Hari ni, you know what? Aku nak tulis dalam BM!
Aww...gimme a break! Sekali sekala nak jugak kan menulis menggunakan bahasa ibunda kita [hidup BM!!]
Nak jadi English teacher sekalipun, janganlah sampai lupa bahasa ibunda yang dah jadi mother-tongue kita sendiri..kan...Tapi jangan jadi macam CIKGU SHIDA tu sudahlah.
Aku malu weh tengok cikgu tak malu gitu. Kok ye pon ko tension mengajau anak murid ko tak pandai-pandai, tu bukan tiket untuk kau mencari publisiti murahan kat YouTube dan sewenang-wenangya mempermain-mainkan gelaran 'cikgu' kat nama ko ok!...[wah aku dah berkobar-kobar dengan semangat perguruan ni...pasang lagu 'Kami Guru Malaysia' lagi..wahaha]
Oklah yang aku nak kupas harini bukanlah pasal Cikgu Shida sebab kalau you guys pergi Google nama dia ni, ramai aje yang komen pasal dia kan..So, kita taknak lah ulang-ulang entri orang lain kan...
Ouh..haha
Tapi hari ni just nak bagi satu peringatan kat semua umat Islam yang membaca belog aku ni...aku tak tahu lah kalau ada yang anggap isu ni dah basi and lapuk tapi keluar kat surat khabau kan haritu pasal ni [lihat bawah]:
Cuba korang perhatikan corak keliling sejadah tu. Corak ape? Teddy bear??? Pada pandangan aku yang dah mata empat ni... tu corak vavi ok..(gambar dari fryco.com)
Siapa yang tak sempat baca pasal hal ni yang keluar kat Harian Metro, here's the article for you
SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.
“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.
Source: Harian Metro
Ok? dah baca dah?
Eeee bengang kan! Saje aje kan diorang ni nak hina-hina agama kita...
Ok so next time, bila nak beli sejadah tu, perhatikanlah dulu corak-corak kat sejadah tu dulu. Janganlah sebab tertarik kat harga yang murah and warna yang menarik, kita pun dah tergoda bagai nak rembat sehelai dua.
Kalau yang nak beli untuk masjid takpun surau tu lagilah kena beringat-ingat and berhatchi-hatchi..
Bila dah beli sejadah bercorak macamni untuk satu jemaah kat masjid tu, haa kan orang yang membeli tu pun akan dapat saham berganda-ganda sebab suruh orang guna sejadah ada corak tak senonoh macamtu kan...buat tambah dosa aje ohhh...diri sendiri punya dosa pun belum kira lagi dah tambah lagi dosa lain.
Tak kira lah harga sejadah tu 10 hengget ke....60 hengget ke...sejuta hengget ke...tengok lah corak and kualiti dia dulu. Jangan membabi buta je beli tak pasal-pasal dapatlah sejadah corak babi..kan...
Haa kalau nak selamat, beli aje sejadah takde corak..plain... Tak payah nak warna and corak-corak meriah bagai ni. Tujuan sejadah kan nak buat alas tempat sujud, takut muka kotorlah katekan...sebab yelah...actually, tak wajib pun pakai sejadah ni. Ade ke korang tengok kat rukun sembahyang 'wajib memakai sejadah bila nak sembahyang'? haa takdekan? takdekan??...[sape kata ade tu pergi balik sekolah KAFA ataupun sekolah fardhu ain kau...malu aku...ni pun tak tau]
So bagi orang-orang yang nak jimat duit tu, pakai ajelah ape-ape alas yang bersih, suci murni tak kira lah alas tu ko jahit sendiri ke, asal boleh buat alas sewaktu sembahyang...tak semestinya kena tunggu Bai Pakistan datang rumah ko;
'Abang...beli karpit bang...sijadah pun ade juge...fresh from Pakistan...'
baru ko rasa yakin nak sembahyang pakai sejadah Pakistan kan..sejadah lain selain dari yang 'made in Pakistan' tak boleh pakai sebab nanti rasa was-was pulak kan...padahal sebenonye ko saje carik alasan taknak sembahyang kan...
kalau yang pandai jahit quilt tu bolehlah buat sejadah macamni. comel and plain. nampak cam selesa aje kan nak sembahyang...plus, takde corak bukan-bukan lagi tu..hihi
haha- banyak aku dah merepek ni <___<"
Oklah....somebody stop me please!
[Nilah akibatnya bila dapat peluang tulis dalam BM mula nak melalut panjang-panjang...kalau BI skema aje dia...haha]
Ok aku nak berenti ni
Thanks for reading this entry semua!
Salam :)
No comments:
Post a Comment