Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 24, 2010

Alunan Instrumental VS Al-Quran

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!


Ape kabau? Aku harap semua kat sini sihat-sihat belaka.
Aku pun sihat Alhamdulillah...
Baru semalam aku up-date blog ni tapi harini aku update lagi..
Sebab like what I had told you in the previous entry..
Blog aku ni seumpama medan untuk aku melaporkan aktiviti harian aku [ecececeh..skemanya ayat! Ya! Majulah Bahasa Melayu!]. 


Ok2..
Before aku straight ke tajuk utama kita, aku nak cerita sikit pasal aktiviti aku nih! [Nak baca, baca..taknak baca, skip terus ke main issue..]


Malam tadi, kami [Rina, Farah and I] sepakat dengan housemate kami yang terdiri daripada budak-budak French Cohort 4.. bergabung untuk membersihkan rumah kami yang dah semak macam kandang biawak ni. Haa..sekarang ni sudah ada peraturan baru dalam rumah kami ni ye? Kami dilarang sama sekali memakai selipar kecuali di dalam tandas dan pantri. Tempat-tempat lain tak dibenarkan sama sekali. Sebab malam tadi, tangan-tangan kecik kami ni dengan semangat wajanya telah menyental seluruh lantai dalam rumah ni. Tangan aku ni pun termasuk sekali le menyental lantai toilet yang kotornye hanya Allah yang tahu [isk...wuwuwu]. Tapi hasilnye..PLINK! [overnye onomatopoeia aku..hoho] bersinar-sinar tau tak rumah kami ni! Mai! Mai! Jemput datang [perempuan sahaja..] And then kitorang kemas bilik pulak. Kitorang dah tak combine katil lagi..dah split malam tadi and malam tadi merupakan malam pertama kami 3 orang tak tidur together-gether lagi...hahaha [at last!] Tapi ape-ape pun, we're still the best roomies ever! Dengan susun atur bilik yang baru ni, hmmm...bahagianye..nampak macam bilik C yang kecik ni besaaauu aje...seronoknye! hehe


Oklah..
Hmm..aku ada dapat comment yang mengatakan aku rajin tulis entry panjang-panjang. Bukan apa, aku ni perempuan..macam tak tau..perempuan kalau tak mencecey panjang-panjang bagi aku macam tak normal aje..hehe. Lagipun kat mana lagi aku nak mencecey panjang-panjang kan..Kat blog ni ajelah..Kalau siapa yang tak berkenan dengan gaya aku yang suka tulis panjang-panjang ni, baca main point aku je pun cukupla..Ataupun takyah bace langsung [alamak! bajet sensitif lah pulak] haha Betullah aku cakap ni kan..


eh tapi aku takdelah over macam makcik tu haa...hahahaa LMAO




Ok-ok, ape-ape pun tadi tu baru aje intro aku...hohoho


Alunan Instrumental... Kalau kita tanya kat orang ramai, aku boleh guarantee 90% akan cakap those yang suka dengau muzik-muzik instrumental ni merupakan seseorang yang jiwang, sensitif, suka jiwa-jiwa, hati taman, hati pink la and sewaktu dengannya. Betul tak? Macam kat dalam blog aku ni..Aku pun antara salah seorang yang suka dengar instrumental music..Aku saje je pasang instrumental music kat blog aku ni sebab aku suka music ni [Instrumental Doaku- Hadad Alwi] Jadi korang mesti ingat aku ni hati taman kankankan? ahahaha! Hmmm...betul ke tak, aku no comment tapi the main reason aku suka kat instrumental music sebab bila aku dengar..aku raca tenang sikit..and aku dengar ada research yang kata by listening to instrumental musics, it can benefit your brain- it's like a food for our brain you know besides omega, supplements bagai, music can also develop independent coordination.I myself like to listen to Zamfir's, Richard Clayderman's, Kitaro's, David Lanz's, Henry Mancini's etc etc...because their musics are the finest and kinda peaceful for rejuvenating my mind.Ape-ape pun, aku dengar jugak lagu-lagu Melayu and English..Nasyid pun aku bantai gak like Maher Zain.. :)) takdelah aku stick kat instrumental only tapi bila kepala aku tengah pening or sakit-sakit bila buat assignment, I'd rather listen to instrumental music ataupun dengar bacaan Quran daripada dengar lagu yang ada suara manusia terpekik terlolong segala nih...huhu


Haaa ni yang nak bagitau ni...


Ramai yang mempersoalkan tentang Music Instrumental VS Al-Quran ni...mana satu yang akan memberi lebih ketenangan...
Anda rasa?


Music memang baik tapi Islam dah gariskan panduan agar hamba-hamba Allah yang beriman janganlah sampai lalai bila mendengarnya.


Memang..kadang-kadang aku akui jugak bila kita dengar musik instrumental ni, jiwa kita akan jadi quite lalai gitu. Dengan alunan lembut memang sometimes boleh buat kita leka, isn't it? Adatlah tu.. Tapi, bila kita dengar al-Quran, kita boleh lalai ke? Pernah ke ada dalam sejarah Islam, manusia lalai bila dengar atau baca al-Quran? Kalau lalai dengan timbunan dosa, banyaklah...


Apa-apa pun aku nak bagitau, Al-Quran and Zikrullah actually are THE BEST TRANQUILIZER kalau kita tengah sakit or pening kepala... nak dibandingkan dengan instrumental bagai ni. Tak percaya? Haa cubalah dengar zikir Dr Badrul Amin or Allahyarham Ustaz Asri Rabbani bila tengah sakit kepala..bagi aku, kadang-kadang bila aku dengar Dr Badrul Amin ni punya zikir munajat, aku rasa macam tenang aje...rasa sayu pun ada jugak...rasa selamat lagi..[teringat kat ummi sebab ummi selalu pasang kaset BadrulAmin ni dalam kereta.. :)]hmmm....Iyelah...Al-Quran and Zikrullah ni memang merupakan ayat-ayat Allah..Allah swt lah adalah Tuhan kita..Dia yang memberikan ketenangan..kerana ALLAH mempunyai sifat Maha Tenang and Maha Memberi Segala Nikmat. Manakala, Kitaro, Lanz, bagai ni hanyalah manusia yang hanya mendapat ilham dari ALLAH untuk mencipta music yang menenangkan segala ni.


Jadi kita sebagai manusia, cubalah judge sendiri, yang mana satu lagi hebat, Made from the Creator or the Slaves of the Creator?


And cuba kita soal diri kita sendiri or kalau rajin, pergi interview Richard Clayderman or Kitaro, tanya kat dia, pernah ke dia rasa tenang aje setiap hari, tanpa ada sikit pun rasa gusar even dah dengar musik diorang yang so-called menenangkan ni..? Tipulah kalau dia jawab 'ya'..Manusia mana boleh lari daripada tekanan...right?


kitaro- famous with his 'caravansary'


Richard Clayderman


David Lanz

Henry Mancini


Zamfir with his flute


Dr Badrul Amin :))


Al-Quran Qalamullah :)

Ok lah..sekarang ni, whatever it is, diri kita sendiri lah yang sepatutnye pandai pilih and nilai yang mana satu baik and mana satu yang kurang baik.
Aku rasa sampai sini jelah
Till then..segala yang baik tu datangnye dari Allah and yang buruk datangnya dari diri aku sendiri..
Wallahu'alam..
Assalamualaikum wbt ;)


No comments: