Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!
Haha!
Apa Kabau semua? Sihat??
Aku ni macamnilah...Alhamdulillah sihat walafiat!
Lama benau aku tak blogging kan? Mesti ghamai yang dah rindu dendam kat aku ni kan?? [perasannya..perasannyaa..haha]
Hurmm..sebenanunya, aku tersangatlah happy ok sebab AKHIRNYA setelah menanti dengan penuh kesobaron dan ketegohan imaann selama lebih kurang 4 hari, laptop aku kembali semula ke pangkuanku...
Ecececehh..macam nak menanti anak kambing pulang meragut pulak kan [motipp?]
Yelah, sengsara jugak ohh takde laptop ni.
Ni semua nak install Windows 7 punya pasal la! [wakakaka! ketinggalan betul aku ni ek pasal baru nak install Windows 7...adess..mari kita gelakkan dia!]
Iyolah, setelah kena kutuk beramai-ramai kelmarin dengan adelah sebilangan makhluk-makhluk ALLAH ni pasal aku ni malas benau nak tukau Windows XP aku...orang lama la katekan...dikatanya aku ketinggalan zaman! Cett...tak guna punya kengkawan!
Lalu aku pun yang dah tercabau ni pun dengan semangat wajanya menyorong laptop gedabak aku ni pergi ke PC World Masjid Tanah sekali lalu temankan le ummi aku ni nak fix laptopnya yang rosak akibat disambau petir....
Hahahaha [dahsyat kan laptop mak aku kene sambau petir...ada entiti ghaib kot dalam laptop ummi...]
Terbanglah RM35 aku semata-mata nak install Windows 7 ni.
Oklah kan takdelah aku dikatekan ketinggalan jaman lagi!
Ni sebenaunye aku kat sini bukan nak cerita pasal Windows 7 kejadah ni tapi aku nak cerita pasal SMS melulu yang entah daripada siapa-siapa lah kan bagi kat handphone Ummi aku...
Aku tak tau lah ummi ni famous sangat agaknya pasal handphone ummi ni asyik kena serang aje dengan SMS-SMS yang agak la kurang menyenangkan. Aku yang muda-belia ni pulak jarang dapat SMS-SMS gitu [ummi, jom kita swith number nak?]. Kalau ummi, boleh dikatakan tiap-tiap hari lah handphonenya dapat SMS yang pelik-pelik.
Yang paling tak boleh blah ade pulak seorang ayah siapa lah kan kene hantau masuk lokap mesej mak aku macamni:
"Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah 0128128046 ayah ada masalah d balai police. Sekejap ayah call blik."
Hahahaha! ade ke patut kan. Ko main random aje type nombor orang tak sedau ke orang yang dapat mesej ko tu siapa? Saje aje kan nak buat lawak sarkas dengan kitorang padahal nombor pengirimnya +6285215950641. Bukan rupa nombor kat Malaysia. Entah-entah Mat Nepal or Mat Indo mana entah yang mesej nak kenakan orang.
Takdelah, kalau mintak topup 5 hengget ke, seploh hengget ke logiklah jugak kan. Ini sekali topup demand RM50. Tak ke bungkus? Ni bukan sebarang bapak ni. Entah-entah bapak ayam kan...
Lepastu kata nak call tapi tak call-call pun.
Ummi aku ni pulak boleh lak buat lawak konon-kononnya nak reply la kat orang tu cakap:
"Err..mintak maaflah. Ayah saya dah lama meninggal. Ni ayah yang mana pulak kat balai polis ni?"
haha boleh kan nak tangkap sendu. Iyelah kita jujur lah kan. Ayah ummi [atok aku la] dah lama dah meninggal dunia...Agak-agaklah..ade ke orang dah ninggal boleh kena tahan lokap pulak kan...
Apalah orang yang hantau mesej ni memang tak guna otak langsung. Main hantau mesej sebarangan aje..
Ataupun kalau nak kasi pengirim tu sentap reply macamni:
"Ayah! Mat ada kat langit ketujuh ni. Kan Mat dah bagitau Mat nak ikut Kerajaan Langit Ayah Pin, ayah dah lupa ke? Nyanyuk betul org tua ni..."
Haha mesej anak derhaka lah katekan...
Hurm....Takpun kita reply,
"Ini nombor Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keling. Ayah ni nak tempah tapak ke?"
Haa...bagi dia insooff sikit kan...
Sebenaunya ade macam-macam lagi cara orang nak menipu kan. Aku rasa pembaca ni semua pun at least pernah sekali lah dapat mesej tipu macamni, betul tak? Contohnya:
"Nombor SIM Card anda telah memenangi cabutan bertuah POWER ROOT berbentuk wang tunai sebanyak RM 15 000. Sila hubungi nombor xxxxx untuk tindakan selanjutnya supaya wang dapat dikreditkan ke akaun bank anda."
ataupun
"TAHNIAH! Anda telah memenangi Kereta Produa MyVi LE!! Sila hubungi nombor tertera ini dan masukkan nombor akaun anda bagi menebus hadiah tersebut."
And banyak lagilah mesej-mesej yang lebih kurang sewaktu dengannya. Macam-macam jenis tapi semua motipp satu aje: Nak menipu.
So, kita semua ni kenalah beringat-ingat. Jangan main percaya aje bila dapat mesej-mesej macamni.
Penipuan ni bukan dekat telephone aje. Tapi dekat Internet pun banyak jugak.
Aku ni sendiri pernah hampir-hampir tertipu kat iklan-iklan dalam Internet ni. Konon-kononnya dapat Voucher Membeli-Belah Parkson sebanyak RM 500 lah, tapi hampas...sesen pun tak dapat. Kena kacau dengan Bangla adelah..!!
"Halu Cik Amalina...U dekat mana?...mau beli-belah di Parkson kaa?"
Tersirap darah den. Nasib baik time uh adek aku ada dialah yang tolong cakap.
"Haluu incik..ini bukan Amalina...ini Abanglaaa...
hahaha"
hahaha"
Acah mak enon...ngot nget ngot nget akhirnya aku sendiri yang matikan talian....
Kepada anda-anda semua...berhatchi-hatcilah ye!
Jangan mudah terpedaya! Ni je nak cakap sebenaunye...
Peace! "V
Wassalam...
5 comments:
keh3...klaka2..kalau aku balas "eh baru je topap td dah habis? boros la daddy ni..menci mek" ahha
haha..ak gne xp jgk lor.....haha....kalo reply cmni...."bukan ayah ad kt umah bini no 2 ker???"haha
Ijai: hahaha! kompem terkezut org uh dpt rep cM KO BG TU..HAHA
shiro: haha! ayah x kawin ngun bini nom 2 lg...tu yg kene tgkap pulis tu...hahaha
haha.. budus sggh reply2 harapan di ats..
kakak ak br sebut2 sal msg ayah neh sbb dy pnh dpt..
akk ak nk balas..
"ble masa bapak tukar gelaran jd ayah neh?"
da la 50RM.. currency negara togo ke uh?
+62---- adlh num indon.. xtipu~ ahahk3
HAHAHAHA!!! pandai nye ko ikang....memang melampau arr weehh sekarang mat2 indon nih...kalu aku dapat spe yg antau mcg mgarut ni mmg mkn penyepak seploh!
Post a Comment