#3
Assalamualaikum wbt kepada pembaca-pembaca belogku yang tersayang...
Ape khabar!
Bersempena bulan Ramadhan Kareem ni, aku ingat aku nak buat entri-entri yang bersifat keagamaan seperti tazkirah-tazkirah sahaja. Maklumlah, kalau nak dihitungkan amalan-amalan aku semenjak jadi umat kat dunia ni, belum tentu lagi cukup untuk menjamin kesejahteraan hidup aku kat akhirat kelak so the least I can do to gain more pahala sementara aku masih hidup ni ialah menyampaikan info-info kebaikan dan rohaniah kepada pembaca-pembaca sekalian instead of entri-entri yang melaghakan. :)
Tazkirah hari ini ialah mengenai 8 Golongan yang tidak akan dapat mencium bau syurga (Nauzubillahiminzalik..minta-minta kita semua tak tergolong dalam golongan-golongan ini)
Seperti yang kite semua sedar dan faham, syurga tempatnya wangi dan indah. Haruman syurga tu even kite duduk jauh 1000 batu sekalipun, kite masih juga dapat bau kalau dikehendakiNya. Tapi di sini, aku nak senaraikan 8 golongan malang mengikut hadis yang tidak dapat langsung cium bau syurga ni.
Golongan 1: Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie.
ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود
Sabda Rasulullah s.a.w: Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya. (Riwayat Abu Daud)
Golongan 2: Orang-orang yang membunuh kafir zimmi.
الإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " .
Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun (Riwayat Imam Ahmad)
**Additional info: 3 golongan kafir yang HARAM dibunuh:
- Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin
- Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
- Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin.
Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir HARBI.
Golongan 3: Wanita-wanita yang tidak menutup aurat.
وقال مالك ، عن مسلم بن أبي مريم ، عن أبي صالح ، عن أبي هريرة ، أنه قال : نساء كاسيات عاريات ، مائلات مميلات ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام .
Sabda Rasulullah s.a.w: Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya, Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 500 tahun. (Riwayat Abu Hurairah)
Golongan 4: Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya.
Golongan 5: Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan.
Daripada sebuah hadis yang sama:
وقال الطبراني : حدثنا محمد بن عبد الله الحضرمي ، حدثنا أحمد بن محمد بن طريف ، حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن كثير ، حدثني جابر الجعفي ، عن [ص: 380 ] أبي جعفر محمد بن علي ،عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ريح الجنة يوجد من مسيرة ألف عام ، والله لا يجدها عاق ولا قاطع رحم " . “Sabda Rasulullah s.a.w: Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Riwayat At-Tabrani)
Golongan 6: Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam.
ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود
“Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Akan ada satu kaum( telah menjadi satu ‘trend’ ) yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga"
Golongan 7: Orang-orang yang mengubah nama bapanya.
حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه
“Sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun”
Golongan 8: Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري
“Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun”
Golongan 9: Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري
Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :
“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga"
WALLAHU'ALAM...
Semoga kita semua tidak tergolong dalam 9 golongan-golongan malang di atas. INSYA-ALLAH.. :)