Apa macam hari ni?
Muke ade jadi bertambah santek tak?
Ke bertambah tak santek sebab salah pakai produk?
Ngeeee~
[intro macam promoter produk kecantikan aje kan,.. haha]
Haaa...itulah dia...tujuan aku membuat entri ini adalah nak share a bit guidance untuk mereka-mereka yang nak menjaga kulit wajah agar jadik cantik and licin macam muke I....[blueekkk!! aku tahu korang dah muntah hijau dah sekarang ni..hohoho]
Ok, ak faham..sekarang ni, memang ramai yang masih mencari-cari jalan nak jaga muka jangan kasik dia berjerawat bagai ni kan? Sampai ade yang sanggup berbelanja ratusanzz and ribuanz ringgit semata-mata nak pergi buat rawatan facial tapi still hampeh, sebab jerawat still tumbuh bertubi-tubi kat muka korang kan...
Memang..bila muka dah tumbuh banyak jerawat, kita mulalah akan rasa kurang yakin dengan appearance kita...mulalah nak rasa rendah diri..rasa takde self-esteem... lagi-lagi bagi mereka yang top-top and popular ni cuz rasa image diri dah punah sebab jerawat tumbuh banyak..
Jadi dengan membabi butanya kita pun pergilah beli produk-produk kecantikkan, tak kira mahal ataupun murah semata-mata nak kembalikan kelicinan kulit muka kita...Walaupun produk tu tak bagi jaminan kat kita yang kita akan dapat pulangan wajah yang licin and cantik berseri, kita tetap beli jugak produk-produk tersebut. Waktu tu, rasa duit dah macam takde nilai aje kan...
Pastu dalam 2-3 minggu kemudian, tanpa disangka-sangka, muka kita bukannya jadik makin licin seperti yang kita harap-harapkan...tapi jadik makin hancur disebabkan tindak balas bahan-bahan kimia yang ada kat dalam produk tersebut dengan kulit kita...duit hilang...kulit muka hancur...apa yang kita dapat? Sakit hati aje adalah....
Pastu mulalah nak salahkan orang lain, "kenapa si polan tu pakai, muka dia jadik makin cantik and licin?" or "ni mesti produk tak ori ni"...padahal kita tak sedau yang kulit kita dengan kulit orang lain tak sama and jangka masa untuk kulit kita untuk react dengan chemical substances dalam beauty products pun tak sama macam kulit orang lain jugak...Mungkin hari ni kulit dia cantik sebab pakai produk sekian-sekian, tapi dah tua esok macam mana pulak ye?
Alamak..menangislah kita....
Tapi ada ke yang waktu tu ko pikir produk kecantikan tradisional macam 'bedak sejuk, air mancur, air beras, putih telur bla bla bla..?' Ada? kalau ada memang aku tabik spring la kat ko!
Dulu, masa aku sekolah dulu, aku pernah try-try la jugak pakai beauty products ni semua. Kulit aku takdelah bermasalah sangat, just kadang kala adalah sebutir dua jerawat tumbuh meliar kat muka aku ni. Kalau tumbuh kecik takpelah jugak, boleh cover pakai bedak tebal-tebal kan...ni tak, sekali tumbuh besar gedabak dah macam letusan gunung berapi je...pastu merah lak uh macam butang kat dada Otromen yang bila Otromen dah nak habis power, butang merah tu berkelip-kelip..neee nooong!! neeee nooonngg!! [apasal kuau bunyik ambulans pulak daa??] jadi aku pun cuba-cuba lah pakai pencuci muka XXX ni..ingat jerawat berkurang lah..tapi hampass...bukan takat jerawat aje yang hinggap kat muka aku ni, ruam-ruam and bintik-bintik kecik cinonet tu pun mulalah menampakkan diri-diri mereka. Geram aku. Last-last pencuci muka tu aku sedekahkan aje kat member aku. Sampai aku habis sekolah, aku tak pernah pakai pencuci muka.
Aku kenal bedak sejuk ni bila member-member rapat aku mula start pakai memalam bila diorang nak tidur..Si Ekin and Farahnadia. Aku memula konon-kononnya kerek arr taknak pakai tapi last-last cair jugak sebab nampak macam syiok aje kan pakai mendealah bedak sejuk tu. Mulalah setiap malam aku datang bilik diorang merembat 5-6 bijik bedak sejuk pastu kena gelak dengan kawan se'dorm' aku pasal diorang ingat aku hantu tepong gomak..Sengal punya member! Tapi aku amat seronot sebab aku berjaya menakutkan seorang budak junior malam-malam sebab dia ingat aku hantu....warghahaha! [ape aku merepek ni?] Tapi aku rasa kulit aku jadik licin sikit lah lepas aku pakai bedak sejuk setiap malam sebelum tidur..and aku pun mulalah kenen kat ummi mintak ummi belikan aku bedak sejuk sendiri- seganlah wey asyik nak mintak bedak sejuk member aje kan...lagipun bukannya mahal pun..sebotol tu adalah dalam lebih kurang RM3- RM5..murah aje..
Kawan aku si Farahnadia ni waktu tu memang mengalami masalah jerawat yang teroks la jugaks...tapi bila cikgu sejarah diorang, Cikgu Suriani, sarankan dia pakai *air mancur, dia pun apelagi, cubalah kan...dia suruh kawan aku lagi sorang ni, Ekin, belikan air mancur tu yang banyak jual dalam packet-packet kat kedai-kedai runcit takpun Mydin sebab Ekin ni mak dia selalu datang hujung-hujung minggu ajak pergi outing. Murah pun murah..lebih kurang RM 1 je sepaket. Warna air mancur tu warna coklat-coklat tua sikit...bila dah kering nampak macam ko lumur lumpur kat muka and bau dia pergghhh!! bessstttt!! tapi alhamdulillah...jerawat kat muka kawan aku ni beransur pulih...Muka dia sekarang ni..fuhh!! Licin and berseri-seri gitteww... :)
*Air Mancur: Rupa dia macam bedak sejuk gak. Tapi bijian dia warna coklat and sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat. Boleh carik kat Kedai 'Orang Kampung', Mydin or kedai runcit India. :)
click image for a better view
nilah rupa bedak sejuk kepada mereka-mereka yang tak pernah tengok bedak sejuk..tapi aku takde lah pulak gambo air mancur...huhu sorry...cuba cari sendiri kat mydin or kedai Orang Kampung xD
So, pakai bedak sejuk ni kira dah jadik macam amalan aku and member-member rapat aku sejak dari sekolah lagi...bila jerawat tumbuh, kitorang taram sapu air mancur kat muka pulak...tapi bila aku dah masuk IPBA...dah berhenti sekejap sebab aku malas nak bawak mendealah tu...tapi lepas aku sedar sebenarnya produk natural ni lebih bermutu and selamat digunakan, besides, bila aku dengar banyak keluhan kawan-kawan aku kat IPBA pasal jerawats ni, aku mula teringat rahsia kecantikan turun-temurun yang semakin dilupakan generasi sekarang ni iaitu; Air Mancur, Bedak Sejuk, Putih Telur and etc.
Kat sini aku bagi sedikit tips kecantikan tradisional yang aku jumpa while I was browsing the Net yesterday;
- Menghasilkan kulit yang cantik: Amalkan meminum campuran pucuk pegaga and lobak merah yang telah dihancurkan.
- Menaikkan seri muka: Basuh muka anda dengan air basuhan beras yang ke-tiga sambil berselawat ke atas Nabi. Bilas dengan air bersih setelah kering.
- Menghilangkan parut di kulit [juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat]: Campurkan serbuk kulit kayu manis dengan air. Bancuhkan bersama bedak sejuk.Setelah sebati, sapu rata pada wajah dan kawasan-kawasan yang berparut. Lakukan sekerap mungkin. Lama-lama, parut akan beransur hilang. [aku dah cuba and seriously masa pakai masker tu muka aku rasa pedih giler..! kena tahan sikit lah ataupun kipas-kipaskan muka sampai kering pastu bilas and muka akan rasa licin sangat-sangat-sangat!..huhu]
- Awet muda: Petua 1-Amalkan memotong kuku dan rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong/gugur. Petua 2- sejurus bangun pagi, sebelummandi dan gosok gigi, urutkan wajah dengan air mula daripada dagu sampai ke dahi diiringi selawat nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
- Menghilangkan jerawat: Campurkan bedak sejuk dengan air asam jawa. Selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali. Sapukan pada wajah dan bahagian yang berjerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
- Menghaluskan kulit muka: Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau hingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang sudah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan ia mengering hingga lebih kurang 15 minit. Bilas dengan air bersih.
- Menghaluskan kulit muka: Didihkan susu segar/ susu tepung dilarutkan dengan air. Biarkan sejuk. Sapukan pada wajah dan bilas bila ia sudah kering.
jangan ingat pompuan aje yang boleh pakai bedak sejuk..lelaki pun boleh pakai... xD
desperado...never try this at home OK?? xD
setelah di'edit'..oopss ...!! bukan...setelah mengamalkan pemakaian bedak sejuk setiap hari, raut wajahku dan juga gigiku bertukar menjadi semakin bersinar-sinar and berseri-seri ...hohohoho..acah geleng... xD
Ok? Aku harap...semua tips-tips yang aku bagi ni membantulah yek...
Ingat...beauty is only skin deep.
Jangan cantik di luar aje tapi dalam hancuss...
Cantikkanlah yang kat dalam tu dulu..sebab kecantikan sebenar datang dari dalam...ececeh..
Lagi satu tepek bedak sejuk, tepek jugak...berwudhu untuk sembahyang 5 waktu jangan lupa...sebab air wudhu la sebenarnya air yang paaalliinngg mujarab sekali nak menaikkan seri mukew kitew gitteewww ...awww! xD
Hurmm...panjang jugak entry kali ni ek? [Banyak ngarots sebenaunye..koh44]
Tu je lah ...sekian...
Wassalam.. :)
6 comments:
Leen, thank you so much. Aku da start pakai bedak sejuk sbb Rizal slalu merepek bila aku pakai krim muka mlm2 kt IPBA tu. tp betol r, pakai bedak sejuk lagi mujarab. walaupun jerawat aku masih tumbuh melata, tapi aku rasa semuanya masih memerlukan masa kan?
Muka aku da teruk sgt, ingat lagi dulu lps abes PLKN muka aku licin aja sbb aktif dan rajin berpeluh. Bila kt IPBA ni, xda masa nk bersenam.
Boleh la aku try air mancur tu nanti, thanks once again yer Mak Dara, oops! hehehe
hahhahaha!! Mak Dara ko panggil aku? hihi..ok2 u r welcome...cuba jangan tak cuba tau sebab bahan2 ni semuanya selamat dipakai and InsyaAllah..Mujarab! yeah!! huhuhu
toge ni :
hihi, leen, terbaek r! ngehehe ko boley kuakan bedak sejuk cap leenok.. LOL
hehehe...harosss!! cak kak leen hawte...ko lak ley wat kek batik cap dibahpok...hohoho
Khasiat bedak sejuk tok jijah.
1.Melicinkan kulit muka
2.Memberi kesegaran pada kulit
3.Mengurangkan penghasilan minyak di kulit muka
4.Menanggalkan sel kulit mati
5.Membantu menyejukkan kulit
6.Membersih dan menegangkan wajah
7.Membantu pengecutan jerawat
RM3 - 50GM
HUBUNGI 0187865155
Air mancur tu camne..google xde pn..:)
Post a Comment