Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 9, 2012

Resepi Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum wbt uolls!

hah! harini aku nervous sangat tunggu result final aku yang entah bile ntah nak keluarnye.
takpelah sementara tu aku nak share satu resepi dengan korang semua...resepi chocolate cheesecake.
ye aku tau semalam punye post, aku ada cakap yang choc cheesecake aku rupe dia horrendous gile.
tapi aku tak mention apa2 pon kan about its heavenly taste...sebab seriously, kek ni SEDAP GILE BABENG SILALAH CUBA!!!


and sebenarnye baru ku sedar yang kek tu jadi begitu hodoh sebab aku potong right after i took it out from the fridge, when i actually supposed to WAIT for a few minutes sampai kek tu jadi lembut sedikit.
so that's the mistake yang aku dah buat...
hope lepasni sape2 yang nak cuba bake choc cheesecake, satu, silalah pergi beli loyang springform or dua, bila dah keluarkan dari fridge tu, silalah TUNGGU a few more minutes sebelum potong kek tersebut..kalau tak..hancurlah beliau...macam yg terjadi kat kek aku...lol


oklah nilah rupa sebenar cheesecake aku tu selepas ia dipotong dengan ELOK:-





hurmm...nampak sedapkan berbanding dengan gambar semalam? haha
oklah ni dia resepinya:-


INGEREDIENTS
Base:

  • 1 1/2 paket biskut oreo 
  • 140g butter (dicairkan)
Filling:
  • 200g coklat masakan (dicairkan guna method double-boiling)
  • 2 paket PHILADELPHIA cream cheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 cawan yogurt@ sour cream (i used yogurt)
  • 2 tsp vanilla essence
Cara-cara Membuatnya:
  1. Preheat oven 180'C 
  2. Asingkan krim biskut oreo dalam bekas lain dan hancurkan biskut tersebut dalam sandwich bag sampai jadi crumbs. Hancurkan sehancur-hancurnya!!! (teknik lepaskan geram)
  3. Tuang crumbs tersebut ke dalam bekas dan masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul sampai sebati dan nampak smooth.
  4. Griskan loyang dengan mentega dan masukkan base tadi. Tekan2 dengan hujung jari base tersebut sampai permkaan dia nampak rata dan sekata. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara tunggu buat filling.
  5. Masukkan cream cheese + castor sugar ke dalam mixer dan mix sampai jadi smooth.
  6. Masukkan sekali coklat masakan yang telah dicairkan, diikuti dengan serbuk koko, telur, yogurt, esen vanila bersama-sama dengan  krim biskut oreo tadi. Mix sampai sebati.
  7. Tuang adunan cheese ke dalam loyang tadi dan bakar dalam lebih kurang 1/2 jam di dalam preheated oven tadi sehingga buih kat atas kek tu berkurangan/ tiada langsung.
  8. Bukak sedikit pintu oven dan biar dia chill sebelum memasukkannye ke dalam peti sejuk.
  9. Dusting* (optional) boleh guna serbuk koko + icing sugar kat atas kek tu.
  10. selepas 2 jam, keluarkan kek. tunggu kek jadi lembut dulu baru potong. 
hurmmm...i think that's all!
selamat mencuba!! :)


3 comments:

Airil Azmei said...

adeh...aq mmg xle tngk bnde2 yg bercoklat ni....mula la rasa lapar....=.="

Zya Amalis said...

macam same je resepi kite...hahaha...

Elle Who? said...

openg: hahaha~ nak dtg r umah den...apelaa

acik: haha..alah cheesecake ni ing. dia same je semua type...huhu..