Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 20, 2011

Tempat-Tempat Menarik di Kelantan

Assalamualaikum wbt to all my beloved readers...

Apa khabar? 


Selasa lepas, aku dengan seorang kawan aku (Rina) telah pergi ke Kelantan untuk cuti-cuti Malaysia di sana. Kitorang memang dah rancang nak pergi ke sana sebelum cuti semester lagi sebab niat asal aku sebenarnya nak pergi untuk melawat kawan aku (Waheida) dan juga nak berkenal-kenalan dengan keluarga dia. Lagipun Waheida memang dah pernah datang ke Melaka dan dah pernah berkenal-kenalan dengan keluarga aku sebelum ni, jadi tak salah kalau aku pun melakukan perkara yang sama, kan? 


Aku rasa amat bersyukur dan senang hati sebab mendapat layanan yang amat tiptop daripada keluarga Waheida dan termasuk Waheida sekali. Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi, ye. :)


Hari pertama kat sana, iaitu hari Selasa (12hb Julai) kami tiba ke Kelantan pada waktu Subuh. Okay, apa yang aku boleh katakan bila pertama sekali menjejakkan kaki ke sana ialah, "Wah banyaknya masjid kat sini!" Mana-mana pergi mesti nampak masjid besar. Selain daripada suasana perkampungan (kampung Waheida di Dangar, Pasir Mas) yang sedikit berlainan dengan suasana kampung aku di Melaka, aku dapati banyak lagi perbezaan yang ketara kalau nak bandingkan dengan tempat aku lah. Jual-beli seperti merket (pasar) kat kampung dia amat pesat. Menurut mak Waheida, bukan sahaja hari minggu, malah hari-hari biasa pun, kampung dia memang sibuk dengan pelbagai urusan jual-beli. 


Petang Selasa tu, hujan rintik-rintik. Okay, hujan turun tu macam tak sudi aja nak bagi aku dan Rina berjalan-jalan di sekitar Pasir Mas kan. Tapi, nasib kami memang baik sebab hujan tak lah selebat yang kami sangka. Ayah Waheida (Uncle Azmy) telah membawa kami berjalan-jalan di sekitar kawasan Pasir Mahhh. Seronok jugaklah sampai aku ada rakam video buat kenang-kenangan. 


Tempat Menarik 1: Air Moleh, Pasir Mas 






Tempat ala-ala taman rekreasi mini ni memang amat sesuai dijadikan kawasan bagi menenangkan fikiran. Berdekatan dengan Sungai Kelantan. Facilities dia pon quite okay lah. Tranquil. Peaceful. Serene. 


Tempat Menarik 2: Zon Bebas Cukai- Rantau Panjang






Okay, apa yang aku boleh katakan pasal tempat ni is tempat ni memang seriously best and seronok. Especially pada mereka-mereka yang suka borong barang-barang yang cute and murah macam dolls or printed tees, sini memang tempat sesuai untuk korang melangok. Percayalah. Aku sendiri rambang mata bila berada di sini. :)

Tempat Menarik 3: Pasar Siti Khadijah






Kat sini pun seronok jugak lah. Tapi disebabkan aku tak suka sangat berada di tempat yang crowded, jadi tempat ni bukanlah tempat yang begitu menarik bagi aku. Hehe. Apa-apa pun, barang kat sini boleh tahan best dan murah. Dapatlah juga aku merasa kuih muih citarasa Klate kan macam Akok, Cik Mek Molek, Lompat Tike (ok yang ni aku beli kat Pasar Malam Pasir Mas je) and etc. Tapi yang aku nak cakapkan kat sini, sesiapa yang ada kencing manis dan sweet tooth, jangan lah cuba-cuba makan kuih-kuih ni. Seriously manis yang teramat. xD


Tempat Menarik 4: Bazar Buluh Kubu


Aku dengan kawan baru- Ayunni :)



Baca sendiri. Aku malas nak terangkan sebab tempat ni lebih kurang macam dekat Rantau Panjang tapi barang-barangnya lebih mahal sikit daripada barang-barang kat Rantau Panjang.


Tempat Menarik 5: KB Mall



Waheida, Ayunni and Wina

Sidqi (kanan) selaku drebar kami untuk setengah hari (Thanks Sidqi Ladyana :DD hehe lawak betul kaw ney) and Qayyum (kiri) kawan UiTM Rina.

Rina with Fizur- classmate aku kat IPBA. Orang Pasir Mahhh jugak. :)

Ok kat sini, aku rasa aku tak payah nak terangkan sangat lah. Sebab korang sendiri tahu apa yang ada kat dalam mall. Kat sinilah tempat rata-rata rakyat Kelantan nak melepak, or nak shopping or nak bergendut or nak reunion (as you can see from the pictures above) tapi sorry to say, kat sini tak ada panggung wayang. Jadi kalau nak tengok movie, pergilah pasang home-theater kat rumah yek ataupun pergi sewa DVD ataupun pergi download movie kat Internet ataupun suke hati koranglah korang tau nak buat apa so kenapapa aku pulak yang sibuk-sibuk bagi cadangan kat sini? xD

Tempat Menarik 6: Pantai Cahaya Bulan





Ok disebabkan aku suka laut or pantai or whatever, aku rasa dekat sini merupakan tempat yang paling seronok sekali sepanjang aku melawat tempat-tempat lain kat Kelantan. Cuma air nyiur kat sini dia buat manis gilak, aku rasa macam nak campur air laut aje dalam minuman aku tu. Chisss....haha

Aku telan jugak lah air tu walaupun tak habis...hehehe

Tempat Menarik 7: Jeng Jeng Jeng !

TADAAAA !! Rumah Waheida !!! Hehehehe

Ada sebab aku cakap tempat ni best ok. 


Sebab 1: Landscape dia canteekk :)

Sebab 2: Mama yang pandai masak and baik hati :)

Sebab 3: Uncle yang syempoi and best. Jiwa muda ala-ala ummi aii gitteww..haha

Sebab 4: Wahh layanan yang ada kelasss dari Kak Sendok sorang ni xD

Terima Kasih kerana sudi melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di negeri kalian. Terima kasih daun kelapa, nanti datanglah pulak Melaka.. k? :)

Tapi korang janganlah lurus sangat ingat rumah si Waheida ni tempat percutian pulak. Kalau nak sangat melawat keluarga dak Waheid ni, silalah datang ke kedai kain warisan keluarga beliau;



Apa-apa pun. Aku seronok dapat pergi melawat negeri Serambi Mekah ni. InsyaAllah aku akan update tentang pengalaman aku dekat Ganu kita pulak lepas ni.

Salam Pantai Timur :)

3 comments:

Anonymous said...

wahh...pok mkn lopat tike....haha...ak pn da lame x merase...ahaha

Elle Who? said...
This comment has been removed by the author.
Elle Who? said...

hehe..sedaaaappp la weyy !!! nyum2...rasa dia ala2 bubur pulut hite kan? btw, kalo ko ad lagi syok kot sbb budak 2 org (sidqi and fizo) sibok tny asal ko x join..hehe