Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 16, 2011

Bakal Kehilangan ...

Aku sedih sangat hari ini
Aku tak tahu kat mana nak curahkan luahan hati aku...kat blog ni aje lah nampaknye
Kelmarin Kucing hitam aku, Yenna, muntah-muntah...
Badan dia lemah sangat sampai lalat hurung pun dia tak terdaya nak halau macam kucing normal..
Aku ingatkan dia tertelan racun sebab aku pernah nampak dia minum air kat longkang
Then, aku bawak dia ke klinik semalam.
Vet bagi injection antibiotic and vitamin sebab dia kata Yenna hanya kena diarrhae
Aku ingat everything's just gonna be fine lepas bawak jumpa pergi vet..
Tapi..

Pagi tadi Yenna mati...
Aku terkejut...
Sangat terkejut sebab ingatkan dia akan sembuh
Then, Shida (another kitten) pun tiba-tiba demam
Aku pergi lagi ke Vet
Dalam bulan ni dah 6 kali aku pergi Vet sampai dia pun dah kenal aku
Aku bagitau Yenna dah mati
Vet pun terkejut
Then dia recheck condition Shida
Dia sahkan kucing aku kena serangan Parvovirus
Virus ni takde ubatnya
And virus ni juga jenis berjangkit
Aku tak tau nak kate ape dah
Petang ni Singlet pulak jadi murung macam Shida
Putih aje yang nampak ok sikit tapi dah tak nak makan
Aku bagi makan sedap-sedap pun diorang tak sentuh
Rasa sedih sangat...
Vet cakap bila kucing dah kene virus ni
Dia akan hilang selera makan sebab tekak diorang akan jadi sangat sakit

Aku sedih gila
Aku suapkan air glukos kat diorang guna syringe
Tapi diorang meronta-meronta taknak telan
Sebab tekak diorang sakit
Aku rasa tak terdaya and tak tau nak buat apa lagi
Bahu aku sakit gali kubur Yenna pagi tadi...hati apatah lagi..kecewa sangat ...sebab Yenna sangat manja dengan aku...
Besok bahu aku mungkin akan sakit-sakit lagi
Sebab aku dapat rasa yang kucing-kucing aku ni nak tinggalkan aku...

Rasa diorang ni macam kene annihilate aje
Ironinya, aku baru mandulkan Tini
Lepas ni memang takde can lah aku nak dapat anak kucing lagi

Ya Allah, besar sungguh dugaan ini...
Aku tak nak mempersoalkan takdir sebab Kau Maha Mengetahui akan setiap apa yang berlaku
Tapi izinkanlah HambaMu yang hina ini merasa kasih sayang dari kucing-kucing peliharaanku ini...
Janganlah kau ambil semuanya, Ya Allah
Aku tahu mereka ni semua hanya pinjaman
Tapi aku nak memeliki mereka lebih lama sedikit...
Janganlah Kau ambil mereka dalam keadaan mengejut begini...
Aku rasa sangat merana...
Ya Allah, Kau kuatkanlah hati aku ini
Supaya aku dapat bersabar dengan ujianMu ini
Tapi jika memang inilah dia ketentuanMu
Aku pasrah, ya Allah...
Aku redha,..

Janganlah tinggalkan akak.... :'(



8 comments:

* HeeBum * said...

sedihnye... byk2 sabar ye..

Amalina Sulaiman said...

HeeBum, time kasih...

Minty Mint said...

sabar ye leen... aku paham...

Amalina Sulaiman said...

thanks nok..sedih laa..

kiranui said...

bykkn bersbr...tumpang simpati...

Amalina Sulaiman said...

thanks kere...skunk neh...anak kucing aku tggal 2 eko aje...seko tu pon cam dah nak jalan jugak je..

Diba you missed said...

jgn sedey2.. ade lg yg kebih baik akan datang tu.. ^_^

Amalina Sulaiman said...

thanks dibah 4 that comforting words...