed sin." Is that so?


Cuba tengok situasi di bawah:


Situasi 1: Masa tengah sembahyang dalam bilik sembahyang yang air-cond nya dah rosak. Panas panas~


Dalam hati orang biasa:  
Atoyaiii! Panas lah siottt...dah le aku baru basuh telekong ni. Habis menitik-nitik peluh haa. Masyam lah telekong aku pasni...jap lagi aku nak anginkan lah telekong ni. Nak sidai kat ne ek? Tak ley sidai kat hujung katil sebab tak elok letak telekong kat kaki (mazhab mana ntah) . Ha! Sidai kat sofa depan lah. Air cond ni bila nak repair??? Aiyooo memang saje aje kan nak cabau keimanan aku pot pet pot pet pot pet......


Dalam hati orang yang dah capai *HI : 
Alhamdulillah..panas-panas pun, aku masih mampu lagi nak tunaikan solat. Mampu lagi nak angkat takbir, nak ruku', nak sujud. Alhamdulillah...aku bersyukur........



Situasi 2: Nampak orang mintak derma anak yatim kat pasar malam


Orang biasa: 
Alamak pakcik. Saye dah takde duit kecik lah! 
TAKPUN
Jalan terus buat donno je. (Baik duit singgit ni aku buat beli jajan. Takpun beli ais krim. Puas ! Haha)


Orang yang dah capai HI: 
Alamak pakcik. Tunggu kejap eh, saya pergi pecahkan duit. Nanti saya datang balik.
TAKPUN.
Dia bagi aje duit besor tu (gulppp!)



******************************

Ok lah...ni pendapat aku lah kan. Berdasarkan pengalaman aku sendiri...Ihik! Ntahlah...aku ni takdelah baik sangat jadi takyah lah korang expect aku baik aje kan selalu. Gittew (Padahal takde pun yang pikir ko ni baik ! Bhahahahahaha! Fine!) 


Ok. Aku dah nak start mengarut. Daripada aku ngarut lagi banyak baik aku berenti sekarang.
Hurmm...
Mesej sampai tak ni?
Kalau tak sampai, bacalah balik! Huhuhu
At least korang tau kan halawatul iman tu mende apa.. :)






Oklah
Renung-renungkan dan selamat beramal!!! :)


4 comments:

Airil Azmei said...

huhu..aq ske entry ni...nice info n description ^^

Elle Who? said...

thanks nuk... :)

Ched said...

entry yg bgs..
bila la nak rasa kemanisan iman tu..
-_-

Elle Who? said...

hurmm...betul tu...xtaw lagi bile bley rasa...