Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Kenali Lelaki Kacak Ini...

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!
Ape kabau semua? Sihat?
Macamana hati anda hari ini? Macamana pula dengan iman?
Harap semuanya lebih baik daripada semalam..InsyaAllah


Huhu...amacam? Ada gaya Ustazah Siti Nur Bahyah tak aku?


Takde sekarang ni aku dalam proses menginsoffkan diri yang kurang insoff lagi ni...
Maklumlah kita manusia yang punyai iman yang naik-turun...
Kita bukan Nabi yang imannya sentiasa bertambah..
Kita hanyalah insan biasa yang sentiasa membuat kesilapan dalam hidup ni...


Jadi hari ni aku nak share satu tazkirah dengan kamu semua
Tazkirah mengenai al-Quran Kalamullah
Sebenarnya aku rasa mungkin ramai dah lama tahu tentang cerita ni.
Tapi mungkin hanya segelintir sahaja yang betul-betul mengambil iktibar...


Jadi tanpa membuang masa...Bacalah kisah ni untuk renungan bersama!



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". 

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. 

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. 

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. 

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. 

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: 

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" 

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: 

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." 
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" 

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. 

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. 
Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. 

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. 

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. 

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. 

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. 

Allahu 'Alam...



Hurm...itu sahaja...
Segala yang baik itu datangnya dari ALLAH manakala yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri...
Renung-renungkanlah..dan selamat membaca al-Quran!


Kalau novel/buku-buku pelajaran yang beratus-ratus pages tu kita boleh habiskan dan telaah berjam-jam tanpa jemu, kenapa tidak al-Quran ek?
Peringatan bukan sahaja untuk readers..tapi untuk diri aku sendiri...
InsyaAllah..tahun 2011 ni, akan menjadi tahun yang lebih baik daripada 2010...
Wassalam :)

5 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

fez tyme bce kisah ni... maceh leen... :)

iqapika said...

wuuuuuuuuuuu.. smgt uh..~

thnx 4 d reminding..

Elle Who? said...

zati: hehe same2 yang :)

ikang: hehe u r welcome! :)

Airil Azmei said...

aq ske post ni sngt2..

Elle Who? said...

thank u openg... :)