Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label self-reflection. Show all posts
Showing posts with label self-reflection. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Cinta dan Penolakan


Assalamualaikum wbt to all my beloved readers...

Badan masih berpeluh. Masamnya… sebab baru balik berjimba dengan keluarga Kak Diah di Mines. Tapi niat yang dah lama saya pendam untuk membuat nukilan sebegini memang akhirnya Alhamdulillah…terlerai jua. Saya akan cuba menulis dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin dan sebaku mungkin kerana saya mengerti rata-rata pembaca blog ini dari kalangan orang Melayu. Dan saya akan berhenti menggunakan kata-kata kiasan bagi memastikan tidak ada salah faham dan sebagainya kerana nukilan ini bukanlah bermaksud untuk meluahkan perasaan tetapi hanya sekadar renungan seorang hambaNya yang kerdil lagi hina ini.

Manusia…memang semuanya dikurniakan dengan perasaan. Tipulah jika saya katakan yang saya tidak pernah menyimpan perasaan terhadap siapa-siapa. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang umurnya rata-rata dalam lingkungan sebaya…dimana tika umur sebeginilah kita sibuk tercari-cari identiti kita…berperang dengan gejolak hormon dan nafsu…tertanya-tanya…siapakah yang akan akhirnya menakluki hati ini.

Saya sudah faham benar yang manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Peramah, baik hati, menjengkelkan…ragam-ragam sebegitu rasanya semua orang sudah pun mengerti kerana ia sudah tercampur dengan asam garam kehidupan harian kita. Ada manusia yang perangainya, oh! Sangat menjengkelkan..tetapi sewaktu masa kita susah…rupa-rupanya orang menjengkelkan itu jualah yang sudi menghulurkan tangan membantu… kalau hendak dibandingkan dengan manusia-manusia lain yang hanya manis mulut berbicara sahaja. Namun begitu, masih ada juga manusia yang luar dan dalam indah sekali akhlaknya. Semoga orang-orang sebegitu sentiasa berada di dalam naungan rahmat Allah swt.

Oklah, panjang lebar sudah saya huraikan yang manusia ini ragamnya pelbagai…namun masing-masing punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Bohonglah jika ada manusia yang megatakan yang dia boleh hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Orang-orang sebegitu mungkin tidak mengerti bahawasanya kasih sayang itu anugerah daripada Allah...yang diibaratkan sebagai baja yang menyuburkan rasa semangat kita dalam meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini. Kasih sayang bukanlah datang daripada sayang berlawan jantina sahaja…kasih sayang Allah, rasul, emak, ayah, nenek, datuk, adik beradik dll.

Namun, focus yang mahu saya berikan dalam nukilan ini ialah kasih sayang terhadap berlainan jenis. Ya, saya amat mengerti…tidak ada cara yang lebih baik bagi menjalinkan hubungan berlawanan jenis ini melainkan nikah. Itu memang saya 100% setuju. Yang membuatkan saya kurang arif ialah cara-cara manusia yang rata-ratanya saya jumpa amat kurang sopan dalam mengolah penolakan cinta terhadap orang-orang yang menunjukkan rasa sayang terhadapnya.

Tolaklah dengan hikmah. Kita selalu mendengar bait-bait ayat ini, bukan? Tidak kiralah si pengekspresi cinta itu lelaki atau wanita, kita tidak wajar menolak cinta mereka dengan kejam. Siapakah kita untuk berlaku kejam terhadap mereka ?  Sedangkan ALLAH sendiri sayang terhadap makhluknya. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri begitu cinta akan umatnya. Tetapi kita sewenang-wenangnya berlagak angkuh seolah-olah cinta seseorang terhadap kita itu tiada nilainya.

Saya sebagai seorang wanita begitu terkilan sekali apabila terdengar gosip-gosip tentang kaum Adam yang berlagak kurang sopan dan merendah-rendahkan wanita-wanita yang bertepuk sebelah tangan terhadapnya. Jika wanita menunjukkan rasa sayang terhadapmu hai lelaki, wajarkah kau menolak cinta mereka dengan zalim dan angkuh ? Wajarkah kau hanya berdiam diri dan membiarkan wanita itu tertanya-tanya sama ada cinta mereka berbalas ataupun tidak ? Sesungguhnya amat zalim bagi saya jika seorang lelaki itu bertindak mendiamkan diri dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap wanita yang pernah meluahkan perasaan terhadapnya…Kerana saya juga mengerti..jikalau saya sendiri menghadapi situasi di mana saya tidak mahu bercinta dengan lelaki yang mengaku dia menyintai saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk menolak cinta itu dengan lembut dan hikmah. Saya akan cuba berbuat sedemikian..kerana saya tahu..orang tersebut juga mempunya perasaan malu dan takut dihina. Kerana dia juga insan biasa seperti kita semua…memiliki hati dan perasaan dan takut menghadapi kenyataan.

Kenyataan itu memanglah pahit. Tetapi pahit itu masih boleh ditelan bukan ? Saya tahu rata-rata manusia begitu takut dengan perkataan ‘rejection’. Bagi saya, ‘rejection’ itu tidak mengapa kerana bunga bukan sekuntum dan kumbang bukanlah seekor. Cinta dan perasaan, sebaik-baiknya usahlah dipermain-mainkan. Kerana kelak, kita juga yang binasa. Tetapi, sekurang-kurangnya speak…bersuaralah…suarakanlah jawapan pada orang yang mendambakan cinta kita…Beritahu mereka dengan terus-terang dan hikmah bahawasanya “Awak hanya sekadar kawan buat saya” atau “Maaf, hati saya sudahpun dimiliki oleh orang lain”…Katakanlah ayat-ayat sebegitu dengan baik dan tertib kerana manusia yang beriman tahu untuk menerima kenyataan.

Oleh itu, pesanan terakhir buat orang-orang yang sedang dalam dilemma untuk menerima cinta dan mengutarakan cinta, berterus-teranglah dengan penuh hikmah. Gunakanlah cara yang bersesuaian dengan syariat Islam..yang melambangkan Islam itu adalah agama yang adil dan lembut. Berlaku adillah terhadap insan yang mencintai kita kerana takut-takut suatu hari nanti..perbuatan zalim kita terhadap orang akan dihisab di akhirat kelak…dan ketahuilah…dengan berdiam diri sahaja tidak akan mampu memberikan jawapan..kerana bukan semua orang tahu makna diam diri anda itu..
Hidup ini seperti roda..hai pembaca budiman…Jika hari ini kita menghina dan memperlekeh-lekehkan cinta dan sayang orang terhadap kita…tidak mustahil suatu hari nanti cinta kita juga akan diperlakukan sebegitu jua oleh orang yang kita sayangi…

Sekian…Wassalam… :)

Wednesday, June 20, 2012

Rasa Cukup

Assalamualaikum wbt to all my lovely readers.

Hari ini aku terpanggil untuk membuat satu entri mengenai rasa cukup. Atau likely kita cakap rasa bersyukur.


Bila aku membuka laman-laman sosial seperti FB dan blog di mana kebanyakannya yang aku baca ditulis oleh orang Melayu dan juga beragama Islam macam aku jugak, topik yang seringkali mereka timbulkan ialah tentang kepuasan peribadi or self-satisfaction. Sebagai contoh kerapkali juga aku terjumpa statement macam ni:-  "Kenapa keluarga orang lain nampak ok je tapi keluarga aku porak-peranda. Isk isk isk" or "Eeee..jealousnye tengok kulit muke budak ni putih gebu aje, aku pulak dah la hitam, (oops terasa I) kenapalah aku dapat kulit hitam? Nak beli produk whitening lah... But which one? Clinique bagus tak?" or "Ala kereta I kecik aje...Proton pulak tu...segannya nak bawak pergi kolej. Budak-budak semua pakai kereta import. Untungnya" and lagi and lagi and lagi.


Annoying sangat kan kalau jumpa statement tu kat mana-mana blog. Or aku sorang je yang rasa annoyed? Biasanya statement macam ni dikeluarkan oleh orang perempuan. Memanglah sebab akalnya 1 tapi nafsunya sampai 9. Aku faham sebab aku sendiri  pun perempuan juga dan aku pun mengerti walaupun orang macam ni kalau dah miliki hampir semua harta dalam dunia ni, diorang akan still rasa tak puas dengan apa yang dia ada.


Sebenarnya, susah sangat ke untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada ni?


Soalan ni aku tujukan buat rakan-rakan yang membaca dengan diri aku ni sendiri. Sebab aku tau kita semua suka meurungut, ye tak?. Kalau tak, baguslah sebab aku akui yang aku kadang-kadang suka jugak merungut. Ada aje yang tak kena. Tu tak kena. Ni tak kena. Rasa tak cukup. Rasa macam banyak aje yang aku takde, tapi orang lain ada. Rasa tak fair sangat hidup ni.


Aku faham yang perasaan itu menjurus kepada rasa tamak dan tamak itu dibenci Allah.
Tapi manusia memang takkan puas...even dia dah own bergudang-gudang emas pun sampai keldai yang bawak gugusan kunci gudang emas dia pun boleh pengsan (Rujuk pada cerita Qarun), pun mereka takkan puas kalau mereka tak kenal erti syukur.


Cuba jangan asyik nak pandang orang yang kat atas aje. Cuba sesekali jeling sikit kat kehidupan orang yang lagi rendah tarafnya dari kita. Makan pakai semua ada yang lengkap dan ada yang tak lengkap. Cuba baca kisah-kisah tokoh yang bermula sebagai seorang yang tak punya apa-apa tapi bila dah besar, dia jadi orang yang luar biasa. Contohnya macam Professor Sidek Baba.


Prof Sidek Baba

Aku admire sangat dengan Prof ni sebab dulu-dulu dia orang miskin dan susah tapi mampu menggapai kejayaan yang orang berharta pun tak mampu gapai. Jalan jauh-jauh hanya semata-mata nak pergi sekolah pagi-pagi buta. Hari-hari dia berjalan. Cikgu tak suka dia  sebab dia miskin and banyak lagi lah dugaan dia semasa belajar tapi dia kuatkan semangat and teruskan juga perjuangan dia untuk jadi orang yang berguna satu hari nanti. Niat dia belajar kerana Allah dan nak bantu naikkan taraf kehidupan keluarga dia yang susah.


Aku insaf la kalau bace cite-cite macam cite Prof Sidek Baba ni. But still, kadang2 the demon inside me still jugak tak putus2 bisikkan kata2 hasutan yang membuatkan aku kadang2 rase kurang daripada orang lain..


Ape lagi sebenarnye yang aku@kite semua nak....................................Ya Rabbi...jauhkanlah aku daripada sifat2 tak bersyukur dan 'ujub ya Allah...jadikanlah hambaMu ini antara hamba-hambaMu yang bersyukur dan tak kufur nikmat.....Amin...
Isk,.isk....isk....


Alhamdulillah...at least aku ade parents yang masih sihat walafiat...
Alhamdulillah...at least aku sendiri sihat...and still standing...
Alhamdulillah...at least aku kehidupan yang gembira huhu
Alhamdulillah...at least poket aku takdelah kosong sampai nak beli nasi pun tak mampu..
Alhamdulillah...at least ALLAH masih bagi aku bernafas dan menghirup udaraNya...
Alhamdulillah...at least hidup aku bahagia dikelilingi insan-insan and kucing-kucing yang aku sayang... :)


Alhamdulillah
Thanks ALLAH...


So LEEN!!!
Bila rasa nak banding-bandingkan diri ko dengan orang lain....sila ingat apa yang ko tulis kat atas tu.. 
Begitu juga dengan pembaca-pembaca belog ni ok?... 


Salam Syukur...
dan selamat menyambut bulan Sya'ban tak lama lagi...!!!




Thursday, November 10, 2011

Muktamad

Assalamualaikum wbt...


Apa khabar?
Kalau sihat Alhamdulillah...
Kalau tak, semoga cepat sembuh, InsyaALLAH..


Dah lama aku tak tulis tazkirah kat blog aku yang senduk ni
Aku pun tak tau la apa dah jadi dengan aku ni sebenarnya
Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, fikiran berkecamuk...
Kadang-kadang aku terfikir, betul ke aku ni on the right track sekarang ni?
Adakah aku ni berada dalam kategori baik ataupun yang sebaliknya?
Persoalan ni aku susah betul nak jawab...


Aku teringat bila aku tanya Kak Mariah (Semoga beliau cepat sembuh) pasal baik and buruk ni.
Kak Mariah cakap, "You define lah sendiri baik tu macam mana...buruk tu macam mana"
Betul jugak tu..
ada orang cakap, orang pakai tudung tu baik...budak sekolah agama ni bagus
tapi ada jugak orang lain yang kata disebaliknya...
Yelah..orang cakap lah..bukan diri kita sendiri yang kata...
Kita kan ada agama, ada adab, ada moral,
So sepatutnya kita sendiri lah faham yang kita ni sebenarnya baik ke tidak.


Tapi aku masih tak tau aku kat kategori mana
Sebab aku banyak buat dosa...banyak khilaf yang aku dah buat
Sesama manusia: keluarga, kawan-kawan
So, tak ada maknanya aku nak panggil diri aku ni baik..
bolehlah kalau aku cakap yang maybe aku ni kat golongan yang ok2 aje lah...takpun kat golongan yang tak berapa baik...


bila aku fikir-fikir balik, renung-renung balik
Banyak salah aku datang dari lidah aku sendiri.
Kadang-kadang kita tak perasan sewaktu kita berkata-kata tu, ada hati yang terasa...
Kita tak sengaja, tapi disebabkan kita cakap tak pandang kiri kanan, habis semua kecil hati dengan kita.


Memang susah nak jaga hati orang kan...
Kadang-kadang sampai hati kita sendiri yang terluka


Kalau sesiapa yang terbaca apa yang aku tulis ni
And ada terasa hati dengan aku, 
tanpa segan silu, aku benar-benar mohon maaf kat korang....
andaikata aku banyak lukakan hati korang..
aku tak sengaja...mintak maaf lagi sekali...dari hujung rambut sampai hujung kaki
melainkan kat someone yang aku tengah nak adakan jurang dengan dia sekarang ni,
anggaplah yang apa yang aku cuba lakukan ni demi yang terbaik..maaf...


Aku memang banyak cakap...
and ramai orang yang sakit hati dengan aku sebab mulut aku yang macam murai ni
Aku tahu yang tu
And aku rasa tu antara kelemahan aku yang susah untuk aku ubah...
Aku memang banyak kali pasang niat nak jadi diam aje, tak nak cakap banyak-banyak lagi dah
Tapi yelah..susah kan...
Tapi aku still cuba perlahan-lahan...
InsyaAllah doakanlah yang terbaik buat aku...


This entry is a reply from my mom's post. Thanks mum. :')


Shut up and Smile smile smile :)


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik dan jika tidak, maka DIAMLAH" 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

-Silence is a medication for sorrow-