Me & Him

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 20, 2010

Padamu yang ALLAH pilihkan dalam hidupku...

Assalamualaikum wbt to all my dearest readers!


Huhu
Selamat malam semua!
Aku happy minggu ni walaupun mood aku selalu tunggang langgang tak tentu pasal.
Satu sebab demam aku dah baik!! hehe Alhamdulillah.... :')
And lagi satu sebab.....sebab.....sebab......adalah! Mana boleh share kat public! Kalau nak tau meh sini jumpa aku kita bisik-bisik [tak pasal~]
Aku sebenaunye baru je habis buat LDV. Aku kena pair dengan Waheida untuk interview nok-nok German malam besok for our presentation on Thursday [Effective Interview Session]..our topic is all about Homosexuality! Yeah! Itu dia..virus ke'pok'an melanda diriku...haha ok fine~Topic ni kitorang sepakat nak pilih ok? So, tokleh nak salahkan aku sorang aje..And lagi satu, budak-budak German ni memang expert pun cerita pasal Homosex-homosex ney. [erk! pe aku membebel ni??]


Ok back to topic, weh! Aku tadi saje je lah blog walking kat blog kawan-kawan bloggerwatiku ni..and tibe-tibe aku terbukak lah Boink-Boink [entah sape punya ntah haha! jangan marah pok!] Aku baca post dia kali ni betul-betul dah buat aku touching-touching. DAHLAH MINAH NI EMO buat aku touching pulak!! Huishhh. So, aku secara illegalnye mengopy lah puisi yang dia post kat velog dia tu. 


So ini dia!! Hayatilah... :)


Padamu yang ALLAH pilihkan dalam hidupku


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan membesar dari keluarga yang bahagia..
Orang tua yang begitu penyayang..
Dengan cinta yang begitu memlimpah-ruah..Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cintamu padaku.. 
Memperlakukan aku dengan sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa ..mempunyai begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu. 
Dan aku sedar, kau pun bukanlah lelaki yang sempurna.. 
Dan aku harap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. 
Kerana kelak kita akan satu.. 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya.. 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau telah pun menempa dirimu dengan ilmuNya.. 
Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita.. 
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai nakhodaku.. 
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. 
Ada kalanya aku akan membuat dirimu marah..
Maka, ketahuilah.. 
Saat itu Dia mahu engkau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah.. 
Tapi jangan pula engkau membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanyalah aku salah.. 
Namun renung mataku, tersenyumlah.. 
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah.. 
Nescaya, engkau akan menemui diriku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau akan kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika hijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka di mataku kau adalah yang terindah, 
Kata-katamu adalah titah untukku, 
Selama ianya tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku pinta.. 
Jadilah hunian yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuat diriku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita ...akan hadir permata-permata hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang merindui syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah, 
Yang roh dan jiwanya selalu merindui jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah para syuhada.. 
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh barakah, kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai IMAMKU… 
Aku pohon padamu.. 
Redhailah aku, Sesungguhnya redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. 
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya..
Kerana bagiku, kau adalah kunci Syurgaku..











hmm...It's a lovely poem isn't it? Actually poem tu bahasa Indon so aku pun dah fix sikit-sikit jadi BM bagi korang paham. BM aku pun dah tak berapa nak bagus sebenonye..hohoho


Ok? ok? Touching kan? [tak touchin sudeh..]
I think that's it lah for this entry. Salam and Gute Nacht! :)
Nak sambung buat plan for LDV! TTYL...Bye-bye! :)


No comments: