Mood: Hmm...tak tahu lah nak describe mood aku sekarang ni......bosan kot! Rina and Farah takde..so aku pon bosanlah duduk orang-sorang kat bilik ni..so, kejap lagi nak tengok cerite hantu lah. Horror! Horror! huhu
Aku hanyalah seorang hamba yang jahil kalau nak kupas topik hukum-hakam etika senyum dalam Islam ni. Siapalah aku nak bercerita bab-bab hukum. Maklumlah, aku ni belajar pun setakat SMK(A) aje. Takdelah sampai ambil degree dalam agama dan hukum syariah ni. Tapi, insyaAllah aku cuba kupas sikit aje pasal masalah senyum ni.
Kalau nak cerite pasal senyum, aku rasa aku ni susah sebenarnye nak senyum kat orang lain. Lagi-lagi kat orang yang tak berapa rapat especially yang berjantina lelaki [termasuk kawan kelas]. Yalah, nanti kalau aku senyum karang, ada yang akan cakap aku perasan lah, syok sendiri lah ..over lah. hehe *geli hati* Kalau awal berkenalan dengan aku ni, aku memang suka senyum [maklumlah takkan nak buat muke poyo, so aku senyum aje lah] maniskan sikit muka aku yang tak berapa nak manis ni. Lagi-lagi, ramai yang cakap muka aku garang, so bila aku tak senyum tu, muka aku ni amat menggerunkan...kalah Hantu Jamu Gendong. hehe. And ada yang kata I have a pair of killer eyes. Ntah lah... aku ni memang suka buat mata paisei pon bila aku tengah geram. Eh, tapi aku rasa kalau mata tu aku tak boleh nak ubah kot sebab memang Allah dah jadikkan mata aku tajam...nak wat camane lagi?And kadang-kadang tu aku takde niat pun nak jeling, tapi ade pula yang terasa [unreal conflict..ececehh] haha..hadooiiii... Harap-harap sesiapa yang kenal dengan aku, aku bukannye jeling benci ok, tapi jeling sayaangg *Hoping*
Pepatah Melayu ada menyebut 'kurangkan gula dalam minuman, tingkatkan manis dalam senyuman' [ececehhh...skema lebih] hurmmm
So, sekarang ni aku nak mintak maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa hati bila aku tak senyum kat korang and terasa bila senyuman korang tidak dibalas. Aku bukannya ape, sometimes, aku ni agak
Aku rasalah kan , aku selalu buat senyum paksa bila orang yang tak rapat dengan aku senyum kat aku..Haisshhh *mula rasa bersalah*
hahahahaha XD
Lagi-lagilah kalau orang tuh lelaki. Aku memang sincerely cakap, aku memang teramat susah lah ye nak senyum kat mereka sebab satu tu aku malulah and lagi satu sebab aku...ntah lah...*lack choices of words* maybe easy to say: aku nyampah geli. hahahaha
Ntah lah kenapa lah aku rasa gitu aku pun tak tau. Mungkin sebab nanti aku rasa macam aku ni gedik kot? [haha aku tak gedik okay?] And aku nyampah sebab ade certain lelaki ni selalu aje ingat aku suka kat dia kalau aku senyum kat dia. [ey, aku cakap ni based on my experience okay? Menyampah giler tengok lelaki camtu]
Lagi satu aku ada dengar yang wanita ni dikategorikan sebagai anak panah syaitan..penggoda ..something like that. Sometimes, kita tak perasan pun perlakuan kita ni menggoda..senyuman menggoda [eww eww] ntah lah..susah sikit nak paham bab-bab nih.
Tapi ape-ape pon aku punye pemahaman ni dah jelas sikit lepas aku terbaca satu artikel kat Internet
Ni aku copy-paste kan sebahagian daripada article tu:
"Memang banyak ulamak yang berfahaman begini dan menyibarkan kefahaman bahawa wanita adalah sumber segala kejahatan; dengan sebab Hawalah maka Adam digelincirkan daripada syurga dan senyuman dan pandangan wanita adalah panah-panah iblis yang meruntuhkan iman para lelaki.
Kesemua pandangan ini adalah tertolak dan bercanggah dengan ruh al Qur'an dan assunah. Dalil-dalil, nas dan hujah mereka dalam hal ini adalah lemah dan mereka telah tersalah dalam memahami maksud sebenar hadis-hadis yang memberi amaran tentang bahaya dan fitnah wanita. Wanita yang dicela ialah wanita yang menjadi agen penggoda lelaki, atau wanita yang membenarkan dirinya dieksploit dan mengeksploit kaum lelaki dengan batang tubuhnya.
Manakala wanita yang beriman dan beramal soleh adalah pembantu kaum lelaki dan pergaulan serta percampuran mereka adalah tidak dicela oleh syara' jika mereka menjaga adab dan susila yang telah ditetapkan.
Ijma' fuqaha' berpendapat muka dan dua tapak tangan wanita adalah bukan aurat. Begitu juga suara wanita juga bukan aurat. Fuqaha' juga telah ijma' bahawa wanita boleh keluar rumah untuk urusan ilmu, pekerjaaan,politik dan pentadbiran negara, dakwah dan jihad termasuk perang sabil (Qardhawi, fatwa mu'asirat). Ini bermakna wanita akan bermu'amalat dengan lelaki semasa di tempat ilmu, pusat pengajian tinggi, di gedung-gedung dan pejabat serta di pasar-pasar, begitu juga sama-sama membuat sumbangan dalam dakwah dan jihad.
Oleh kerana mukanya bukan aurat, suaranya bukan aurat dan wanita juga harus keluar rumah, bermakna hukum salam, bertegur sapa dan senyum persahabatan dan perkenalan juga meliputi kaum wanita. Tidak ada satu nas dari alQur'an dan assunah yang melarang secara qat'iy misalnya, jangan engkau memberi salam kpd wanita; atau jangan engkau bertegur sapa dengan wanita; atau jangan engkau memandang wanita, atau jangan engkau memberi senyum kpd wanita. Jika ada larangan khusus ia ditujukan kpd ummahatul mukminin (isteri Nabi saw) memandangkan mereka adalah first ladies bagi ummat.
Oleh kerana tiada nas yang khusus melarang, bermakna hukum memberi salam, senyuman dan bercampurgaul dalam batas yang ma'aruf adalah tidak ditegah. Yang ditegah ialah bila ia berlebihan dan didorong oleh hawa nafsu."
*********************
Hmm...ada paham? pehe? haha
InsyaAllah lepasni aku try nak senyum-senyum sikit kalau orang senyum kat aku. Takmo lagi lokek-lokek senyum ni lagi..haha Tapi I malulah aww~
haha- itu tak gedik k =______="
Oklah aku rasa sampai sini aje.
Senyum ni memang bagus. Selain daripada dapat menaikkan seri wajah, senyum jugak boleh spread happiness, boleh dapat pahala kalau bertepatan dengan syara'.
Ok, Wallahu'alam,
Renung-renungkan dan selamat beramal!!
Salam
senyum comel!
senyum malu
senyum gedik2 Arab *haha*
senyum gedik2 orang utan *hahahaa*
erk! Ni bukan senyum k? Ni da kategori SENGIH .. XD LMAO
*P/S: nak nengok movie!! ngaaaaaaaaaaaaa~
3 comments:
leenn....i luv diz posting very much...huhu..^^
(aku tersalah coment kat previous post ko..huhu..)
ahaha!! mekaseh pok!! huhu
Post a Comment