Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 26, 2012

Nenek...

Bila nenek dah takde..
Aku rase sepi sangat...
Bila nenek dah takde...
Aku sedih giler.....

Masa nenek ade..
Aku selalu cakap aku sibuk...
Masa nenek ade...
Aku kadang-kadang macam malas nak datang rumah die...

Sekarang nenek dah takde...
Kurang dah insan2 yang selalu buat aku gelak dengan lawak2 spontan..
Nak pujuk aku bile aku majowk dengan parents or abang aku...
Nak support aku...
Nak dengar keluh kesah kak esah aku
Nak nasihatkan aku...

Aku betul2 x sangka raya haritu raya last dengan nenek..
And aku ingat lagi..
Masa raya haritu...
Classmate aku yang duduk kat Besut tu nak kawen...
aku nak ikut sorang kawan lelaki (classmate) aku g kenduri kawen die...
Aku dah rancang dengan sorg member pompuan aku g sesama dengan kawan lelaki aku tu...
Pastu tup2 kawan pompuan aku tu tak jadi pergi sebab kawan lelaki tu nak bertolak malam2..
Tak manis la lelaki pompuan berdua..malam2 pulak tu..
Nenek denga je ummi kate aku nak g Besut...
straight marahkan aku...
nenek kate "Akak ni x takut ke keluar dengan lelaki?..kawan pun..kite org perempuan ade maruah diri.. lelaki ni lain..."
Masa tu memang la kecik ati dengan nenek...sebab kene marah...pastu kawan yang lelaki tu pon macam marah gak arr sebab aku cancel last2 minit..
Tapi nenek kate "Biar la die nak marah...janji ALLAH tak marah."
Aku pon sentappp...
Itu antara nasihat terakhir nenek..
sebab lepastu dah jarang jumpe..
aku dah sibuk nak balik U...

Nenek..
Rindulaaaa kat nenek...
Haritu malina seludup baju kurung nenek...
Ade lagi bau ketiak nenek...heheee gurau jewkkk...

Nenek...dah takde sape nak buat frasa-frasa kelakar lepas ni...
"Akak kacang panjang"
PESBOK! = facebook
POPIA= fobia
"Ahaaaaiiiiii.."= trademark nenek
Dak boab: Abang bob
Leptoap: laptop
Toam: Tom


NENEK....
MALINA RINDU NENEK!!!

Semoga nenek bahagia bersama orang-orang yang solehah di sana...
Malina tengok dah gambar nenek masa kafan..
Nenek cantik sangat ..tenang sangat wajah nenek...serba putih...nenek pon putih....
Even masa kali terakhir malina bawak nenek g klinik, ade sorang kakak ni cakap nenek cantikkk sangat...
Nenek memang cantik pon...kalah cucu-cucu dia...
Ada taik lalat manis...
Nenek cantik dan tak sombong...
Sayang sangat kat nenek.

Macam semalam dengar nenek gelak...
Banyaaaakkkk sangat kenangan dengan nenek...
Tengok wrestling dengan nenek....
Nenek...nenek...

sekarang ni semua orang masih suram...
bila jengah rumah nenek...hati ni sayu sangat...hiba giler
Tengok kat kain sejadah nenek..kitab nenek..
tuala alas kepala nenek...katil kesayangan nenek..
bunga...
semua ada kenangan dengan nenek..

Ya ALLAH...
Bahagiakanlah kehidupan Hajjah Saniah Kamat di sana...
Kau ampunilah segala dosa-dosanya..
Jadikanlah kubur nenek salah satu daripada taman-taman syurgaMu, ya Rabbul 'Izzati..
Amin...ya Rabbal 'Alamiiinnn...
Al-Fatihah untuk arwah nenek @ Saniah Kamat @ Mak Lang...



Last hari raya picture with nenek tercinta...
ALLAH lebih menyayangimu nek...
Lebiuu forever!!!

Wednesday, December 5, 2012

Beautiful Memory

Assalamualaikum wbt to all readers!

Have you ever feel like you're gonna lose something that you never ever expect it will gone forever?
Have you ever cry for something that isn't happening yet because you're so afraid that it might happen?
Have you ever think of someone you love struggling in their deathbed and you cannot be by their side?
Do you ever feel the guilt like a huge lump in your throat because you're not always there for someone you love so much?
Do you ever thought there's always someone who can ALWAYS listen to you and giving you thoughtful advice when you're so upset but that person is now struggling in the hospital?
Do you ever love a person so much that it's sooo hard to accept the reality now that they are sick?
Do you?
Do you?
This is what happening to me now..
I am worried to death!
I want nenek to recover soon but when the doctor said that she's in a very critical state now...only prayers I can offer now.
I miss her already and the memories I spend with her just floating by like the mallards in lake.
I want nenek to regain back her health but when mommy send me pictures of her in the hospital, bedridden...
I am kinda losing my grip now.
I have faith only in ALLAH.
So here's my prayer:
"O ALLAH..please have mercy on grandma's soul and please release the burden that she is feeling right now. Please help her to recover back...please please please spare the torment that she's feeling now because I know she despises hospital so much it kills her deep down. Please O ALLAH the Most Gracious Most Merciful...have mercy on grandma.. Amin.. :'(

nenek..I miss you... :'(


Sunday, September 16, 2012

Cinta dan Penolakan


Assalamualaikum wbt to all my beloved readers...

Badan masih berpeluh. Masamnya… sebab baru balik berjimba dengan keluarga Kak Diah di Mines. Tapi niat yang dah lama saya pendam untuk membuat nukilan sebegini memang akhirnya Alhamdulillah…terlerai jua. Saya akan cuba menulis dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin dan sebaku mungkin kerana saya mengerti rata-rata pembaca blog ini dari kalangan orang Melayu. Dan saya akan berhenti menggunakan kata-kata kiasan bagi memastikan tidak ada salah faham dan sebagainya kerana nukilan ini bukanlah bermaksud untuk meluahkan perasaan tetapi hanya sekadar renungan seorang hambaNya yang kerdil lagi hina ini.

Manusia…memang semuanya dikurniakan dengan perasaan. Tipulah jika saya katakan yang saya tidak pernah menyimpan perasaan terhadap siapa-siapa. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang umurnya rata-rata dalam lingkungan sebaya…dimana tika umur sebeginilah kita sibuk tercari-cari identiti kita…berperang dengan gejolak hormon dan nafsu…tertanya-tanya…siapakah yang akan akhirnya menakluki hati ini.

Saya sudah faham benar yang manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Peramah, baik hati, menjengkelkan…ragam-ragam sebegitu rasanya semua orang sudah pun mengerti kerana ia sudah tercampur dengan asam garam kehidupan harian kita. Ada manusia yang perangainya, oh! Sangat menjengkelkan..tetapi sewaktu masa kita susah…rupa-rupanya orang menjengkelkan itu jualah yang sudi menghulurkan tangan membantu… kalau hendak dibandingkan dengan manusia-manusia lain yang hanya manis mulut berbicara sahaja. Namun begitu, masih ada juga manusia yang luar dan dalam indah sekali akhlaknya. Semoga orang-orang sebegitu sentiasa berada di dalam naungan rahmat Allah swt.

Oklah, panjang lebar sudah saya huraikan yang manusia ini ragamnya pelbagai…namun masing-masing punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Bohonglah jika ada manusia yang megatakan yang dia boleh hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Orang-orang sebegitu mungkin tidak mengerti bahawasanya kasih sayang itu anugerah daripada Allah...yang diibaratkan sebagai baja yang menyuburkan rasa semangat kita dalam meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini. Kasih sayang bukanlah datang daripada sayang berlawan jantina sahaja…kasih sayang Allah, rasul, emak, ayah, nenek, datuk, adik beradik dll.

Namun, focus yang mahu saya berikan dalam nukilan ini ialah kasih sayang terhadap berlainan jenis. Ya, saya amat mengerti…tidak ada cara yang lebih baik bagi menjalinkan hubungan berlawanan jenis ini melainkan nikah. Itu memang saya 100% setuju. Yang membuatkan saya kurang arif ialah cara-cara manusia yang rata-ratanya saya jumpa amat kurang sopan dalam mengolah penolakan cinta terhadap orang-orang yang menunjukkan rasa sayang terhadapnya.

Tolaklah dengan hikmah. Kita selalu mendengar bait-bait ayat ini, bukan? Tidak kiralah si pengekspresi cinta itu lelaki atau wanita, kita tidak wajar menolak cinta mereka dengan kejam. Siapakah kita untuk berlaku kejam terhadap mereka ?  Sedangkan ALLAH sendiri sayang terhadap makhluknya. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri begitu cinta akan umatnya. Tetapi kita sewenang-wenangnya berlagak angkuh seolah-olah cinta seseorang terhadap kita itu tiada nilainya.

Saya sebagai seorang wanita begitu terkilan sekali apabila terdengar gosip-gosip tentang kaum Adam yang berlagak kurang sopan dan merendah-rendahkan wanita-wanita yang bertepuk sebelah tangan terhadapnya. Jika wanita menunjukkan rasa sayang terhadapmu hai lelaki, wajarkah kau menolak cinta mereka dengan zalim dan angkuh ? Wajarkah kau hanya berdiam diri dan membiarkan wanita itu tertanya-tanya sama ada cinta mereka berbalas ataupun tidak ? Sesungguhnya amat zalim bagi saya jika seorang lelaki itu bertindak mendiamkan diri dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap wanita yang pernah meluahkan perasaan terhadapnya…Kerana saya juga mengerti..jikalau saya sendiri menghadapi situasi di mana saya tidak mahu bercinta dengan lelaki yang mengaku dia menyintai saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk menolak cinta itu dengan lembut dan hikmah. Saya akan cuba berbuat sedemikian..kerana saya tahu..orang tersebut juga mempunya perasaan malu dan takut dihina. Kerana dia juga insan biasa seperti kita semua…memiliki hati dan perasaan dan takut menghadapi kenyataan.

Kenyataan itu memanglah pahit. Tetapi pahit itu masih boleh ditelan bukan ? Saya tahu rata-rata manusia begitu takut dengan perkataan ‘rejection’. Bagi saya, ‘rejection’ itu tidak mengapa kerana bunga bukan sekuntum dan kumbang bukanlah seekor. Cinta dan perasaan, sebaik-baiknya usahlah dipermain-mainkan. Kerana kelak, kita juga yang binasa. Tetapi, sekurang-kurangnya speak…bersuaralah…suarakanlah jawapan pada orang yang mendambakan cinta kita…Beritahu mereka dengan terus-terang dan hikmah bahawasanya “Awak hanya sekadar kawan buat saya” atau “Maaf, hati saya sudahpun dimiliki oleh orang lain”…Katakanlah ayat-ayat sebegitu dengan baik dan tertib kerana manusia yang beriman tahu untuk menerima kenyataan.

Oleh itu, pesanan terakhir buat orang-orang yang sedang dalam dilemma untuk menerima cinta dan mengutarakan cinta, berterus-teranglah dengan penuh hikmah. Gunakanlah cara yang bersesuaian dengan syariat Islam..yang melambangkan Islam itu adalah agama yang adil dan lembut. Berlaku adillah terhadap insan yang mencintai kita kerana takut-takut suatu hari nanti..perbuatan zalim kita terhadap orang akan dihisab di akhirat kelak…dan ketahuilah…dengan berdiam diri sahaja tidak akan mampu memberikan jawapan..kerana bukan semua orang tahu makna diam diri anda itu..
Hidup ini seperti roda..hai pembaca budiman…Jika hari ini kita menghina dan memperlekeh-lekehkan cinta dan sayang orang terhadap kita…tidak mustahil suatu hari nanti cinta kita juga akan diperlakukan sebegitu jua oleh orang yang kita sayangi…

Sekian…Wassalam… :)

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum wbt !

Dah makan dah uolls?
Harini seperti yang mak angan-angankan...mak masak makanan jowo jugak...
Nasi Hayam Penyet.
hik3
Mak suke betul kat nasi ni sebab die ade TEMPE!
Mak tak malu okay nak ngaku yang tempe adalah antara favourite food mak!
So jom tengok gambar-gambarnye..!




tang bubur tu bukan aku yang masak...bubur tu abang aku yang g rembat ambil kat mesejid..hoho




Sooo..actually, I kinda took the original recipe from myresipi.com..
But I had made some changes....ikut selera tekak mak la nokkk!
So here's the altered recipe made by your's truly..meh.. :P

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
7 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula/ gula merah..Kite gune gula biase jekkk

Untuk Sup (aku buat sup Cina)
air rebusan ayam (yang lebih tadi tu)
2 sudu besar oyster sauce
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar rempah sup Adabi
2 biji bawang putih (diketuk dan dicincang lumat)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato dipotong wedges
Garam secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
5 1/2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe.)- aku goreng tempe guna kunyit+garam jekkk...
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.- aku guna all-purpose flour + tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.- aku tambah bwg putih, halia, oyster sauce, kicap masin and tomato.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.- takde daun sup..lupa plak nak beli.so tak buat..
Untuk Nasi
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
VOILA! nyum3... :P

Senang khennn..?? Silalah cuba..
Apa-apa pun, aku ada pesanan khidmat masyarakat sikit ni.., jomlah berjimat di bulan Romadhon uolls,..Aku tengok, masa pergi beli barang dekat Family Store, Duyong semalam, berposak-posak umat manusia kat dalam tu beli barang jugak...Tanda-tanda positif yang menunjukkan orang-orang kite dah makin rajin nak memasak and nak berhenti membazir kat bazar..Alhamdulillah..
So jomlah kite memasak di bulan mulia ni.
Sebab aku dengar kat IKIM.FM tadi, ade sorang ustaz tu cakap, orang yang memasak/menjamu orang-orang lain yang berpuasa, pahalanya same dengan pahal orang-orang berpuasa ittew. So kalau kite masakkan untuk 6 orang ahli keluarga kite? Wallahu'alam...and insyaAllah.. :)

Tuesday, July 31, 2012

Iftar ke-11: Quail Chop

Assalamualaikum wbt to all mah beloved readers!


How y'all doin'?
Aku baru aje siap serving juadah berbuka hari ini..
Fuuuuhhhh...penatnyee...
tarik nafas kejap..
seharian gak la aku dok tungtang kat dapur siapkan makanan berbuka puasa ..ngeee~
Harini selera kami semua dah westernized sikit..
Aku sebenarnye agak minat jugak la kat makanan2 western ni, walaupun aku jawa sejati khennnn...
tapi tak boleh selalu lah, sebab nasik tetap di hati...ngeh3..


So, arini aku masak quail chop...puyuh chop! 
Ni la gambarnye... :)









aku masak banyak-banyak terus sebab nak sekalikan untuk sahur..jimat masa..kalau tak, penat ohhhh nak masak sampai dua kali...
resepi main ikut suke hati aku kecuali resepi mashed potato yang aku amik dari myresepi (click here)
boleh tahan la sedapnye...
tapi macam biaselah kannn aku, masa mula-mula makan tu semangat abes, tapi bile perut dah terisi sikit, mulalah terkenang-kenang kat nasik dengan tempe....dasar jawe betul....hahahaha
So tu ajelah aku nak hapdate harini..
Korang buka lauk ape tadi?
Share lah dengan aku... :P
Sekian, wassalam.. :)

Monday, July 30, 2012

Cerita Seram di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Hari ini benak aku masih ditenggelami dengan jutaan tanda soal.
Bagi sesiapa yang tak suka cerita seram/hantu, sila berhenti baca sampai takat ni sahaja sebab apa yang aku nak tuliskan kejap lagi bersangkut paut dengan kisah alam ghaib.
Bukanlah kehendak aku nak menjadikan kisah-kisah misteri ini sebagai sebuah obsesi, tapi, kehidupan ghaib dan diri aku seolah-olah mustahil untuk dipisahkan.
Mungkin kerana aku ni lemah semangat agaknya.
Aku sendiri kurang pasti.
Bagi yang tidak mahu percaya, terpulanglah. 
Tapi apa yang aku akan nukilkan sebentar lagi memang benar-benar dialami oleh diri aku sendiri pada HARI INI (30 JULAI 2012, 8.10 malam)


***


Pagi tadi seperti biasa, aku dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu oleh ummi untuk bangkit bersahur. And macam biasalah, aku....mulut menyahut tapi badan masih lagi terdampar di atas katil diselimuti bayu pagi yang sejuk. An absolutely perfect timing to sleep soundly. Tapi disebabkan perut aku yang dah mula melagukan bunyi keroncong, aku pon malas-malas bangkit dan menapak ke dapur.


Aku menjengah lauk yang ummi dah siap hidangkan kat atas meja. Ah, lauk tomyam yang aku masak semalam...Malas-malas aku berjalan ke bilik air untuk membasuh muka dan berkumur. Belum sempat lagi kakiku menapak meninggalkan ruang dapur, ummi memanggil namaku dan bertanyakan perihal tungku dapur yang hilang. Aku katakan yang aku tak tahu apa-apa mengenai 'kehilangan' tungku tersebut dan cepat-cepat menyusun langkah ke tandas.


Siapakah yang meminjam tungku dapur kami? (gambar hiasan)


Sekembalinya aku dari tandas, mata ummi masih lagi tertancap ke wajahku. Aku mula hairan. Ummi memberitahu yang tungku tersebut sudah ghaib. Aku jadi pelik dan mula mengimbas semula kisah semalam. Aku ceritakan yang sewaktu aku dan abi ingin bersiap-siap menghidangkan juadah berbuka, tungku tersebut memang sudahpun lesap dari pandangan. Kukira ummi yang menanggalkan tungku tersebut, mungkin untuk mencucinya kerana sudah berkepuk dengan kotoran. Ummi memberitahu yang ummi langsung tidak menyentuh tungku tersebut. Timbul satu tanda soal dalam benak kami sekeluarga dan mulalah kami bersangka yang bukan-bukan. Aku cuba padamkan ingatanku yang ingin menjurus kepada 'mysterious borrower' tersebut. 
Tapi....


Aku mula rasa kasihan melihat ummi yang berposak-posak mencari tungku tersebut namun menemui jawapan buntu. Dan dikala subuh itulah ummi memberanikan diri membuka pintu belakang rumah, berkira-kira ingin menjengah ke luar, mana tahu jika tungku tersebut ada terletak di atas kekisi beranda. Tatkala pintu sudah terbuka, bayu pagi yang sejuk mula menerpa ke tenguk masing-masing dan mulalah terbitnya unsur-unsur suspense dalam otak kami. Umi kembali semula ke meja makan menyatakan yang dia tidak berani untuk ke luar kerana hari masih gelap-gelita. Aku pun mulalah menawarkan khidmat 'hero' untuk menjengah ke luar kerana sewaktu itu, masih tiada sekelumit pun rasa takut yang singgah ke dadaku. Mungkin kerana aku tahu yang kucing-kucingku di luar bisa kujadikan peneman. 


Dan........semasa aku berdiri di beranda, berhadapan dengan garage kereta, ku terlihat sebuah cahaya terang seakan-akan datang daripada obor/ bola api. Bulu romaku mula meremang kerana cahaya itu bergerak-gerak sebelum mula beransur hilang. Ku kira ia menuju ke hadapan rumah. Lidahku kelu untuk berteriak dan kakiku seolah-olah kejang tika itu. Usai cahaya itu lenyap, aku cepat-cepat melangkah masuk semula  ke dalam rumah dan menceritakan peristiwa tersebut kepada ahli keluargaku. Mereka semua mula tergamam dan mulalah ummi mengungkit cerita lepas, bilamana aku terdengar bunyi hilaian pon****ak di luar bilikku. Aku mulai takut.


Tengahari tadi, sewaktu aku ingin menjalankan rutin harianku- memasak untuk juadah berbuka puasa, aku mula mengeluarkan bahan-bahan mentah dari peti sejuk. Aku dapati periuk yang ku guna untuk memasak tomyam semalam masih belum dibasuh dan masih lagi terletak di atas tungku (sebelah dengan tempat tungku yang hilang itu). Aku buka tudung periuk tersebut dan mendapati di dalamnya tinggal sisa-sisa tomyam yang tampaknya sudah pun basi. Aku pun menutup semula tudung periuk tersebut dan meneruskan kerjaku membasuh ikan senangin untuk dimasak sweet sour. Usai aku menyiapkan bahan-bahan masakan, aku pun mengangkat periuk berisi sisa tomyam tersebut dan kuletakkan ia ke dalam singki untuk dibasuh. Tatkala aku membuka tudung periuk itu, darahku mula tersirap dan jantungku hampir luruh apabila kudapati tungku yang hilang itu berada di dalam periuk tersebut. Siapakah yang 'terlebih pandai' memasukkan tungku ke dalam periuk ni????


MashaAllah..ku kira 'benda' yang meminjam tungku tersebut seakan-akan tahu yang aku mahu mula memasak dan terus memulangkannya right on time but NOT AT THE RIGHT PLACE. Aku terus berkejar mendapatkan abi dan abi pun menggeleng-gelengkan kepala kerana masing-masing sudah buntu akan angkara 'siapa' yang mahu bergurau dengan kami di bulan Ramadhan kareem ini.
di dalam periuk berisi sisa tomyam semalam lah kutemui tungku yang 'disembunyikan' tersebut.


****


Ummi menasihatkan agar aku memasang bacaan surah al-Baqarah selama 40 hari berturut-turut. Bacaan surah Baqarah oleh Imam Sudais sudahpun bergema di dalam bilikku selama 30minit yang lepas namun ianya masih belum berjaya menghilangkan 100% ketakutanku.
Kubisikkan perlahan-lahan agar 'sesiapa' yang ingin bergurau-gurau denganku ini segeralah hentikan niat 'kamu' .
Kerana aku tahu yang 'kamu' juga turut sama membaca nukilan ini.


Nota Kaki: Hanya syaitan sahaja yang dibelenggu dalam bulan Ramadhan ni ya! Jin-jin Islam mahupun kafir masih lagi berkeliaran....


Salam.

Sunday, July 29, 2012

Resepi Berbuka Mudah untuk Orang Malas

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!

Apa macam puasa harini?
Ade mengelat tak?
Huhuhu
Harini aku baru balik dari rumah nenek aku.
So back to basis laa
Jadi tukang masak semula...ngaaaa~
Memandangkan harini hari minggu, aku malas nak masak special-special sebab aku busy sikit waktu hujung-hujung minggu ni. (Eleh macamla hari lain aku masak special-special kann? LOL) Maklomlah, ummi cuti hujung minggu, so aku ni pon kena la tolong kemas-kemas rumah sikit...nak raye kannnn...hoho (semangat kejap)
so resepi yang aku nak bagi kejap lagi ni memang khas untuk orang yang malas nak mampos nak masak tungtangtungtang tapi insyaAllah aku confirm sedap sampai menjilat jari!. :)




Lauk 1: Tom Yam Ayam Sayur
Lauk 2: Moroccan Tortilla (Telur Dadar Morocco kalau ikut Bahasa Melayu nye..) 

Resepi Tom Yam Ayam Sayur (hidangan untuk 5 orang)
Bahan-bahan:


4 ketul dada ayam (diced)
1 labu Bawang besar} dimayang
2 ulas Bawang putih}diketuk dan dihiris
1 batang lobak merah} dihiris
2 biji tomato} dipotong wedges
1/4 kubis bunga} dihiris
4 tangkai serai} diketuk
10 biji cili padi} diketuk (boleh kurangkan bagi yang tak suka pedas)
3 1/2 sb tomyam paste
3 helai daun limau purut
5 cawan air
garam secukup rasa


the ingredients




Cara-cara:

  1. Didihkan air. Masukkan semua bahan-bahan kecuali sayur-sayuran. Kacau.
  2. Masak sampai ayam empuk. Masukkan sayur.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Siap!



sluurrpppp!!!!

Resepi Moroccan Tortilla 
Bahan-bahan

6 butir telur ayam
3 biji kentang (dipotong dadu dan direbus sampai empuk)
1 biji bawang besar} dimayang
1 sb mayonnaise
1 sb parsley kering
1 sk serbuk lada hitam
1 sk oregano
2 sk garam
2 batang cili merah} dihiris - OPTIONAL bagi yang suka pedas
2 sb olive oil- OPTIONAL sebab aku punye dah habis so i subtituted it with minyak masak biasa.

Cara- cara
  1. Pukul telur bersama-sama mayonnaise sampai kembang
  2. Masukkan bawang diikuti dengan bahan-bahan yang lain. Pukul lagi.
  3. Panaskan minyak di atas kuali leper. Di atas api yang kecil, tuangkan batter telur tadi.
  4. Cucuk sedikit lubang bagi memastikan bahagian atas telur tadi turut masak.
  5. Ambil pinggan leper (or I used tudung periuk) dan terbalikkan telur tadi diatasnya bagi mengekalkan bentuk tortilla itu.
  6. Gelungsurkan perlahan-lahan telur tadi masuk semula ke dalam kuali tadi.
  7. Masak dan sedia untuk dihidangkan. 
Graphic Details:
(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)
terbalikkan dan goreng sekejap

(8)

Voila!


Itu saje resepi yang aku nak share hari ini.
Mudah kan?
So bagi siapa-siapa yang malas nak masak or nak masak cepat-cepat aje, silalah cuba resepi yang aku share ni.
Senang dan guarantee sedap!
Jumpa lagi esok!
Dan selamat berbuka puasa! :)

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid dengan Sebelah Tangan.

Assalamualaikum wbt...

Tadi aku baca harian-metro...
Banyak betul bingkisan-bingkisan yang menarik...
Dan juga yang menginsafkan...



Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam
Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.
Oleh: ustaznik
Aku insaf...
Jom same-same berdoa agar kite semua mendapat keistimewaan (mati syahid) macam pemuda beruntung kat atas ni. :)
InsyaAllah...

p/s: Bak kata Ustaz Azhar Idrus:-
Jangan kita sombong dengan saudara Islam kita yang lain. Doakan kesejahteraan mereka di negara-negara yang sedang bergolak seperti Palestin, Syria dan Myanmar. Jangan ada perasaan sebegini, "asalkan Malaysia aman sudah" Melainkan anda boleh menguruskan jenazah sendiri.

p/s: Ingat toww doakan kesejahteraan saudara kita semasa buka puasa hari ni.

Tuesday, July 24, 2012

Iftar Kami Puasa ke-4

Assalamualaikum wbt semua!

Kabare?
Apa macam puasa anda-anda semua hari ini? Penuh? Ke lompang-lompang?
Aku Alhamdulillah..penuh...belum 'beraye' lagi. Hohoho.
Aku bersyukur gila-gila ke hadrat Illahi sebab selama 4 hari berpuasa ni, aku berjaya masak juadah berbuka every day. Jadik chef kat rumah yang tak bergaji tapi insyaAllah dapat pahale..Aminn... Asalkan niat hati ikhlas nak kasi orang kenyang kannnn.


So harini aku terrrrajin buat dessert sekali.
Biasanya aku masak kampong-kampong jek. Kari, sambal belachan, sup, asam pedas- and without any special savoury dessert sebab malas khennn.
Tapi...tapi..harini Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan Allah...even aku terkontang-kanting sorang-sorang aje kat dapur tadi, aku berjaya siapkan juadah berbuka puasa yang delish (puji diri sendiri nihh)
Yelah...penat woohhhh masak sorang-sorang tapi I'm glad that I managed to finish em.
so nilah dia juadah iftar kami hari ini.


Menu:
- Sambal udang tumis petai (cam bese, petai's my favourite :P)
- Telur dadar
- Chocolate Fudge Cake

Setakat ni aku belum masih pernah lagi jejak kaki ke bazaar.
And aku berazam taknak pergi punnnn..
So oklah.
Selamat berpuasa yang ke-5 uolls!
Wassalam. :)


Sunday, July 22, 2012

9 Golongan Manusia yang tidak akan Mencium Bau Syurga

#3
Assalamualaikum wbt kepada pembaca-pembaca belogku yang tersayang...

Ape khabar!
Bersempena bulan Ramadhan Kareem ni, aku ingat aku nak buat entri-entri yang bersifat keagamaan seperti tazkirah-tazkirah sahaja. Maklumlah, kalau nak dihitungkan amalan-amalan aku semenjak jadi umat kat dunia ni, belum tentu lagi cukup untuk menjamin kesejahteraan hidup aku kat akhirat kelak so the least I can do to gain more pahala sementara aku masih hidup ni ialah menyampaikan info-info kebaikan dan rohaniah kepada pembaca-pembaca sekalian instead of entri-entri yang melaghakan. :) 


Tazkirah hari ini ialah mengenai 8 Golongan yang tidak akan dapat mencium bau syurga (Nauzubillahiminzalik..minta-minta kita semua tak tergolong dalam golongan-golongan ini)


Seperti yang kite semua sedar dan faham, syurga tempatnya wangi dan indah. Haruman syurga tu even kite duduk jauh 1000 batu sekalipun, kite masih juga dapat bau kalau dikehendakiNya. Tapi di sini, aku nak senaraikan 8 golongan malang mengikut hadis yang tidak dapat langsung cium bau syurga ni.






Golongan 1: Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie.

ـ حدثنا سليمان بن حرب، ثنا حماد، عن أيوب، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء، عن ثوبان، قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "أيما امرأةٍ سألت زوجها طلاقاً في غير ما بأسٍ فحرامٌ عليها رائحة الجنة". اخرجه ابو داوود 
Sabda Rasulullah s.a.w: Mana-mana wanita yang meminta talak dari suaminya tanpa alasan syar'ie, maka haram syurga baginya. (Riwayat Abu Daud)

Golongan 2: Orang-orang yang membunuh kafir zimmi.



وقد قال
الإمام أحمد : حدثنا إسماعيل بن محمد - يعني أبا إبراهيم المعقب - حدثنا مروان ، وهو ابن معاوية الفزاري ، عن الحسن بن عمرو الفقيمي ، عن مجاهد ، عن جنادة بن أبي أمية ، عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قتل قتيلا من أهل الذمة لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما " . 

Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa membunuh kafir zimmi maka tidak akan mencium bauan syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 40 tahun (Riwayat Imam Ahmad)

**Additional info: 3 golongan kafir yang HARAM dibunuh: 
  1. Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin
  2. Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
  3. Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin.
Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir HARBI.


Golongan 3: Wanita-wanita yang tidak menutup aurat.

وقال مالك ، عن مسلم بن أبي مريم ، عن أبي صالح ، عن أبي هريرة ، أنه قال : نساء كاسيات عاريات ، مائلات مميلات ، لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام . 

Sabda Rasulullah s.a.w: Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya, Sesungguhnya bauan syurga itu boleh didapati sejauh perjalanan 500 tahun. (Riwayat Abu Hurairah)

Golongan 4: Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya.
Golongan 5: Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan.
Daripada sebuah hadis yang sama:

وقال الطبراني : حدثنا محمد بن عبد الله الحضرمي ، حدثنا أحمد بن محمد بن طريف ، حدثنا أبي ، حدثنا محمد بن كثير ، حدثني جابر الجعفي ، عن [ص: 380 ] أبي جعفر محمد بن علي ،عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ريح الجنة يوجد من مسيرة ألف عام ، والله لا يجدها عاق ولا قاطع رحم " . “Sabda Rasulullah s.a.w: Bauan syurga dapat dirasai sejauh perjalanan 1000 tahun . Demi Allah tidak akan merasainya seseorang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang memutuskan tali persaudaraan” (Riwayat At-Tabrani)


Golongan 6: Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam.


ـ حدثنا أبو توبة، ثنا عبيد اللّه، عنن عبد الكريم الجزري، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس قال:
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "يكون قومٌ يخضبون في آخر الزمان بالسواد كحواصل الحمام لايريحون رائحة الجنة".اخرجه ابو داوود

“Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Akan ada satu kaum( telah menjadi satu ‘trend’ ) yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam seperti hitam yang ada pada kebiasaan dada burung merpati (kerana menutup warna uban) tidak akan mencium bau syurga" 


Golongan 7: Orang-orang yang mengubah nama bapanya.


حدثنا محمد بن الصباح. أنبأنا سفيان عن عبد الكريم، عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو؛ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
من ادعى إلى غير أبيه، لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها توجد من مسيرة خمسمائة عام)).اخرجه ابن ماجه

“Sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang mengubah nama ayah atau keturunannya dan mendakwa selain ayahnya yang sebenar tidak mencium bau syurga. Sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 500 tahun”


Golongan 8: Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.


حدثنا قيس بن حفص: حدثنا عبد الواحد: حدثنا الحسن بن عمرو: حدثنا مجاهد، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما،
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من قتل معاهدا لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها توجد من مسيرة أربعين عاما).اخرجه البخاري

“Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan tidak mencium bau syuga. Sesungguhnnya bauan syurga itu boleh dicium sejauh perjalanan 40 tahun”


Golongan 9: Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.


حدثنا أبو نعيم: حدثنا أبو الأشهب، عن الحسن: أن عبيد الله بن زياد، عاد معقل بن يسار في مرضه الذي مات فيه، فقال له معقل: إني محدِّثك حديثاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (ما من عبد يسترعيه الله رعية، فلم يحطها بنصحه، إلا لم يجد رائحة الجنة).اخرجه البخاري

Dari Hasan meriwayatkan bahawa Ubaidallah bin Ziad ketika tiba ajalnya berkata :
“Aku ceritakan padamu sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah . Baginda bersabda: Mana-mana pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjaga kebajikan mereka… tidak memberi teladan yang baik kepada mereka melainkan tidak mencium bau syurga"

WALLAHU'ALAM... 
Semoga kita semua tidak tergolong dalam 9 golongan-golongan malang di atas. INSYA-ALLAH.. :)