Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mari memasak. Show all posts
Showing posts with label Mari memasak. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum wbt !

Dah makan dah uolls?
Harini seperti yang mak angan-angankan...mak masak makanan jowo jugak...
Nasi Hayam Penyet.
hik3
Mak suke betul kat nasi ni sebab die ade TEMPE!
Mak tak malu okay nak ngaku yang tempe adalah antara favourite food mak!
So jom tengok gambar-gambarnye..!




tang bubur tu bukan aku yang masak...bubur tu abang aku yang g rembat ambil kat mesejid..hoho




Sooo..actually, I kinda took the original recipe from myresipi.com..
But I had made some changes....ikut selera tekak mak la nokkk!
So here's the altered recipe made by your's truly..meh.. :P

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
7 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula/ gula merah..Kite gune gula biase jekkk

Untuk Sup (aku buat sup Cina)
air rebusan ayam (yang lebih tadi tu)
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar rempah sup Adabi
2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang lumat)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato dipotong wedges
Garam secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
5 1/2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe.)- aku goreng tempe guna kunyit+garam jekkk...
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.- aku guna all-purpose flour + tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- aku tambah bwg putih, halia, oyster sauce, kicap masin and tomato.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.- takde daun sup..lupa plak nak beli.so tak buat..
Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
VOILA! nyum3... :P

Senang khennn..?? Silalah cuba..
Apa-apa pun, aku ada pesanan khidmat masyarakat sikit ni.., jomlah berjimat di bulan Romadhon uolls,..Aku tengok, masa pergi beli barang dekat Family Store, Duyong semalam, berposak-posak umat manusia kat dalam tu beli barang jugak...Tanda-tanda positif yang menunjukkan orang-orang kite dah makin rajin nak memasak and nak berhenti membazir kat bazar..Alhamdulillah..
So jomlah kite memasak di bulan mulia ni.
Sebab aku dengar kat IKIM.FM tadi, ade sorang ustaz tu cakap, orang yang memasak/menjamu orang-orang lain yang berpuasa, pahalanya same dengan pahal orang-orang berpuasa ittew. So kalau kite masakkan untuk 6 orang ahli keluarga kite? Wallahu'alam...and insyaAllah.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Iftar ke-11: Quail Chop

Assalamualaikum wbt to all mah beloved readers!


How y'all doin'?
Aku baru aje siap serving juadah berbuka hari ini..
Fuuuuhhhh...penatnyee...
tarik nafas kejap..
seharian gak la aku dok tungtang kat dapur siapkan makanan berbuka puasa ..ngeee~
Harini selera kami semua dah westernized sikit..
Aku sebenarnye agak minat jugak la kat makanan2 western ni, walaupun aku jawa sejati khennnn...
tapi tak boleh selalu lah, sebab nasik tetap di hati...ngeh3..


So, arini aku masak quail chop...puyuh chop! 
Ni la gambarnye... :)









aku masak banyak-banyak terus sebab nak sekalikan untuk sahur..jimat masa..kalau tak, penat ohhhh nak masak sampai dua kali...
resepi main ikut suke hati aku kecuali resepi mashed potato yang aku amik dari myresepi (click here)
boleh tahan la sedapnye...
tapi macam biaselah kannn aku, masa mula-mula makan tu semangat abes, tapi bile perut dah terisi sikit, mulalah terkenang-kenang kat nasik dengan tempe....dasar jawe betul....hahahaha
So tu ajelah aku nak hapdate harini..
Korang buka lauk ape tadi?
Share lah dengan aku... :P
Sekian, wassalam.. :)

Sunday, July 29, 2012

Resepi Berbuka Mudah untuk Orang Malas

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!

Apa macam puasa harini?
Ade mengelat tak?
Huhuhu
Harini aku baru balik dari rumah nenek aku.
So back to basis laa
Jadi tukang masak semula...ngaaaa~
Memandangkan harini hari minggu, aku malas nak masak special-special sebab aku busy sikit waktu hujung-hujung minggu ni. (Eleh macamla hari lain aku masak special-special kann? LOL) Maklomlah, ummi cuti hujung minggu, so aku ni pon kena la tolong kemas-kemas rumah sikit...nak raye kannnn...hoho (semangat kejap)
so resepi yang aku nak bagi kejap lagi ni memang khas untuk orang yang malas nak mampos nak masak tungtangtungtang tapi insyaAllah aku confirm sedap sampai menjilat jari!. :)




Lauk 1: Tom Yam Ayam Sayur
Lauk 2: Moroccan Tortilla (Telur Dadar Morocco kalau ikut Bahasa Melayu nye..) 

Resepi Tom Yam Ayam Sayur (hidangan untuk 5 orang)
Bahan-bahan:


4 ketul dada ayam (diced)
1 labu Bawang besar} dimayang
2 ulas Bawang putih}diketuk dan dihiris
1 batang lobak merah} dihiris
2 biji tomato} dipotong wedges
1/4 kubis bunga} dihiris
4 tangkai serai} diketuk
10 biji cili padi} diketuk (boleh kurangkan bagi yang tak suka pedas)
3 1/2 sb tomyam paste
3 helai daun limau purut
5 cawan air
garam secukup rasa


the ingredients




Cara-cara:

  1. Didihkan air. Masukkan semua bahan-bahan kecuali sayur-sayuran. Kacau.
  2. Masak sampai ayam empuk. Masukkan sayur.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Siap!



sluurrpppp!!!!

Resepi Moroccan Tortilla 
Bahan-bahan

6 butir telur ayam
3 biji kentang (dipotong dadu dan direbus sampai empuk)
1 biji bawang besar} dimayang
1 sb mayonnaise
1 sb parsley kering
1 sk serbuk lada hitam
1 sk oregano
2 sk garam
2 batang cili merah} dihiris - OPTIONAL bagi yang suka pedas
2 sb olive oil- OPTIONAL sebab aku punye dah habis so i subtituted it with minyak masak biasa.

Cara- cara
  1. Pukul telur bersama-sama mayonnaise sampai kembang
  2. Masukkan bawang diikuti dengan bahan-bahan yang lain. Pukul lagi.
  3. Panaskan minyak di atas kuali leper. Di atas api yang kecil, tuangkan batter telur tadi.
  4. Cucuk sedikit lubang bagi memastikan bahagian atas telur tadi turut masak.
  5. Ambil pinggan leper (or I used tudung periuk) dan terbalikkan telur tadi diatasnya bagi mengekalkan bentuk tortilla itu.
  6. Gelungsurkan perlahan-lahan telur tadi masuk semula ke dalam kuali tadi.
  7. Masak dan sedia untuk dihidangkan. 
Graphic Details:
(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)
terbalikkan dan goreng sekejap

(8)

Voila!


Itu saje resepi yang aku nak share hari ini.
Mudah kan?
So bagi siapa-siapa yang malas nak masak or nak masak cepat-cepat aje, silalah cuba resepi yang aku share ni.
Senang dan guarantee sedap!
Jumpa lagi esok!
Dan selamat berbuka puasa! :)

Tuesday, July 24, 2012

Iftar Kami Puasa ke-4

Assalamualaikum wbt semua!

Kabare?
Apa macam puasa anda-anda semua hari ini? Penuh? Ke lompang-lompang?
Aku Alhamdulillah..penuh...belum 'beraye' lagi. Hohoho.
Aku bersyukur gila-gila ke hadrat Illahi sebab selama 4 hari berpuasa ni, aku berjaya masak juadah berbuka every day. Jadik chef kat rumah yang tak bergaji tapi insyaAllah dapat pahale..Aminn... Asalkan niat hati ikhlas nak kasi orang kenyang kannnn.


So harini aku terrrrajin buat dessert sekali.
Biasanya aku masak kampong-kampong jek. Kari, sambal belachan, sup, asam pedas- and without any special savoury dessert sebab malas khennn.
Tapi...tapi..harini Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan Allah...even aku terkontang-kanting sorang-sorang aje kat dapur tadi, aku berjaya siapkan juadah berbuka puasa yang delish (puji diri sendiri nihh)
Yelah...penat woohhhh masak sorang-sorang tapi I'm glad that I managed to finish em.
so nilah dia juadah iftar kami hari ini.


Menu:
- Sambal udang tumis petai (cam bese, petai's my favourite :P)
- Telur dadar
- Chocolate Fudge Cake

Setakat ni aku belum masih pernah lagi jejak kaki ke bazaar.
And aku berazam taknak pergi punnnn..
So oklah.
Selamat berpuasa yang ke-5 uolls!
Wassalam. :)


Thursday, February 9, 2012

Resepi Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum wbt uolls!

hah! harini aku nervous sangat tunggu result final aku yang entah bile ntah nak keluarnye.
takpelah sementara tu aku nak share satu resepi dengan korang semua...resepi chocolate cheesecake.
ye aku tau semalam punye post, aku ada cakap yang choc cheesecake aku rupe dia horrendous gile.
tapi aku tak mention apa2 pon kan about its heavenly taste...sebab seriously, kek ni SEDAP GILE BABENG SILALAH CUBA!!!


and sebenarnye baru ku sedar yang kek tu jadi begitu hodoh sebab aku potong right after i took it out from the fridge, when i actually supposed to WAIT for a few minutes sampai kek tu jadi lembut sedikit.
so that's the mistake yang aku dah buat...
hope lepasni sape2 yang nak cuba bake choc cheesecake, satu, silalah pergi beli loyang springform or dua, bila dah keluarkan dari fridge tu, silalah TUNGGU a few more minutes sebelum potong kek tersebut..kalau tak..hancurlah beliau...macam yg terjadi kat kek aku...lol


oklah nilah rupa sebenar cheesecake aku tu selepas ia dipotong dengan ELOK:-





hurmm...nampak sedapkan berbanding dengan gambar semalam? haha
oklah ni dia resepinya:-


INGEREDIENTS
Base:

  • 1 1/2 paket biskut oreo 
  • 140g butter (dicairkan)
Filling:
  • 200g coklat masakan (dicairkan guna method double-boiling)
  • 2 paket PHILADELPHIA cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 cawan yogurt@ sour cream (i used yogurt)
  • 2 tsp vanilla essence
Cara-cara Membuatnya:
  1. Preheat oven 180'C 
  2. Asingkan krim biskut oreo dalam bekas lain dan hancurkan biskut tersebut dalam sandwich bag sampai jadi crumbs. Hancurkan sehancur-hancurnya!!! (teknik lepaskan geram)
  3. Tuang crumbs tersebut ke dalam bekas dan masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sampai sebati dan nampak smooth.
  4. Griskan loyang dengan mentega dan masukkan base tadi. Tekan2 dengan hujung jari base tersebut sampai permkaan dia nampak rata dan sekata. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara tunggu buat filling.
  5. Masukkan cream cheese + castor sugar ke dalam mixer dan mix sampai jadi smooth.
  6. Masukkan sekali coklat masakan yang telah dicairkan, diikuti dengan serbuk koko, telur, yogurt, esen vanila bersama-sama dengan  krim biskut oreo tadi. Mix sampai sebati.
  7. Tuang adunan cheese ke dalam loyang tadi dan bakar dalam lebih kurang 1/2 jam di dalam preheated oven tadi sehingga buih kat atas kek tu berkurangan/ tiada langsung.
  8. Bukak sedikit pintu oven dan biar dia chill sebelum memasukkannye ke dalam peti sejuk.
  9. Dusting* (optional) boleh guna serbuk koko + icing sugar kat atas kek tu.
  10. selepas 2 jam, keluarkan kek. tunggu kek jadi lembut dulu baru potong. 
hurmmm...i think that's all!
selamat mencuba!! :)


Wednesday, February 8, 2012

Western Food Gone Wrong

ASSALAMUALAIKUM WBT UOLLS~

haha~
hahaha~
hahahahaha~
ok..aku tak gelakkan ko..
tapi gelakkan diri aku sendiri.
harini aku try nak masak lasagna.
yelah, all the girls of my age kan bukan main lorat and kecah kat belog masing2 nak buat lasagna la whatevahh
so aku yang perut jawe ni pon g la try buat mendealah lasagna ney.
so inilah dia hasilnya:


TARA!!! hodoh kan lasagna aku??

after i have the first bite of this 
i feel sooo disappointed..you know why??
bukan tak sedap...sedap..TAPI KANN...
.
.
.
.
APESAL LASAGNA AKU RASA MACAM KUEY TEOW GORENG JEK AHHH??
seriously...memang rasa die macam kuey teow with just a lil bit of adjustment ..sebab dah letak mozarella and mayonnaise and parsley bagai kan...and you know what?? 

aku yang perut melayu ni lebih prefer makan kuey teow goreng dari makan lasagna.
hahahahaa
pastu kan..
malam tadi aku try buat chocolate cheesecake.
and at the same time mak aku pergi rebus keladi telur.
ko tau, waktu tu aku lebih terliur nak makan keladi tu daripada cheesecake yg aku buat.
and lagi satu yang tak syoknye buat choc cheesecake ni.
AKU TAKDE THAT EFFING SPRINGFORM CAKE TIN- mende ni kire macam very necessary la kalau nak wat cheesecake so cheesecake yang dah baked and lembik tu tak melekat.
nihaa cake tin yang dinding dia boleh bukak tutup adjust semua..

and aku takde, so aku men hentam pakai loyang biasa jek
and this is the result of my cheesecake :-

one word to describe this: HORRENDOUS :-l
but it still tastes nice..lol (taknak kalah gak)

tak chare uollss..tak chare...

pastu aku yang disappointed terus ratah keladi telur yang maka aku dah rebus tu. tensi mek tensi...
and y'all know what? it tastes like heaven... :)

memang sah la aku perut jawe.
hahahaha
then korang tahu apa yang aku buat dengan lasagna tu?

TARRAAA~ aku sanggup g goreng nasik goreng and makan bersama-sama dengan lasagna ni...
huhu

moral of the story: kalau dah memang dasar perut jawa@melayu, janganlah asyik feeling nak makan western aje kan..nak makan boleh jek adjust la sikit jadi macam masakan melayu...tapi kalau dah adjust, tak bolehla ko panggil masakan tu western food lagi..sebab ko dah adjust ikut citerasa org melayu...macam aku, adjst punye adjust..lasagna aku dah rasa macam kuey teow....haha...ALAH~last2 ko duduk rumah, makan tempe cicah kicap depan TV jugak kheennnn...so malas nak cakap pepanjang, masakla ikut citerasa korang...haha

p/s: orang jawa jangan mare..kalau ko suka makan western tu sukeati korang la..aku sorang aje jowo yang pong sikit...hahaha

wassalam :p

Wednesday, February 1, 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum wbt uolls!

harini aku tak bake ape2 pon...brownies semalam masih ade lagi..

ingat nak buat nasik ayam tapi adik aku demand nak makan rendang pulak.
ape die ingat ni hari raya ke?
huhu..so bertungkus-lumus la aku siapkan rendang ayam si syakira ni.





huhu~resepi men campak2 aje uolls..
kene tanye master chef ape rase die... xD
okbai!

Tuesday, January 31, 2012

Cheesecake Brownies.

Assalamualaikum wbt uolls!!!!!!!!!

hah! 
mesti korang meluat kan tengok aku asyik post pasal masak, masak, masak jek.
actually, aku ni seriously tak tau nak post pasal apalagi melainkan pasal makan sebab sekarang ni akulah GLUTTON kat dalam umah ni.
haha. kalau nak post mende2 len, aku rasa korang lagi up-to-date daripada aku ni.
so hadap ajelah k.
ok..
today I tried to bake cheesecake brownies that I learned from the book 'I LOVE SUGAR'.


i got this book from Book Excess, Amcorp Mall.. RM 17.90 je beb!

haha..this is how the brownies should look like

compared to my own version:






aku tengok barang2 semua ade. melainkan ricotta cheese yang aku gantikan dengan cream cheese aje.
and maybe that's the reason why my brownies look kinda weird. sebab tak pakai ricotta cheese yang lebih mahal daripada cream cheese. ahaha
anyways, the brownies still taste yummilicious!
you guys HAVE to try this!
satu sebab resepi die SENANG gile.

and lagi satu, sebab hasil die ABSOLUTELY SEDAP.
ini dia resepinye.


click the image if you wanna see the recipe clearer


okay. that's all for my update.
ACIK AMALINA, jangan lupa cuba ni bile balik umah nanti ok? :p
wassalam.

Monday, January 30, 2012

Pizza Frenzy

Assalamualaikum wbt uolls!
selamat petang!


tengok tajuk jek mesti korang ingat aku tengah kemaruk men game 'Pizza Frenzy' khenn..
oh bukan bukan bukann..
actually, hari ini dalam sejarah tau...
pertama kali aku buat pizza sendiri.
dari roti dia + sos dia sekali!
satu pencapaian jugak la dalam sejarah masakan aku..huhu
so takmo tulis panjang-panjang ..
nilah dia pizzanye.. :p






huhu... resepi ni aku amek kat internet aje.
klik sini untuk resepi pizza...and klik sini untuk resepi sos pizza. :)


korang yang nak tau rasa pizza ni macam mana, cubalah buat..
aku berani jamin sedap. tapi aku tadi short cheese mozarella, so cheese tu aku tibai guna parmesan aje..haha..tapi better pakai mozarella la...lagi umphh..


tang sos dia tu pulak, kalau selera korang selera kampong macam aku yang nak sume pedas-pedas je, korang lebihkanlah black pepper/ cili+bawang sebab kalau ikut resepi yang dia bagi bulat-bulat tu, quite masam jugak la sos dia. ala2 sos spageti jek.
anyways, time duration untuk sediakan pizza ni boleh la dikatakan 1jam untuk sekeping. (oven mek tak besar nok...one by one..tu yang lambat sikit tu..hihi)
so tadi aku masak 3 keping pizza adalah dalam 3 jam..(entah larat nak habiskan ke tak..huhu) 


oklah uolss!
selamat mencuba!


p/s: aku makin gemuk. duduk rumah asyik makan aje..tsk tsk tskk... xD