Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

Asrama Angker 2

Assalamualaikum wbt to all my beloved readers!


Huhu! Aku datang lagi!
Ececeh..
Entri ni aku buat special untuk pembaca-pembaca belog aku yang tersayang especially Azham and Mim Toge yang beronok-ronok betul baca cerita-cerita hantu ni.
Aku tak sangka ramai pulak yang suka baca cerita-cerita angker, malam satu suro macam entri 'Asrama Angker' [click here] aku yang lepas...
Haa...yang berani baca ni, berani ke nak alaminya sendiri?
Huhuhu


Oklah kali ni aku akan ceritakan 3 lagi cerita untuk memuaskan hati pembaca belog aku yang aku sayang sangat-sangat ni.
Psstt....kalau nak tambah efek seram, sila baca cerita-cerita ni lepas pukul 12 tengah malam and padamkan lampu bilik anda :[




Cerita 1- Siapa Angkat Aku?


Aku sebenaunya kat SHARODZ tu banyak alami cerita-cerita hantu ni waktu aku Lower Form. Bila aku da Upper Form, hantu tu dah tak berapa nak kisah sangat sebab aku dah jadik otai sekolah kan so diorang lebih interested kat budak-budak junior yang baru-baru ni.


Kejadian kena angkat ni happened kat aku masa aku Form 1. Aku ni boleh dikatakan seorang pelajar yang agak pemalas buat revision ar especially untuk subjek Bahasa Arab. Arab aku memang hancuss la aku cakap sama ko! Asyik-asyik dapat C and below je. B tak penah. A jangan cakap arr, jauh sekali. Tapi  tu waktu Form 1 aje. Ustazah Zuraida [Guru kelas Form 1 aku and Cikgu B. Arab aku] banyak ubah cara aku berfikir. Dia selalu encourage aku untuk hafal perkataan-perkataan arab. So aku amat lah terharu bila ustazah ni selalu la bagi perhatian kat aku masa dalam kelas dia. Jadi, untuk taknak hampakan harapan ustazah aku tu, aku pun mula berusaha hafal basics Arab bermula dengan hafal perkataan-perkataan untuk anggota badan, tumbuh-tumbuhan etc yang ada dalam Kamus Bergambar Bahasa Melayu-Bahasa Arab tu.


So waktu tu aku duduk kat dorm F2 kat blok Fairuz-blok paling lama kat SHARODZ and blok paling angker. Member-member satu dorm ngan aku majoriti budak-budak Form 1 so senang la kalau aku nak rujuk kat kawan aku yang lagi pandai Arab ni kan. Memandangkan blok aku tu merupakan blok paling tua, facilities kat blok tu boleh dikatakan agak dhoiiff lah ye. Kalau kat blok lain satu aras ada satu study room, kitorang punya satu blok ada 2 aje study room. And disebabkan aku punya aras, aras 1, kitorang takde study room kat aras kitorang. Kalau nak study boleh pilih nak naik tingkat atas punya study room ataupun pergi ke classroom kat ground floor.


Aku lebih suka pergi classroom tu sebab kat kelas lagi bersih and sunyi, senang aku nak menghafal. So hampir setiap malam, aku rajin lah jugak turun study kat classroom tersebut. Tapi tak ramai lah yang study situ.


Nak dijadikan cerita, satu malam tu, aku memang mengantuk yang amat sangat macam ada batu bata ikat kat bulu mata aku jek. Tapi aku gagahkan jugak turun study dengan 2 orang classmates aku kat classroom bawah tu sebab besok ada Quiz Arab. Aku dah cuba macam-macam cara nak ilangkan ngantuk aku tu, basuh muka dengan air wate rcooler, letak Vicks kat bawah mata and suruh kawan cubit tangan aku- still aku tetap ngantok gak. Last-last aku suruh kawan aku kejutkan aku dalam lebih kurang 10 minit sebab aku nak tido kejap je...


Tapi yang terkejutnya bila aku bangun dari tidur, aku dah ada kat katil aku kat dorm. Aku pun mula la sasau kan...bila masa pulak lah aku naik sebab aku rasa aku baru tidur sekejap. Barang-barang study aku semua tersusun dengan KEMAS ye kat tepi katil. Sentap!! Aku terjaga dalam lebih kurang pukul 5 pagi and tengok ramai jugaklah yang dah bangun. Masa tengah mandi tu, aku tanyalah kat kawan aku siapa yang kejutkan aku malam tadi? Diorang cakap, "Kitorang dah kejutkan ko dah tapi ko tidur balik and suruh kitorang kejutkan ko masa kitorang dah nak balik. Pastu masa kitorang nak balik, kitorang kejutkan ko and ko suruh kitorang naik dulu. Tapi ada akak senior cakap dia nampak ko tengah study sorang-sorang lewat malam tadi so kitorang ingat ko naik bilik sendiri lah."


Aku pun mulalah start gabra. Bila masa pulak aku study sensorang malam tadi??? And then aku tanya Kak Saba- akak yang duduk kat katil atas aku, dia terjaga tak masa aku balik?. Tapi dia kata, "akak dah tidur lah Amal. Amal balik lewat sangat kut.."


Aku memang dah meremang giler....Takkan aku tak sedau kot kalau aku balik sendiri? Tangga dahlah tinggi...siap boleh susun barang lagi tu....Aku rasa mustahil lah aku naik dorm sendiri....sleepwalking ke? Siapa pulak yang angkat aku ni????


dia ni ke yang hantau aku balik dorm? eeee




Cerita 2- Budak Kecik


Haa yang ni aku rasa satu sekolah sedau pasal benda ni. Kes budak kecik yang bernama toyol ni happened masa aku Form 4. Dia start bila sekolah kitorang tukau tender kantin yang baru. Aku taknak tuduh siapa-siapa tapi rasa macam tau aje lah siapa yang jadik tuan toyol tu. Kitorang start aware bila kawan kelas sebelah aku hilang duit dia. Banyak jugaklah dalam RM 100 ++. Dia simpan duit tu kat dalam kelas sebab kelas kitorang ni kira agak selamat lah sebab kat atas bukit and kat aras yang paling tinggi. Lagipun kelas tu tertutup and ada air-cond. Dia pun simpan kat tempat yang baik punya- takde sape-sape pun tau dia simpan kat mana duit tu. So diorang ni faham-fahamlah..mulalah start syak kat kawan sendiri.Tuduh-tuduh pak guard lah...and macam-macam lah.


And makin lama makin banyak lah kes hilang duit. Ketua Warden kitorang pun dah start naik hantu lah. Mulalah sekolah kitorang wat bacaan Yassin hari-hari and kerah semua pelajar tak kira lah asrama ke bebudak outsider ke...semua kena minum air Yassin tu. "Siapa yang curik duit tu nanti besok perut dia boncet!" kata Ketua Warden kitorang. Haha. Aku pun kenalah jugak minum..memang senang la aku study hari-hari sebab dapat berkat minum air Yassin aje kan. Tapi kecurian still jugak ada and melopongla ketua warden aku sebab tak dapat-dapat tangkap pencurinya.


Bebudak hostel sumer dah start syak yang ni bukan kerja manusia bila makin ramai yang terserempak dengan budak kecik warna hijau ni. Ada sorang budak junior ni terserempak dengan toyol tu masa dia skip prep malam and balik hostel sorang-sorang. Bila dia bukak aje lampu dorm, dia nampak satu lembaga kenit warna hijau and mata merah tengah selongkar loker kawan dia and bila budak toyol tu nampak aje budak junior tu, dia straight lari tembus dinding. Ape lagi, histeria lah budak junior tu. Haha! And ada jugak member-member otai yang suka bersidai tengah-tengah malam pergi men kejau-kejau dengan toyol tu. Memang dah macam fenomena lah jugak budak sekolah aku ni nampak toyol tapi alhamdulillah, aku tak pernah pulak terserempak and duit aku pun tak pernah hilang. 


Kitorang bagitau kat ketua warden tapi ada ke patut dia kata kitorang ni tahyul lah, percaya benda bukan-bukan lah...sekali bila duit budak-budak yang dia simpankan kat peti besi berantai kat bilik dia pun boleh hilang, dialah yang paling obses nak tangkap budak kenit durjana ni. Memang aku boleh rasa lah kebengangan ketua warden aku waktu tu sebab dia terpaksa ganti balik duit bebudak yang dia tolong jagakan...kesian dia...tiba-tiba aje dia buat perjumpaan dengan kitorang just nak share pendapat and buat discussion pasal isu toyol ni. And bebudak ni mulalah kasik idea ngarut-ngarut; suruh ketua warden kitorang beli ketam banyak-banyaklah, kacang hijau lah sebab budak toyol ni suka main ketam dengan kacang hijau katenye. Pening kepala ketua warden aku tu..haha


Last-last, ketua warden aku decide dia nak panggil seorang ustaz ni tolong tangkap toyol ni masa kitorang cuti and sementara tu, pelajar tak boleh bawak duit banyak-banyak. Lagipun at that time, kitorang pun dah nak cuti break bulan Ogos, so maybe ustaz tu ada banyak masa nak tangkap toyol tersebut.


Lepas naik cuti, alhamdulillah...dah takde dengau lagi dah kejadian hilang duit tu. Ketua warden kitorang inform, bukan sekor aje toyol tu ade kat asrama kitorang..tapi ada 14 ekor! Ish ish ish....memang kering lah darah tuan toyol-toyol tersebut kan asek kerja nak bagi makan aje kat 14 ekor budak kenit tu....


padan muka..dah kena tangkap...




Cerita 3- Confetti 


Korang tau kan confetti? Alah mende kertas warna-warni yang orang carik-carikkan untuk wat efek atas stage tu..yang tabur kat atas kepala tu..haa...



Pasal confetti ni aku nak cerita yang bukan orang aje suka dengan confetti...hantu pun suka confetti gak tau.


Cerita ni diceritakan oleh bebudak nasyid sekolah aku. Waktu best nak cerita-cerita hantu dengan diorang ni ialah pada waktu dinner petang-petang tu sebab waktu tu diorang baru abis practice nasyid so nak release tension mulalah bukak cerita yang bukan-bukan kan.


Bebudak nasyid ni memang selalu lah practice nasyid sampai lewat-lewat malam dekat dewan besar sekolah kitorang. Dewan tuh jangan cakap lah, memang angker. Memang banyak cerita pasal dewan besau sekolah aku uh, tapi aku takmo lah cerita semuanya kat dalam entri ni je pasal aku pun takut jugak nak cerita banyak-banyak...hehe...meremang kut kalau recall-recall balik.


Ada sorang kawan aku tu biaulah aku panggil dia N. N ni memang agak peka lah dengan bunyi. And dia adalah antara ahli gang nasyid yang paling banyak terserempak dengan hantu-hantu dewan besar ni. 


Satu malam, time diorang tengah practice atas stage, tetibe aje diorang rasa bahagian atas pentas; tempat biasanya bebudak tabur confetti ni bergegar. Dengarnya macam bunyi orang tengah lari-lari atas tu. Diorang pun berhentilah sekejap practice kan sebab nak dengar elok-elok bende apa yang kat atas stage tu. 


Tiba-tiba diorang dengar ada satu suara lelaki cakap kat atas tu, "Weh, ko tabur belah sana, aku tabur belah sini!" tapi diorang tak nampak ape-ape pun kat atas...


Aik? Nak tabur apa pulak ni. Pastu dengar lagi orang ketawa-ketawa kat situ and stage tu bergegar-gegar lagi. Hahaha! Heeehheeeee! Jadi bebudak ni ape lagi...lintang pukang lah cabut balik blik masing-masing...




Haha! Oklah weh..aku memang serious dah meremang ni sebab aku agak takutlah cerita benda-benda ni banyak-banyak. ngeee~




Sekolah aku tu serious memang angker pun..haha


Ok-ok tatatititutu! Hope korang beronok-ronok lah baca cerita-cerita ni..


Wassalam :)

8 comments:

Unknown said...

hahaha, seram down aku baca dalam bilik sorang2 ni... hahha

anyway, cerita angker kat sekolah memang seram tapi alhamdulillah aku x pernah alami lagi benda2 seram ni.. mintak simpang la....

Anonymous said...

togecutie:
i loooovvvveee it leeen!
seram mak, nok... awwww hahaha

Elle Who? said...

azham and toge: hehe..mekasih noks...nak ak citer lagi ke? haha

iqapika said...

leh x jgn ltk gmba2 han** yg real?? bnci ko.. da a ak sorg2 je xtdo ag neh

Unknown said...

hahaahah..
manakutkan kot..
dh lar aku sorang2 jerk ni..
huhuuh :)

Elle Who? said...

iqa: heheheh! alaa kalu x letak yg real, naty jd tak real pulaaakk...hohoho

fik: hehehe...takowt ke? jangan takot..bace doa sblm tido n basuh kaki...insyaAllah tak kene kacu ..weee :)

Anonymous said...

i want to sleep with you!!! kucing!!!

Elle Who? said...

haha..then ask the kucing lar.. xD