Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 24, 2014

My Love Story

Assalamualaikum wbt to all!

Harini dah genap masuk sebulan aku bergelar isteri orang. Rasa macam dah tua je bila kat sekolah dah kena tukar title Puan Amalina Sulaiman. Huahuahua! Sedih pon ade jugak .. Tapi apelah nak dikatakan...dah kahwin, macam nilah dia ceritanya. Takkan nak mengada suruh orang panggil Cik Puan pulak kannn...hoho

Ramai cikgu-cikgu kat sekolah ni terkejut bila aku tukar title. Yelah..kahwin pon senyap-senyap. Tapi nak buat macamana...kita nikah je dulu...majlisnya kemudian..bulan 5 ni baru majlis. So, untuk nikah ni, takdelah nak buat grand sangat. Just jemput ahli keluarga, sanak saudara and sahabat2 yang rapat aje. Itupun dah ramai dah bagi majlis yang kecil. Fuuhh..at least settle dah satu event. Tinggal event aku bulan Mei ni dengan event encik hubby dekat Sungai Petani Kedah.

Kadang-kadang penah rasa macam nak tampar-tampar pipi jek sebab macam tak percaya diriku ini sudah pon berkahwin. Dulu gatal sangat nak kahwin tapi bila dah kahwin susah pulak nak percayanya. Huahuahua! Tapi maklomler kan, kahwin ni bukan senang sebenarnya. Banyak pengorbanan yang kita kene buat. So, nak taknak, kenalah kita harung bersama suami tercinta...

Taknak cakap banyak lagi. Haritu ada ramai kawan yang terperanjat dengar berita aku kahwin ni. Iyelah aku ni bukan jenis yang suka menayang-nayang kat social networks about my status so, nobody even bother about it kan. Macam ada orang tu cakap, sape ajelah yang bother pasal aku ni kann. Tak sangka ada jugak nanti yang stalk blog ni. But who cares duhh~ This is my space. If you don't like me, stop stalking and get lost from my blog. Muahahaha! Entah paper jek.

Sabo jelah Leen dengan perangai orang ni. Haiizzz =="

Okay dah-dah! Hehe. Ada kawan from my secondary school ask me to write about how my husband and I got married. And since we've already married now, there's no harm in sharing about it right? Bukan tujuan nak menayang ye wahai kawan-kawan sekalian..tapi sebagai sebuah bingkisan untuk dijadikan rujukan bila korang pulak nak kahwin nanti. :) That's all.

Okay husband I sebenarnya classmate I masa kat UPM dulu. Yes. I can tell that my love story is just mostly similar with others but that's how Allah has plan for us. Aku tak pernah sangka aku akan bercinta and kahwin dengan classmate sendiri. Konon-kononnya dulu nak habiskan belajar dulu barulah fikir pasal rumahtangga kan. Tapi kita ni hanya manusia sebab Allah lah sebaik-baik perancang. Dia dah atur elok dah perjalanan hidup kita cuma tinggal kita yang kena harungi semua yang Dia bagi dengan redha dan sabar.

Semuanya bermula masa semester ke 5 aku sebagai pelajar. Buat yang tak tau, aku dan suami pelajar berkembar IPGM- UPM. So for our 2nd and 3rd year, kitorang habiskan di UPM and Final Year, kitorang balik semula ke IPG masing-masing. Suami IPG di JB and aku pulak IPG di KL. Allah temukan kami semasa kami berada dua tahun di UPM. Berkenalan sebagai kawan sekelas dan tak pernah merancang untuk bercinta apatah lagi berkahwin. Tapi...haaa...ada tapi.

Tapi masuk Third Year degree, semester ke-5 pengajian, mulalah bibit-bibit percintaan antara kitorang. It started when he repaired my broken car. Aku tak pernah tau yang dia pandai betulkan kereta. He's a teacher cum mechanic and he's good at both. That's what I really like about him at first. Dan kat situlah aku rasa yang dia ni sesuai buat kawan baik. Dia baiki kereta aku and dia tak minta upah sesen pon dari aku. Memang baik gila lah waktu tu aku cakap kat diri sendiri. Satu dah save budget dari pergi repair kat workshop yang mahal tu. Satu lagi tambah dah sorang kawan baik dalam hidupku ini.

Pastu kan, kalau ada papehal berlaku kat kereta aku, dia antara orang pertama yang aku cari. Sebab aku tau yang aku boleh harap kat dia. Then, lepastu kitorang pon mulalah start spending time together. Dia cerita masalah dia (masalah cinta :p) and aku pon cerita masalah aku kat dia. Aku mula anggap dia sebagai teman rapat waktu tu but no strings attached. But then everything started when...

He asked me to go out and have lunch at this one beriyani shop in Bangi. Waktu tu, aku just simply agak dia kawan baik aje so aku pon ajaklah sorang lagi kawan aku teman kitorang makan. Aku saja je usik dia belanja aku makan sekali die betul-betul belanja aku makan nasik beriyani. Seronok betul waktu tu sebab kawan belanja kann. Hehe. Pastu, mulalah kan orang gossip pasal kitorang. Aku pon mula-mla buat tak layan bila orang cakap yang dia ni suka kat aku tapi bila aku sendiri nampak effort dia approach aku, aku pon jadi serba confuse.

For your information, aku tak pernah bercinta sebelum ni. Aku plan nak bercinta selepas nikah je nanti.

Tapi jodoh dah datang. Siapalah aku nak menolak kehadiran lelaki yang baik dalam hidup aku. Dia bukan tak solat, bukan jenis yang huru-hara takde masa depan. Dia kawan baik aku sendiri. And I feel lucky and blessed because I get to marry my own best friend.


Huhu. Outdoor dekat hutan terbakar. Pon bolehhh.. :D

Kite sayaaaangg suami kite...


Hurmm...tu ajelah kot yang aku boleh cerita. persediaan lain-lain nanti aku cerita kat entri lain pasal entri ni pon macam dah panjang gile jek. 

Doakan perkahwinan kami berkekalan till jannah, ok?
I love you Mr Hubby, Eirfaan 'Afif...forever and ever and ever! 
xoxoxo!





4 comments:

Hanis Yasmin said...

Tahniah Kak Amal. Sudah selamat bergelar isteri. Barakallahulakuma :)

From: Adik dorm akak 2008 (G7)

Nur Liyana Razali said...

assalamualaikum kak amal ...
mabruk alaiki..
semoga berbahagia hingga ke jannah..insyallah amin...

daripada: adik dorm G7(2008)

cik sweety said...

yeay!! dia da update da... hehe.. nak taw lagi lagi n lagi.. tapi suweet, semoga kekal hingga ke syurga :)

exdormmate (f3)
exclassmate (f3)
exbatchmate (f1-f5)
haha

tata :)

see ya :)

ASyraff Ryu said...

Mabrouk Amalina
Semoga berbahagia hingga ke Jannah