Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 19, 2010

Saka

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers~

Ape khabar semua? Harap-harap semua yang sedang membaca blog aku ni sihat-sihat belaka.
[buat tak tau- buat tak tau- aku nak tulis dalam BM sepanjang cuti niee!!hohoho]


Hmmm..entry aku kali ni kedengaran agak mystical, isn't it? Haha. Aku tahu...aku tahu... and tujuan aku kupas topik ini pun adalah disebabkan ramai di antara kita semua tak tahu apa itu saka.SAKA. Bukan saku ..bukan sagu makanan ...bukan ye~ ni nak cerite pasal saka. S, A sa..K. A kaa..saka iaitu sejenis jin.


Mesti pembaca [ececeh ayat skema] pelik kan macamana aku boleh terfikir untuk bukak ceghita hantu-hantu ni ye? Hmm...ini adalah disebabkan sekarang ni kan aku ade kat rumah nenek aku so faham-fahamlah bila kita dah duduk dengan orang2 yang lebih tua and berpengalaman pasal benda-benda pelik ni, macam2 cerita yang kita sendiri tak penah terlintas pon boleh keluau. Malam tadi lah aku, nenek and Cik Dodi duduk berkumpul cerita pasal hal ehwal keluarga [wahh! gittew ayat aku skemanyeee~ignore! ignore!] and berlarutan lah sampai masuk cerita saka-maka, hantu setan kejadah ni semua.


Nenek cakap haritu dia ada dengau la dekat dalam satu episode WHI [Wanita Hari Ini], diorang kupas topik saka hantu ni. Actually, for your information, majoriti-hampir semua ORANG MELAYU mempunyai saka. Bukan bangsa lain k? Bangsa melayu sokmo. Hehe. So sape2 yang rase diri tu Melayu baik check lah ye salah silah keturunan keluarga anda. Dulu-dulu, atuk nenek moyang kita majoritinye berasal dari Indonesia kan? So sape2 kat sini yang ade darah Jowo, Bugis and mana2 puak yang berasal dari Kalimantan/Sumatra, jangan terkejut kalau anda mendapati keluarga anda ada yang mewarisi saka. 


Cuba kita renung balik sejarah...dahulu kala, tok nenek moyang kita yang asalnye dari Indonesyia ni datang ke Tanah Melayu untuk jadi penduduk tetap sinilah kan? So beranak pinaklah mereka dan of courselah mereka2 semua ni akan membuka tanah mereka sendiri yang berekar2 and berhektar2 luasnye secara solo. Kalau nak ikut logik akal kita, bolehke seorang manusia menggunakan tulang empat kerat diorang saja untuk membuka tanah yg luas sebegitu? Rasenye tak boleh kankankan? So, hape lagi, diorang ni pon belalah si jin saka ini untuk membantu diorang membuka tanah, menjaga kebun, menjaga bini2 diorang, anak2 diorang, rumah2 diorang and segala harta-marta dirang yang banyak itu.


Manusia ni umur paling panjang pun hanya akan menjangkau 100++ sahaje tapi kalau korang nak tau, jin  ni, bila 100++ tu masih diperingkat kanak-kanak lagi k? Muda gitteww~ mesti asek makan jamu mak dara aje sampai mak dara pon tak jadi macam diorang~ haha. Tapi betullah. That's what I was being informed yang jin ni memang panjaaaannng umurnye. Umur 80 tahun, diorang masih lagi kanak-kanak riang..g sekolah , main guli. Dalam 200 tahun baru nak kahwin cuz waktu tu lah hormon gatal diorang meningkat...time 200-500 tahun, jin2 ni masih lagi kuat, gagah perkasa, bergetah and maskulin lagi~Haa tapi bila diorang dah reach umur 500++ barulah tiba masa untuk jin2 ni menopause, andropause and segala pause2 yang ade sampai penglihatan, tebiat and lain2 kekuatan pon pause...dalam usia 700 tahun, jin2 ni mulalah menjadi uzur, buta, tuli pekak and layak untuk mendapatkan kad warga2 emas sedunia. Renungkanlah betapa ajaibya jin2 ni semua. Subhanallah~


So that's why lah bila seseorang itu mewarisi saka, saka yang diorang bela ni akan berpindah randah sehingga habis 7 generasi akan datang.  Paling tidak pon  8 lah tapi biasenye 7 keturunan lah. So bolehlah dikatekan saka2 yang ade pada generasi sekarang dah tua ganyut tunggu time ajelaa. Tapi ape2 pon memang kita tau kan jin ni suka sangat lah ganggu manusia so beware ..Kalau boleh check lah. Seperti ape yang nenek aku dah cakap, benda ni memang akan kacau kita tak kira waktu..sembahyang...tidur..mimpi..memang akan ganggu punye~ yelah- dah takde orang nak layan dia lah katekan tu yang asyik nau nak kacau oghang. Bila si pemegang saka ni meninggal dunia, saka ni akan sendirinya pilih keturunan orang tersebut dan mendiami tubuh badannya TANPA DISEDARI oleh orang tersebut..


Kalau nak tau tanda2 korang ada saka ke tidak, here aku akan listkan tanda2 tersebut. Lepastu bolehlah korang reflect diri sendiri and bermuhasabahlah sebab kebanyakan tanda-tanda ni memang betul2 belaka.

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
2. Malas berzikir
3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb
4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini
5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama
6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.
7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat
8. Sukar tidur malam
9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin
10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2
11. Lambat kahwin
12. Sukar mendapat anak
13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb

16. Bermimpi seolah-olah mahu jatuh dari tempat yang tinggi, ataupun mimpi diri sedang terbang.

(http://akrine.blogspot.com)

Haa...sekarang ni jikalau korang ade mengalami mane2 tanda di atas, banyak2 kanlah berdoa and berikhtiar unruk membuang saka berkenaan. Tapi menurut nenek aku, saka ni susah nak dibuang lagi2 kalau jin saka ni merupakan jin Islam. Sobabnye, dio tak takot langsong dongan ayat2 al-Quran. 

Macam yang di alami oleh seorang ni, dia sendiri musykil sama ada dia mempunyai saka atau tidak tapi dia mengalami banyak tanda2 di atas, and ada seorang dukun jawa ni cakap kat dia memang ada saka betina mendiami tubuh badan dia [aissyyyy apesalah aku meremang nie...:[ ]
Dia pernah bermimpi didatangi seekor jin dan pabila dia membaca ayat kursi untuk meghalau jin berkenaan, jin itu tidak lari atau tak terbakau langsung malah dengan selambe badaknye jin itu menyambung bacaan ayat kursi tersebut..[haa nampak naula yang jin saka tu jin Islam]...

Takunyee..takutnyeee....

Tapi masih ada peluang bagi membuang jin ini. Memang tidak dinafikan banyak cabaran + dugaan untuk membuang jin ini since kita tak tahu siapa ahli keluarga kita yang memperoleh saka tersebut. Menurut seorang pengamal perubatan Islam dalam web akrine ini, dia sendiri secara peribadinya belum menemui cara yang sesuai untuk membuang saka ini. Because once saka itu dapat dikeluarkan dari tubuh badan seseorang, saka ini akan sendirinya berpindah ke tubuh ahli keluarga yang lain tanpa disedari langsung oleh mangsa terbabit.

Tapi there're a few tips untuk mengelakkan diri dari diganggu jin saka ini.

1. Sentiasa menjaga solat (seboleh mungkin solat berjemaah)
2. Sentiasa membanyakan zikir seperti berikut : Al-fatihah, ayat qursi. Amanarrasul, 4 qul serta tahlil
3. Membanyakan membaca surah Al-Waqi’ah (subuh), Al-Mulk(zohor), Yasin(Asar) dan Sajadah (sebelum tidur)
4. Membaca Ma’thurat pagi dan petang
5. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan seperti menonton tv, konsert dsb
6. Tidak menuntut ilmu-ilmu yang diragui seperti reiki, kuasa minda, cakera alam, nasrulhaq, tarekat sesat, silat dsb
7. Berkawan dengan orang-orang soleh
9. Berjumpa dengan perawat Islam

Perawat boleh merawat secara:
1. Pembacaan rukyah
2.Teknik pukul ie. serban, sejadah, rotan, kayu nona, daun nangka even tali pinggang
3.Teknik mandi ie mandi ais, mandi limau purut, mandian garam
4.Teknik bakar batu-bata

Semua teknik ini tidak boleh dilakukan oleh pesakit sebelum mendapat penjelasan dari perawat.
(http://akrine.blogspot.com/)

Ok lah..
Aku rasa sampai di sinilah penerangan tentang saka yang dapat aku kupas. Untuk penambahan maklumat tentang topik ni, rajin2 lah korang google kat internet or carilah maklumat dengan bertanya pada orang2 tua sebab diorang ni lebih tahu tentang benda2 ni because kebanyakan warga2 emas ni hidup di zaman manusia still mengamalkan benda2 ghaib and mistik segala nih~

InsyaAllah. Setiap penyakit ada ubatnye. Di mana ada kemahuan di situ ade jalan

Assalamualaikum and have a nice day~!! (^_~)


saka rimau..auuummmmmm!!


dari filem waris jari hantuu....mungkin macam nilah derita yang ditanggung oleh mangsa saka...


saka perempuan...






2 comments:

Noor Mardhiah bt Che Hussin said...

salam leen.
excellent observation...I wonder how the secret was revealed at last ea. Keep on searching 4d info, my dearest ukht.
k.diah

Elle Who? said...

ok kak diah..insyaAllah..Barakallu Fik.. =)
jumpa minggu depan ok?