Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 30, 2010

Kenangan Matrikulasi: Lagu Kehidupan- Raihan [ft InTeam]

Assalamualaikum wbt to all my friends!


Ape khabar semua? Kaifa Halukum?
Ana bikhair..Alhamdulillah..
Semoga kesihatan ni berkekalan..InsyaAllah


Hari ni sebenarnya aku agak sibuk nak siapkan assignment English Studies yang dah lama giler tertunggak. Due date dia dahlah Jumaat ni [3rd Sept]. Harap-harap dapatlah aku siapkan dengan jayanya..amin..insyaAllah.


Duh! Sebenarnya aku tengah tension. Idea tengah kontang. [Idea! Idea! Mane ko pergi ah??] Nak buat ayat rasa macam tak sedap jer. Tension aku tengok roomate aku yang dua orang ni dah siap. [Wuwuwu tulah sape suruh buat lelambat?] Adeii..tapi aku ni memang jenis tak reti nak buat kerja awal-awal sebab nanti ade je nak edit..edit kalau jadi lagi baik, oklah..ni tak..edit makin jadik hancus-lebus-pancit sumer. Baik tak payah! Kena tambah lah..tolak lah..lama-lama markah jadi ciput..ceh..hehe


Di saat tension ni lah aku terimbau kenangan time aku 2 bulan kat KMJ [Kolej Matrikulasi Johor] tahun lepas. Wah! Punyelah aku sengsara nak buat dia punya apebenda tu..kuiz lah..assignment lah..hapekejadah semua yang boleh buat otak aku ni jadi clogged. Lagi-lagi Maths yang susah tahap gaban tu..[wah! time ni le baru nak bersyukur untungnya aku dapat masuk IPBA..ngeh3..babai Maths.hoho] 
Aku masih ingat memalam aku stay up dengan roomate aku; Eni and Zima siapkan kerja and wat revision. And malam-malam macam gini lah aku selalu nyanyi sorang-sorang lagu Raihan ft Inteam yang bertajuk 'Kehidupan' ni. Sebab lagu ni kan..maksudnya kan..amatlah mendalam..


Ni lirik dia..cuba renungkan;



Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Hurmmmmm.....

Ida [Garfield], Farahanis, Zimah and Iqang ;p


Me and Farahanis..we are besties ;)


Mish them 


Kim [budak pandai taw ;)] and Eni


Mira [Ultraman ;p], me and Ikang! ;p

Me and Mira Edora ;p

Bubbye KMJ..wuwuwu

Oklah tu aje rasenye
Aku nak sambung wat ES assignment!
Chayok chayok Leen!
Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH swt...sabau je le.. ;)

Wassalam ;)

Wednesday, August 25, 2010

Maksud Tersirat di sebalik Lagu Alejandro- Lady Gaga

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!

How are you? Good? Easy? Sempiiiitt?
Ahha! Talk about sempit, actually my life here also kinda sempit now loh..
Sempit + Busy with the assignments.. [cepatlah cuti..wuwuwuu]

Hurmm...pasal hal Lady Gaga yang tak habis-habis dengan kontroversi sensasi ni..Ahlan wasahlan! Silalah kepada sesiapa yang nak share..Ini pun diterima daripada seorang sahabat dan aku pasti dia pun menerima benda ni daripada seorang rakan yang lain..Well, sharing is caring kan?;) Macam tahu-tahu je, sebab tadi tengah buat assignment, telinga ni duk dengau lagu Alejandro ni sambil mulut ini dengan automatiknya menyanyi lagu ni mengikut rentak lagu nih.. Ish ish ish..Al-maklumlah kan..tengah hilang pedoman buat kerja. Nyanyi pun pakai bantai aje lagu-lagu yang di play kat Winamp ni..

Hmm ok well, CREDIT kepada penulis asal yang aku tak dapat pastikan siapa, Moga kita semua beroleh manfaat dari apa yang dia cuba sampaikan ni..ok...



Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat-peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak lah..Yelah.. vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak symbolism. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni: http://mistisfiles.blogspot.com/ (klik siniand tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni 

Dalam video terbaru dia, ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.








"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan Christian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah..


Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa..tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (very symbolic) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. 

Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya TIDAK!.. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia, apa dan siapa Alejandro? Kemudian dalam video tu,  Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati  The All- Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya. 













Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .

klik gambar untuk view yang lebih jelas

Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya- oleh Gaga si illuminatist tak guna. Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih.Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni Gaga pandang ke langit dan menyanyi part:



"Stop,please, just let me go, Alejandro" .


Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya ke langit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.





"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci "(holy). Around her finger (cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.. Selepas sahaja lirik tu...Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan? Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga..



Tengok tu, tutup mata sebelah lagi...

Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..


" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall





Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan Gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. 


Don't bother me, Don't bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando ..I'm not your babe , I'm not your babe, Alejandro (tuhan) 

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada  kedua bahu Gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka. Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik (rosary) yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih..Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe,Fernando.



Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkata bagi ajaran Kristian, Katolik kepad mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia.. Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia.Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call my name ...Bye Fernando (Jesus)"





Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu tapi akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah sendiri siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ? Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti .. 





Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillahimin zalik... jauh-jauhkan la ya Allah ... Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video, tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi? 

Penuh dengan gaya hedonism....[bentuk salib lagi tu]




The All-Seeing Eye


Ya Allah,lindungi lah kami daripada tipu daya syaitan dan sekutunya..Amin ya rabbal alamin.  

Sumber asal: vigilant citizen :) 

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al- Isra' 17:36)


Hmm...oklah
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Say no to Lady Gaga!
Wallahu'alam..
Assalamualaikum wbt :?

Saturday, August 21, 2010

The Man with Four Wives (I Miss Atok.. :'( )

Assalamualaikum wbt to all my derest readers..


I know that most of you guys must have come across this story anywhere. But some of you might also haven't heard about it. This is not the first time I read this story but I just want to share with you because this story really makes me remember someone I'm missing so much now.



Once upon a time. There was a rich merchant who had four (4) wives.
He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!" Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.

The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart.

The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out: "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go." The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition.

Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have!"

Actually, we all have 4 wives in our lives. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.


Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.

The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.

The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material wealth and sensual pleasure.

Guess what? It is actually the only thing that follows us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament.








Hurrmm...

Dearest readers...I am missing my Atok so much now..I am very worried about her.
She's attacked by stroke last night...when she's reading Quran..I am so worried..my mother keep me updated about her latest conditions through messages in my FB Inbox. I miss her..sorta worried about her. How I pity Atok when I knew that her right vein had damaged and the doctor said she might be partially paralyze. 









"Ya ALLAH...please save Atok. Have mercy on her, ALLAH...I love Atok sooo much. I want to celebrate Raya with Atok this year like other years before. I want to see Atok happy.. I love her. O ALLAH, PLEASE SAVE ATOK... Amin Ya Rabbal 'Alamin...."


Readers..please pray for my Atok...thank you...
Wassalam..

Thursday, August 19, 2010

Fakta mengenai Kelebihan Malam-malam dalam bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum wbt untuk semua pembaca belogku sekalian!


Ape khabar? Sihat?
Kalau tak sihat makanlah ubat...haha [pssttt...oii!! tak puasa ehhhh...ish ish ish..]
Hmm ....dah lama aku tak kongsi tazkirah dengan korang kan..?
Itu yang aku nampak ramai korang semua ni macam dah hilang pedoman aje ..haha


Well...hari ni aku nak sambung balik tugas aku sebagai seorang umat Islam yang sedang berbahagia meneruskan hidop dalam bulan Ramadhan ni..cecececehhh.. Aku just nak sampaikan sedikit tazkirah mengenai fadhilat malam-malam dalam Bulan Ramadhan Al-Barakah bagi entry kali ini.


Harap-harap semua pembaca blog aku ni diterima amal ibadahnya bagi setiap hari dalam bulan Ramadhan 1431 H yang Mulia ni...InsyaAllah..


Ehhhh...wait! Sebelum korang mula membaca..pasang niat yang korang baca ni kerana ALLAH & untuk menuntut ilmu..jangan baca sekerat aje...!WAJIB BACA SAMPAI HABIS ENTRY NI, OK...Kerana semua kandungan dalam ni adalah PENTING! 
*****************************

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:



'Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu'.(Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: 

‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .






Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 

‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:






Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua

Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. [Bagi kitab Taurat, Injil dan Zabur adalah benar sebelum kedatangan Islam, namun kini, Al-Quran adalah satu-satunya kitab Allah yang lengkap mengiringi turunnya agama yang lahir dari zaman Rasulullah, iaitu Islam. Al-Quran merangkumi isi kesemua kitab-kitab sebelumnya.]

Malam kelima

Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.

Malam kelapan

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh

Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas

Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas

Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas

Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas

Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas

Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas

Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas

Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas

Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas

Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh

Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu

Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua

Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga

Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat

Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima

Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam

Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh

Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan

Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan

Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh

Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

Rujukan: Buku Fadhilat Ramadan.



Ok? Dah habis baca dah...ok..sebenarnya hadith dan fadhilat ini sebenarnya adalah HADITH PALSU!
********************************
Kebenaran:

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya: 
(SILA RUJUK FADHILATNYA DI ATAS :) ]

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. 
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : 

Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Riwayat Bukhari, Muslim) 

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud:


"Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan." (An-Najm: 3-4). 


Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:


Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :


1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. .
~Mufti Terengganu 2007~
Dipetik daripada laman web IluvIslam :)

***************
Hmmm...wallahu'alam...
Berbahagialah orang-orang yang berpuasa di siang hari dalam bulan Ramadhan dan bersolat tarawikh di malam harinya..InsyaAllah :)
[terutamanya bagi yang berjantina LELAKI sebab mereka boleh berpuasa penuh untuk setiap bulan Ramadhan...jealous! jealous!]

Ok sampai sini saja untuk entry kali ini..
Dah faham kan kenapa aku suruh korang baca entry ni sampai habis? wink9 ;)

Renung-renungkan dan Selamat Beramal! :)
Terima kasih kerana membaca!
Assalamualaikum wbt

nak jugekk ;p