Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

Cerita Seram di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini benak aku masih ditenggelami dengan jutaan tanda soal.
Bagi sesiapa yang tak suka cerita seram/hantu, sila berhenti baca sampai takat ni sahaja sebab apa yang aku nak tuliskan kejap lagi bersangkut paut dengan kisah alam ghaib.
Bukanlah kehendak aku nak menjadikan kisah-kisah misteri ini sebagai sebuah obsesi, tapi, kehidupan ghaib dan diri aku seolah-olah mustahil untuk dipisahkan.
Mungkin kerana aku ni lemah semangat agaknya.
Aku sendiri kurang pasti.
Bagi yang tidak mahu percaya, terpulanglah. 
Tapi apa yang aku akan nukilkan sebentar lagi memang benar-benar dialami oleh diri aku sendiri pada HARI INI (30 JULAI 2012, 8.10 malam)


***


Pagi tadi seperti biasa, aku dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu oleh ummi untuk bangkit bersahur. And macam biasalah, aku....mulut menyahut tapi badan masih lagi terdampar di atas katil diselimuti bayu pagi yang sejuk. An absolutely perfect timing to sleep soundly. Tapi disebabkan perut aku yang dah mula melagukan bunyi keroncong, aku pon malas-malas bangkit dan menapak ke dapur.


Aku menjengah lauk yang ummi dah siap hidangkan kat atas meja. Ah, lauk tomyam yang aku masak semalam...Malas-malas aku berjalan ke bilik air untuk membasuh muka dan berkumur. Belum sempat lagi kakiku menapak meninggalkan ruang dapur, ummi memanggil namaku dan bertanyakan perihal tungku dapur yang hilang. Aku katakan yang aku tak tahu apa-apa mengenai 'kehilangan' tungku tersebut dan cepat-cepat menyusun langkah ke tandas.


Siapakah yang meminjam tungku dapur kami? (gambar hiasan)


Sekembalinya aku dari tandas, mata ummi masih lagi tertancap ke wajahku. Aku mula hairan. Ummi memberitahu yang tungku tersebut sudah ghaib. Aku jadi pelik dan mula mengimbas semula kisah semalam. Aku ceritakan yang sewaktu aku dan abi ingin bersiap-siap menghidangkan juadah berbuka, tungku tersebut memang sudahpun lesap dari pandangan. Kukira ummi yang menanggalkan tungku tersebut, mungkin untuk mencucinya kerana sudah berkepuk dengan kotoran. Ummi memberitahu yang ummi langsung tidak menyentuh tungku tersebut. Timbul satu tanda soal dalam benak kami sekeluarga dan mulalah kami bersangka yang bukan-bukan. Aku cuba padamkan ingatanku yang ingin menjurus kepada 'mysterious borrower' tersebut. 
Tapi....


Aku mula rasa kasihan melihat ummi yang berposak-posak mencari tungku tersebut namun menemui jawapan buntu. Dan dikala subuh itulah ummi memberanikan diri membuka pintu belakang rumah, berkira-kira ingin menjengah ke luar, mana tahu jika tungku tersebut ada terletak di atas kekisi beranda. Tatkala pintu sudah terbuka, bayu pagi yang sejuk mula menerpa ke tenguk masing-masing dan mulalah terbitnya unsur-unsur suspense dalam otak kami. Umi kembali semula ke meja makan menyatakan yang dia tidak berani untuk ke luar kerana hari masih gelap-gelita. Aku pun mulalah menawarkan khidmat 'hero' untuk menjengah ke luar kerana sewaktu itu, masih tiada sekelumit pun rasa takut yang singgah ke dadaku. Mungkin kerana aku tahu yang kucing-kucingku di luar bisa kujadikan peneman. 


Dan........semasa aku berdiri di beranda, berhadapan dengan garage kereta, ku terlihat sebuah cahaya terang seakan-akan datang daripada obor/ bola api. Bulu romaku mula meremang kerana cahaya itu bergerak-gerak sebelum mula beransur hilang. Ku kira ia menuju ke hadapan rumah. Lidahku kelu untuk berteriak dan kakiku seolah-olah kejang tika itu. Usai cahaya itu lenyap, aku cepat-cepat melangkah masuk semula  ke dalam rumah dan menceritakan peristiwa tersebut kepada ahli keluargaku. Mereka semua mula tergamam dan mulalah ummi mengungkit cerita lepas, bilamana aku terdengar bunyi hilaian pon****ak di luar bilikku. Aku mulai takut.


Tengahari tadi, sewaktu aku ingin menjalankan rutin harianku- memasak untuk juadah berbuka puasa, aku mula mengeluarkan bahan-bahan mentah dari peti sejuk. Aku dapati periuk yang ku guna untuk memasak tomyam semalam masih belum dibasuh dan masih lagi terletak di atas tungku (sebelah dengan tempat tungku yang hilang itu). Aku buka tudung periuk tersebut dan mendapati di dalamnya tinggal sisa-sisa tomyam yang tampaknya sudah pun basi. Aku pun menutup semula tudung periuk tersebut dan meneruskan kerjaku membasuh ikan senangin untuk dimasak sweet sour. Usai aku menyiapkan bahan-bahan masakan, aku pun mengangkat periuk berisi sisa tomyam tersebut dan kuletakkan ia ke dalam singki untuk dibasuh. Tatkala aku membuka tudung periuk itu, darahku mula tersirap dan jantungku hampir luruh apabila kudapati tungku yang hilang itu berada di dalam periuk tersebut. Siapakah yang 'terlebih pandai' memasukkan tungku ke dalam periuk ni????


MashaAllah..ku kira 'benda' yang meminjam tungku tersebut seakan-akan tahu yang aku mahu mula memasak dan terus memulangkannya right on time but NOT AT THE RIGHT PLACE. Aku terus berkejar mendapatkan abi dan abi pun menggeleng-gelengkan kepala kerana masing-masing sudah buntu akan angkara 'siapa' yang mahu bergurau dengan kami di bulan Ramadhan kareem ini.
di dalam periuk berisi sisa tomyam semalam lah kutemui tungku yang 'disembunyikan' tersebut.


****


Ummi menasihatkan agar aku memasang bacaan surah al-Baqarah selama 40 hari berturut-turut. Bacaan surah Baqarah oleh Imam Sudais sudahpun bergema di dalam bilikku selama 30minit yang lepas namun ianya masih belum berjaya menghilangkan 100% ketakutanku.
Kubisikkan perlahan-lahan agar 'sesiapa' yang ingin bergurau-gurau denganku ini segeralah hentikan niat 'kamu' .
Kerana aku tahu yang 'kamu' juga turut sama membaca nukilan ini.


Nota Kaki: Hanya syaitan sahaja yang dibelenggu dalam bulan Ramadhan ni ya! Jin-jin Islam mahupun kafir masih lagi berkeliaran....


Salam.

10 comments:

adbhkhldh said...

weh, aku igt ko main2 je nak takut2kan. rupe2nye betul2. ko ni, dgn aku2 skali ikut takut ni...

Elle Who? said...

haha tau xpek...seram siot ..aku ingat nak panggel ustad buat cleansing ar kat umah ni...huuuuuu

fadh ^_^ said...

oit meremang siot segale bulu yang ade.
huhuhu.
aku rase la kan, mungkin kaum2 bu**an la. huhu.
maybe tungku masak alam dorang da rosak. pinjam kau punye.
huu. seriauuuu

Elle Who? said...

hahaha...tau xpe kannn...nak pinjam sekalipon, bile pulang tu patutnye latak la balik kat tpt asal..ni men ske2 ati jek letak kat dlm periuk...haishhh

Madre Amor said...

eewwwww...mana boleh ambil barang orang senyap2, tu bukan pinjam namanya. Kite tak nak kawan dengan orang macam tu...tolong!

Elle Who? said...

haha kannnnn....tp lain pulak ceritenye nanti kalau die berjumpe depan2 nak meminjam ....huuuu

Unknown said...

erk, sumpah best citer ni...dulu selalu dgr kisah orang kampung yang pinjam peralatan kenduri kendara orang bunian, tp sekarang citer ni mcm dlm versi lain plak. tu pun kalau orang bunian la yang meminjam huhu......

*Adakah anda pasti cahaya bola-bola api yang anda lihat itu bukan daripada peserta larian Obor Olimpik? hahahahaha joking!

Elle Who? said...

azham: haha..saya rasa ni kerja bunian..insyaAllah hari jumaat ni ada ustaz dtg memagar rumah kami,..obor2 tu..insyaAllah...bukan dtg dr peserta larian Olimpik..kemunkinan obor olimpik bunian...haha

Unknown said...

Seram seh..terbaekk r..

Unknown said...

Serammm