Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 27, 2010

Aku Hanyalah Seorang Insan yang Lemah

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers.!!


Mood: Baik. Walaupun pagi tadi tak berapa nak baik atas sebab-sebab tertentu [pedulikan]. 






Kali ni, aku sebenarnya nak share something dengan pembaca aku yang aku sayang  sayang yang teramat ni. Aku baru aje baca satu artikel kat blog Ustaz Pahrol Md Juoi (Click here) mengenai entry baru beliau yang bertajuk 'Syaitan Itu Kreatif'. Aduhai! Aku rasa berdosa sangat sekarang ni. [Aku memang banyak dosa...Ya Allah ampunkan aku.. :(] Bagi aku, aku ni sebenarnya masih belum layak untuk menjadi seorang perempuan yang solehah...Aku malu dengan diri aku sendiri. Lepas aje aku baca entry ustaz tu, aku macam baru sedar dari mimpi gamaknya.


Ustaz Pahrol tulis:
***************



"Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:


“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam."


********************

Tolonglah bagitahu aku yang aku tak tergolong dalam daerah grey tersebut. Na'uzubillahiminzalik. Kalau ada yang cakap ya..Ya Allah berdosanya aku... :'(

Aku mula terfikir mengenai tatsusila aku sebagai seorang wanita Muslim. Aku memang banyak kali buat dosa. Aku tau yang kita manusia memang tak boleh dari daripada dosa. Then aku baca lagi, ustaz cakap kita [wanita] sebenarnya ada empat jenis tudung. 

**********************


“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”


************************

Ya Allah..aku rasa aku hanya pakai tudung kepala aje. Yang lagi empat yang selalu orang tak nampak buat-buat tak nampak ni entah kat mana dia dah hilang. Huuuuuu...harunya. Macam mana aku nak masuk syurga ni? Hidup ni memang banyak sangat dugaan. Aku memang seorang manusia yang sangatlah lemah and kerdil. Kenapalah susah sangat aku nak pakai empat lagi tudung tu. Aku malu pada diri aku sendiri. [Kalaulah orang boleh nampak betapa malunya aku...Allah sahaja yang tahu..isk....]


Aku harap akan ada insan yang sudi bimbing aku kat KL ni. Ummi and abi jauh...ummi, kalau ummi baca entry Malina kali ni, Malina mintak maaf sangat-sangat kalau-kalau malina ada buat apa-apa salah kat ummi. Ummi doakanlah Malina dapat menjadi salah seorang perempuan yang solehah...Muslimah yang sejati..abadan abada...Malina sayang Ummi and Abi sangat-sangat...


Kepada kawan-kawan yang sudi baca entry aku ni, aku mintak maaf sangat-sangat kalau-kalau aku ada buat salah kat korang. Aku bukanlah seorang kawan yang baik. Aku memang insan yang lemah...yang masih perlukan tunjuk ajar orang sekeliling terutamanya korang yang lebih baik daripada aku ni untuk menjadi manusia yang lebih baik. Harap korang faham... Aku sayang korang semua!


Aku harap sangat untuk menjadi seorang wanita yang betul-betul baik and solehah. Itu impian aku dunia akhirat setakat ni. Aku nak jadik macamtu sebab aku nak masuk syurga [suka hati lah kalau ada yang nak gelak] Lepastu barulah aku pasang impian untuk berjaya dalam hidup aku kat dunia ni. Islam is my way of life. So I hope, sepanjang liku-liku hidup aku kat dunia ni, Islam akan sentiasa bimbing aku... InsyaAllah






klik gambar untuk view yang lebih jelas



“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “[ali Imran ayat 8]



Ok lah aku rasa takat ni aje.
Salam hidayah buat semua pembaca.
Assalamualaikum.. :)




No comments: