Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

Andai Seorang Perempuan Itu Datang

Assalamualaikum wbt...salam hari Jumaat untuk semua pembaca kesayanganku..!


Hari ni aku punya mood sangat baik!
Mood untuk bermuhasabah diri...
Mood nak dengar nasihat orang [Nasihat ye! Bukan kritikan dan cercaan yang lantak sama kau lah ada aku kesah?]...
Mood nak tidur pun ada jugak [oh- thanks to the weather! Sejuknya!]
Yelah makin nak exam, makin macam-macamlah benda yang aku mula start fikir...
Peperiksaan...hmm...kepada ummi tersayang...Mintak maaf mi..Umi tak kacik kite blogging bagai sebab nak dekat exam tapi kite blogging jugak sebab kite rasa blogging ni dah macam terapi minda buat kite..Kalau takde blog, kite rasa sangat tertekan...Takde tempat nak luah perasaan and rasa bersalah sebab tak menyampaikan maklumat penting kat kawan-kawan kite yang lain yang suke baca blog kite ni...


Oklah entry kali ni aku nak sebarkan satu pesanan...boleh dikatakan tazkirah
Khas buat KAUM LELAKI
Ada seorang sahabat bagi kat Inbox FB aku [tak tau lah dia ni ingat aku lelaki ke? Adess]
Tapi takpelah..renung-renungkanlah ya!




Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...


Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...


Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...


Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...


Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...


Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...


Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...


Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

gambar hiasan 


MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,


"Kau adalah kawan karibku."


"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."


"Kau dah seperti abang kandungku."


"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."


"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."


"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."


"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".


"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."


TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?


Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...


BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR


GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR


TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!


Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,


Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,


Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,


Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,


Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,


Andai seorang perempuan itu datang...


Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...


Andai seorang perempuan itu datang...

Istighfar lah sebanyak yang mungkin...



Hmm..harap-harap mesej ni sampailah ke qalbu korang..
Ouhh..menusuk qalbu gitteww yek?


Oklah ni aje santapan rohani kali ni
Lain kali kalau ada apa-apa, aku tulis lagi
Renung-renungkanlah ye LELAKI?
Wassalam...


p/s: tolong doakan aku nak exam 1hb November ni..heee...takutnye...





2 comments:

Madre Amor said...

Terpulang kpd nawaitu kita dan Allah Maha Mengetahui.
u shd know what to prioritise, honey. The decision is in your hand.
Good luck. Luv u mmmmuuuaaaahh!!

Elle Who? said...

Luv u too ummi! Mmmmuaaackkss! :)