Fuuhh sejoknye...burrrr!
Melaka hujan lebat ohh hari ni.
Burr..burrrrr...
Tapi aku still mandi pagi, ok? haha
Semangat tak aku..ye la mestilah semangat!
Hari ni kan Hari Asyura...gitteww kan..
Aku malam tadi terbaca satu blog nenek kebayan (click here). Wah! Sungguh asek nenek uh cerita pasal hantu-hantu kat tempat dia. Komain lagi dia beronok-ronok cerita pasal hantu-hantu itew sampai aku boleh rasa air liur dia tempias-tempias kena muka aku ni. Hoho
Eden sobona eh teringat cerito maso eden sekolah kat SHARODZ dulu. Hurmm..memang aku akui arr sekolah aku tu agak angker. Macam-macam cerita ade! Cerita hantu pocong [sweet], Cik Ponti, Toyol [budak kecit wone hijau], Penanggal...isk..banyaklah! Memang sekolah aku tu boleh dikatakan tempat hantu berkarate kung fu!
Tapi Alhamdulillah, aku takdelah sampai kena kacau or rasuk or diajak berkawan and jadik member kamceng diorang kan. Aku just pernah kena tepuk amai-amai dengan diorang, pastu pernah lah jugak nampak diorang main lintas-lintas depan aku. Saje aje kan nak nakut-nakutkan aku! Huhu
Ok kat sini aku nak share 3 je story daripada berlemon-lemon story yang aku pernah alami kat Sharodz tu.
CERITA 1- Siapa Tepuk Aku?
Yang pasal tepuk amai-amai tu happened masa aku Form 1. Dia start masa hari Jumaat [kenapa mesti hari Jumaat ahhh??] on the first week untuk bebudak Form 1 balik kampung; cuti minggu. Wah Sekolah aku ni kira bertimbang rasa lah jugak terhadap bebudak form 1 yang asek homesick aje kan untuk beroleh kebenaran balik kampung for every week untuk sebulan yang pertama. Jadi aku ni pun beronok-ronok + happy lah masa nak packing barang sementara tunggu abi datang jemput aku balik. Sambil-sambil tu aku borak-borak lah dengan kawan se'dorm' aku sambil pose-pose maut atas katil kan. Tengah aku syok-syok bergossip dengan member-member sedorm aku tiba-tiba aku terasa ada tangan tepuk punggung aku...kuat giler sampai aku pun terkejut and terlatah lah. Aku pulak lampi...toleh belakang lambat nau so tak perasan lah siapa yang tampau belakang aku tu. Lagipun belakang aku tu tingkap nako terus mengadap laut. Depan katil Raidah [kawan dorm] and dia pun dah sibuk jinjit bag dia coz bapak dia dah sampai. Aku toleh tengok takde sorang pun kat belakang aku. Aku pelik ar then aku gurau-gurau dengan budak-budak ni siapa tampau belakang aku tu, meh aku tampau belakang dia balik. Tapi takde sorang pun ngaku.
Pastu tetiba aku perasan ade sorang member sebilik aku ni renung aje aku kat loker dia kat hujung dorm kitorang. Dia sandau kat pintu loker dia and renung aku tak kelip-kelip sambil tersengih-sengih. Aku tanya arr, "weh Sufi, ko eh yang tampau b***** aku?"
Yang peliknya si Sufi ni asek menyengih aje but then dia still reply "Aah Amal, aku yang tampau ko tadi."
Aku pun pelik arr cuz muka dia macam selamba aje kan. So aku pun buat selamba aje lah. Takde lak aku nak tanya dia nape ko tampau aku? Ko nak cakap ape ke, kan?
Pastu aku perasan si Sufi ni datang dekat katil aku. Nak join arr kitorang bergossip.
Baru tu aku tanya dia "Ah, nape ko tampau aku tadi, ko nak cakap pe?"
Pastu boleh pulak si Sufi ni pandang pelik kat aku, "Eh bile time lak aku tampau ko? Ni aku baru balik dari tandas" sambil wat muke inesen.
Aku cakap ar "oit, yeke nii.." cuz aku ingat dia saje nak pedajalkan aku kan..Tapi tiba-tiba ada sorang lagi nyampuk cakap, "Aah la Amal, tadi aku teman dak Sufi ni g toilet. Bile masa pulak dia nak tepuk belakang ko?"
Haaa....jadi aku pun terkesima lah....habis yang cakap dengan aku tu siapa?...
Bermula daripada hari tu, sampai hari last aku duduk kat dorm tu, aku asyik kena tepuuukkk aje. Nak tido kena tepuk. Nak makan kena tepuk sampai tersedak. Siut betul pangai hantu tu kan...
Cerita 2- Hailer Ketua Warden.
"Pelajar!! Tak reti diam ke??"
Ketua warden kat sekolah aku ni memang famous lah dengan hailer dia. Mana-mana dia pergi mesti dia bawak hailer. Dewan makan ada hailer. Dalam ofis ada hailer. Kalau ada perhimpunan, sanggup dia ketepikan mike sebab nak guna hailer kesayangan dia tu.
"Pelajarr!!!! Cepat sikit turun!!! Kosongkan blok!!"
"Pelajar!!! Susun selipar awak sebelum saya campak selipar awak ni dalam longkang!"
"Pelajar! Mana pergi baju prep awak??"
Blah blah blaaahhh....
Telinga kitorang ni dah boleh dikatakan sound proof dah dengan bunyi hailer ketua warden. Dah lali and dah tak heran walaupun bunyi hailer tu agak sumbang and memekakkan telinga.
Sampailah satu hari ni, ada sorang akak senior sekolah aku ni [jenis yang otai suka melepak kat study room sampai lewat malam] tertidur dekat study room aras 3 Blok G. Blok aku and akak tu pun duduk dorm aku. Akak ni terjaga around pukul 3 pagi and teringat yang dia belum solat Isyak lagi. Jadi dia pun berlari-lari anak pergi laundry untuk ambil wuduk sebelum balik dorm dia kat hujung aras tu. Time tengah cuba nak menkhusyukkan diri sembahyang dalam dorm, tiba-tiba dia dengar suara 'ketua warden' jerit kat luar dorm pakai hailer feveret dia tu kata "Pelajarr!! Berhenti sembahyang sekarang jugak! Pergi tidur!"
Akak tu pun ape lagi, menggigillah kepala lutut dia tapi dia teringat nasib baik dia kunci pintu dorm tadi. Tapi tiba-tiba dia dengar pintu dorm bergegar and dengar 'Ketua warden' cakap "pelajar!! kenapa kunci pintu??"
And dengar pintu tu terbukak kuat. Yang peliknya takde sorang pun bebudak dalam dorm tu terjaga dari tidur. Semua macam tidur mati je.
Akak ni pun aku boleh cakap hampir pengsan jugaklah tapi dia terus jugak sembahyang but then tiba-tiba dia rasa corong hailer 'ketua warden' tu memang betul-betul letak kat telinga dia and dengar 'ketua warden' tu cakap "Baik awak berhenti sembahyang sekarang..."
huwaaa!! jangan kacau makkkk!!
*cerita ni dah sampai ke telinga ketua warden. Ketua warden kitorang dah takut nak naik dorm kitorang tu sebab tau dia ada 'kembau'. Tapi dia still setia kat hailer kesayangan dia tu.
Cerita 3- Awak Kawan Saya.
Benda ni happened kat junior aku. Waktu tu aku Form 4 and budak ni form 2. Biaulah aku panggil budak ni Ira.
Ira ni jenis yang lemah semangat sikit. Semua bebudak tau dia memang lemah semangat. And sebab tulah banyak hantu nak kawan dengan dia.
Ira ni selalu lah kena kacau sampai dia tak boleh tidur. Dia selalu la tertidur waktu prep and mimpi pelik-pelik. Dalam kelas prep, si Ira ni duduk kat tepi tingkap. Dia selalu mimpi jumpa sorang budak ni and budak ni cakap nak kawan denga dia. Ira taknak tapi hantu ni insist nak kawan dengan dia jugak. Sampailah satu hari hantu tu dah mula cakar-cakar badan si Ira ni.
Panjang jugaklah hantu uh cekau. Rupa dia macam torehan pisau lipat tu. Ira ni dah tak tahan and report kat seorang ustaz sekolah kitorang.
Ustaz tu aku tau memang pandai lah ubat-ubat benda misteri ni. Dia pun setuju nak tolong and satu malam tu dia datang kat dorm Ira ni and suruh Ira duduk atas katil senyap-senyap. Katil Ira ni double-decker and Ira duduk kat bawah. Kawan yang sepatutnya duduk kat katil atas tu ustaz suruh tidur kat dorm lain. Then, ustaz pun pasang pagar and started to communicate with the jin yang kacau Ira tu. Dah habis pagarkan Ira, ustaz tu pesan kat Ira, jangan turun katil sampai pagi. Kalau ada orang panggi pun, ustaz tak bagi Ira turun katil and keluar daripada 'pagar' yang ustaz uh dah pasang.
Oklah, then masa ustaz dah balik and bebudak dah tidur, Ira ni dengar kawan atas katil dia tu panggil dia. Dia tak tau yang kawan sebenar atas katil dia tu da tidur dorm lain and nampak 'kawan' tu jengukkan kepala dia pandang Ira.
Ira pun tanyalah 'ko nak ape?'
Then 'kawan' katil atas dia ni pun hulurkan tangan and cakap "saya dah nak pergi ni tapi awak tetap akan jadi kawan saya."
Ira pun peliklah but then dia still sambut tangan kawan tu and lupa yang tangan dia dah keluar dari 'pagar' ustaz.
Means that, hantu tu still ikut Ira lagi tapi tak tahulah sekarang dia macam mana.
Hahaha!
Ok...the end...
Aku rasa kalau kita pergi mana-mana pun, mesti ada punya cerita-cerita macamni kan.
huwarrgghh!!! mak takowttttt nyahh!!!!
Sebenaunye banyak lagi cerita tapi letih la aku nak taip. hehe
Cukuplah takat ni je lain kali aku cerita lagi ye?
Aku nak dengau jugak cerita korang yang daripada sekolah lain.
Contohnye ex-sekolah adek aku; Sekolah Dol Said yang depan jirat cina tu- adik aku kata memang banyak citer antu ye, Openg?
haha
Oklah, till then!
Wassalam
6 comments:
Wah! Best gila baca cerita hantu... nak lagi, nak lagi... hehehe
hehehe..ok lain kali ak cerita lg k?
sedap ko kte ak nenek kebayan..?? huh~
kan da kte.. skola ko mmg byk hantu.. haha
haahha! ngko mmg nenek kebayan pun..nenek kebayan yg tukang kira seliper tu...hohohoho
aku tepok b***** ko kang!!! hahahha
HAHAHA!!! tepok la kalu berani...silakan silakan... xD
Post a Comment