Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 17, 2010

Mata Mata dan Mata Hati

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!!

Ape kabau semua? Hope semuanye sihat-sihat belaka..
Tak macam aku ni. Dah 3 hari dah demam teruk.
Tak taulah kenapa. Hati ni selalu je rasa sayu seminggu ni..
And bila hati dah sayu, mulalah start pikir bukan-bukan...and mulalah demam...


Senang je aku nak sakit kan? Haha lol
[Tak payah nak simpati-simpati, biasalah demam-demam ni]


Okay topik yang aku nak discuss hari ni ialah berkenaan dengan satu cerita yang amatlah menyentuh perasaan. Aku terbaca dekat dalam majalah Nur. Majalah tu kitorang ambik daripada kakak-kakak KPLI yang dah balik Sabah and diorang tinggalkan berbagai-bagai khazanah untuk kitorang ambik and buat harta sendiri. Macam-macamlah; baldi, perfume, sewing kit, makanan, magazine etc.


Oklah aku malas nak cerita panjang-panjang sebab keadaan aku yang tak berapa nak sihat ni. Enjoy this story [aku dah edit sikit-sikit  semua] !


***********




Di dalam sebuah bas ekspres, kelihatan dua orang lelaki sedang asyik memandang panorama indah perjalanan pulang ke kampung mereka melalui tingkap bas tersebut. Awan kelihatan berarak mendung dan pepohon hijau yang menghiasi laluan lebuhraya tersebut melambai-lambai ditiup angin. Hari seolah-olah mahu hujan. Salah seorang lelaki tersebut asyik merenung ke luar tingkap dan kelihatan seperti berada dalam dunianya sendiri. Dia kelihatan tampan dalam usianya yang mungkin sudah menjangkau 20-an. Perilaku lelaki muda itu pula asyik diperhatikan oleh lelaki tua yang duduk di sebelahnya. Mungkin lelaki tua itu ayahnya kerana mereka kelihatan akrab sekali.


Hujan mula turun renyai-renyai membasahi Bumi ciptaan Allah swt ini.


"Ayah! Ayah! Tengok ni! Tengok ni!! Hujan laah.." teriak lelaki muda yang sejak dari tadi hanya membekukan dirinya.

"Eeee...seronoknya!! Tengok ni ayah! Air hujan kena tangan Zul lah.."jerit si anak gembira.


Sang ayah hanya tersenyum melihat telatah anak terunanya itu. Dia hanya menjadi seorang pemerhati yang setia terhadap perlakuan si anak.


Tanpa mereka sedari, telatah mereka sedang khusyuk diperhatikan oleh sepasang suami isteri muda yang duduk di sebelah seat mereka. Kedua-duanya hanya  menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai lelaki muda itu yang serupa kanak-kanak kecil. 'Kesian..sayang..muka lawa tapi retarded' bisik mereka sesama sendiri.




"Ayah! Tengok tu! Cantik kan pokok bunga kat rumah tu! Balik nanti Zul nak tanam bunga macam tu kat taman rumah kita lah!" teriak si anak lagi, kali ini nadanya kedengaran manja sekali.


"Iyalah..iyalah.." sahut ayahnya sambil mengukir senyuman di raut tuanya.


Perasaan jengkel mula melanda hati pasangan suami isteri bersebelahan itu. 'Kenapalah dilayan perangai anak mengada-ngada tu?' kata si suami kepada isterinya yang hanya mengangguk setuju.


Si suami terus menegur sang ayah. 'Kenapa dengan anak pakcik tu? Dia terencat ke? Pelik semacam aje saya tengok...macam orang tak pernah tengok hujan gamaknya..' luahnya tanpa berlapik-lapik lagi.


Sang ayah hanya menggeleng hiba. Mungkin kesal dengan tujahan lelaki tersebut terhadap perilaku anaknya. Sang anak masih lagi asyik memandang ke luar tingkap sambil menari-narikan tangannya yang sudah basah terkena air hujan di rel tingkap bas tersebut.


Dia berdehem beberapa kali sebelum berkata, " Sebenarnya nak, memang benar anak pakcik ni tak pernah tengok hujan. Dia ni buta mata sejak dilahirkan lagi. Dia baru lepas operation dan ni merupakan kali pertama dia melihat dunia. Kami baru aje balik daripada hospital tempat dia buat operation. Maaflah kalau perangai anak pakcik ni menjengkelkan kamu...." 


Sang ayah kelihatan menunduk hiba sebelum membuang pandangannya ke luar tingkap.
Si suami muda itu kelihatan tergamam dengan penjelasan yang baru sahaja dia dengar tadi, begitu juga dengan isterinya. Kedua-duanya tertunduk-tunduk- perasaan bersalah mula memamah jiwa.


"Err...minta maaf pakcik. Kami tak tau....." rayu lelaki tersebut dengan riak nada bersalah.


"Tak mengapalah anak..kadang-kadang, kita yang celik mata ni tak semestinya celik hati. Ini memang lumrah nak...Pakcik sikit pun tak salahkan anak...tapi terkadang, pakcik terasa lebih baik kita dibutakan mata oleh Tuhan tapi usahlah dibutakan mata hati kita... "


Pasangan suami isteri itu mengangguk setuju. Mereka kesal dengan sikap mereka yang keterlaluan menilai orang. Walaupun diberi kelebihan oleh Allah dengan nikmat penglihatan, tapi hati mereka buta untuk menilai perilaku orang lain. Hati mereka buta untuk memandang kebaikan orang lain. Hati mereka buta kerana amat senang bagi mereka untuk menujah kekurangan orang lain.


Hati mereka buta untuk bersyukur dengan nikmat penglihatan mata zahir yang mereka miliki.


Hamba yang buta mata hatinya seringkali menindas orang yang memiliki kekurangan tanpa sedikit pun meninjau pada kebaikan orang tersebut. Mereka zalim, dan tidak mempunyai hati perut. Mereka lupa pada nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada mereka. Inilah orang yang telah dibutakan mata hatinya.


"Ya Allah,,,Kau celikkanlah Mata Hati kami ya Allah.. Jauhkanlah kami daripada perilaku kufur nikmat...
Amin..."






**********

Ok lah..sampai sini aje ..harap karya di atas ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog aku ni..
Yang baik datangnya dari ALLAH...yang buruk tu datangnya dari diri aku sendiri...
Renung-renungkan dan selamat beramal! ^^ 
Salam

p/s: nak rehat lagi. demam... :(


3 comments:

Unknown said...

hurm.. sayu nya post kali ni.. semoga cepat sembuh yer lin?

Unknown said...

hurm.. sayu nya post kali ni.. semoga cepat sembuh yer lin?

Elle Who? said...

thank u so much azham...insyaAllah :)