Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 2, 2011

Mana Pergi Akal Anda?

Maksudnya : "Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam melaknat sesiapa melakukan perkara ini."



Maksudnya : "Seorang wanita diseksa pada Hari Kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing  sehingga kucing itu mati, kerana itu Allah memasukkan ke neraka, ini disebabkan kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap serangga-serangga yang terdapat di bumi."


Actually....aku baru aje tengok satu video yang amat-amatlah zalim- video orang bakar kucing hidup-hidup..isk...


aku tak tahu macam mana lagi nak gambarkan kegeraman dan kemarahan aku untuk Video Menzalimi Binatang yang makin banyak melacak-lacak kat Internet ni


Macam nak promote pulak kita zalimi binatang..


Manusia yang tak berakal aje akan buat video bodoh macamtu


Apalah guna ALLAH bagi akal kat ko tapi ko tak reti nak guna. Baik ko pergi buang je kat dalam loji taik akal ko tu takpun bagi aja kat binatang yang mungkin boleh gunakan akal tu lebih baik daripada ko.


Apa lah salah binatang tu kat ko sampai ko nak pukul, sepak terajang, bakar hidup-hidup, pijak-pijak macam bukan mende hidup?


Kucing tu ada kacau hidup kau ke? Ade ke dia kacau duit ko? Curik harta ko? Ade??? Ade ke?? 


Kalau ko tak suka, tak yah la layan...tak yah nak seksa dia macam dia tu takda nyawa....kalau setakat dia gigit tangan ko, takpun curik ikan dalam sinki ko, takkan balasannya setimpal sampai ko nak seksa dan kerjakan dia hidup-hidup macamtu???


Eee...Memang bodoh la orang yang buat binatang macamni...!!!!


Memang sumpah la masuk neraka jahanam....kenalah ko mati esok nanti  ALLAH bayar cash kat kau...kenalah ko dibalas berganda-ganda daripada apa yang ko da buat kat binatang yang ko aniaya tu.


Memang hidup macam haram la manusia bodoh macamni....




Sayangilah haiwan. Kerana ALLAH Taala sudah tentu akan mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang saling mengasihani makhluk ALLAH yang lain. Takde sia-sianya ko berbuat baik kat binatang. At least binatang tu mungkin boleh doakan kebahagiaan hidup ko and mungkin juga pahala ko berbuat baik kat binatang ni dapat selamatkan ko daripada api neraka. Seperti yang Abu Hurairah r.a dah riwayatkan dalam satu hadis ni;


Maksudnya : "Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebatang jalan, lalu dia merasa sangat kehausan, kebetulan dia menemukan sebuah telaga, maka dia turun ke telaga itu untuk minum. Setelah keluar dari telaga, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya : "Alangkah hausnya anjing ini, seperti yang baru aku alami", lalu dia turun kembali ke talaga, diceduknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterimaNya amalnya) dan diampuniNya dosanya. Para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah ! dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini ?" Jawab (Rasulullah Sallallahi `alaihi wasallam) : "Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala."
(Hadis Riwayat Muslim)

Renungkanlah...



4 comments:

Madre Amor said...

ya Allah, menggeletar badan ummi tengok video tu. Jngn ler tayang2kan lg video kezaliman macam tu,kak!!sedih 1,000000000000... tak terkata...astaghfirullahal'zhiim

Elle Who? said...

tulah....sedih sgt kan...ummi tgok katne?

Ratna Sang Ratu said...

sy x sggp tgk langsung..p suami ade tgk ya ade sorg popuan tu pijak anak kucing smpai mati..pakai kasot tumit tinggi..dorang ni gila ke ape erk..

Elle Who? said...

Itulah...saye pon tak tahu lah ape jenis kepuasan yg dorang dapat bila seksa haiwan yang tak nersalah tu macamtu...diorang ni memang gile agaknya...